Gempar! Burger Bakar Meletup di Parit Buntar ... fuh. Memang meletup nama burger ni. Diusahakan oleh dua orang anak muda, Burger Bakar Letup semakin mendapat perhatian dan dikenali di Parit Buntar. Lokasinya adalah di depan Taman Wawasan, berdekatan dengan Kedai RM2. Nak tahu lebih spesifik, boleh jamu mata dengan gambar-gambar yang disediakan.

Saya dan anak-anak memang kadangkala akan cari makanan segera seperti burger. Dan Burger Bakar Letup adalah salah satu daripada pilihan saya sebagai House Husband yang malas nak masak memalam .. haha ... Burger ni bukan sahaja unik, tetapi sedap dan daging burger pula dihasilkan sendiri. Uhh best oo.

Burger Bakar Meletup di Parit Buntar

Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Letup Parit Buntar - Bagi saya, ini antara satu-satunya tempat yang boleh dapat Burger Bakar yang sedap, lazat dan membuatkan air liur meleleh hanya dengan melihat isi kandungan di sebalik bungkusan burger. Mungkin citarasa tak sama, tetapi tak banyak tempat di Parit Buntar yang ada jual Burger Bakar ... jadi saya fikir inilah pilihan terbaik yang ada .. hoho.

Burger Bakar Letup boleh anda jumpa setiap malam. Cara nak kenalpasti adalah dengan melihat van yang akan parking betul-betul di depan sebuah kedai minuman yang terkenal di Malaysia - oppss bertentangan dengan kedai. Perghh .. memang bijak akal dua orang anak muda yang mengusahakan burger bakar ni ..  pilih lokasi sangat strategik dengan meminimakan kos untuk pengiklanan .. hoho
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Ada banyak pilihan menu Burger Bakar Letup ni. Harganya pula saya kira agak berpatutan memandangkan daging burger dan ayam adalah hasil buatan sendiri. Yeap .. buat sendiri .. bukan beli yang dah siap. Anda boleh lihat sendiri bagaimana proses daging diempap-empap, dileperkan, digebukan, dan dibulatkan di depan anda. Resepi membuatnya? Itu kena tanya pada empunya Burger Bakar Letup .. hoho

Daging burger yang dihasilkan sendiri memang terbaik. Anda boleh rasa keenakkan rempah ratusnya dalam daging. Paling syok ialah apabila ianya dibakar, ia tidak kejong keras .. tetapi lembut. Berbeza dengan burger daging biasa, isi daging lebih empuk, lebih beraroma selain saiznya yang lebih besar. Jadi, makan memang puas hatilah.
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Letup
Kalau anda nak merasa burger dengan daging bakar terbaik, bolehlah mencuba Burger Bakar Letup ini ...  siap masuk akhbar dah Burger Bakar Letup Parit Buntar, jadi tak boleh tidak .. anda perlu cuba; lebih-lebih lagi kalau kebetulan berada di pekan Parit Buntar.
Burger Bakar Letup
Oh ya, boleh pesan siap-siap dengan telefon sahaja Burger Bakar Letup ni ... so, boleh datang mai ambik je tanpa perlu tunggu lelama.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

15 Komen

ini baru burger ni bang.. sedap nampak.

Reply

burger ni daging dia yang main peranan..sedap dagingnya..in sha Allah sedaplah keseluruhan burger tu...tengok dagingnya besar dan tebal Bro HH..wah..

Reply

Hehehe.. macam-macam nama digunakan untuk tarik pelanggan. Berdasarkan pada gambar, InsyaAllah sedap tu.

Reply

wowww, boleh tahan.. rasa macam nak cuba je.. tapi jauh laa.. hehe

Reply

burger bakar kat area gua ni kebanyakannya dah tak sedap..nape tah..Sumo Burger kat Ipoh ni je rasa masih maintain..em..lama plak tak pegi..:P

Reply

Fuyooooo hebat betui berger bakaq...

Reply

Hmm sedap .. tapi tekak ni tak bertahan lama .. haha

Reply

huhu..smue letup2 menu..bole try nie..lme da x kne burger bakar..tp mne eh parit buntar nie...erk..hahaha..

Reply

depan dengan petronas parit buntar tue kan. Kalau balik kampung memang jadi bahan supper kalau kebulur tetengah malam.

Reply

Memang tebal dan lembut ... :) puas hati makan daging dia

Reply

Parit Buntar kampung mertua Shahizey Sam ... :P

Reply

Yer ... dekat2 situlah. Memalam lepas kul 10 memang selalunya ramai orang.

Reply

Sedapnya burger bakar. Harganya pun berpatutan tu.

Reply

Selalu pergi parit buntar siang hari aje. Tak berkesempatan lagi sampai malam. Nanti pergi malam boleh cuba.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.