Sedap Ke Buah Teratai?

Sedap Ke Buah Teratai?, Khasiat Buah Teratai dan Rasa Buah Teratai

Siapa pernah makan Buah Teratai? Ke tak pernah tahu wujud Buah Teratai ni? Hahaha .. saya pasti ada generasi sekarang yang tak kenal, tak pernah tahu .. malah tak pernah makan pun buah teratai ni. Masa saya kecik-kecik dulu .. buah inilah yang menjadi antara kudap-kudap favourite ... terutama semasa memancing.

Sedikit info dan pengetahuan sains tentang Teratai untuk perkongsian - Teratai (nymphaea) adalah nama genus untuk tanaman air dari keluarga Nymphaeaceae. Dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai water-lily atau waterlily. Biji yang ada pada kelopak buah Teratai ini mempunyai khasiat tertentu, dan dipercayai boleh membantu dalam penyembuhan beberapa penyakit.

Sedap Ke Buah Teratai?

Sedap Ke Buah Teratai?
Secara amnya, buah Teratai tidak dimakan begitu sahaja. Kalau anda penggemar Lai Chi Kang, pasti akan terjumpa biji buah Teratai ini dalam bahan-bahannya. Ia berbentuk seperti kacang tanah tapi lembut, dan berwarna putih pucat.

Cara Nak Makan

Nak makan buah Teratai ni, anda perlu keluarkan bijinya dari kelopak. Selepas itu, kenalah kupas buang kulit, dan anda akan dapat biji buah (benih) yang saya maksudkan ini. Di tengah-tengah (dalam) biji buah ini ada 'anak benih' berwarna hijau. Kalau tergigit atau termakan bahagian tersebut, perghhhhh memang pahit ... boleh berkerut dahi dibuatnya.

Khasiat Buah Teratai

Menurut beberapa sumber dari pembacaan saya, biji buah teratai ini boleh membantu dalam menghadapi masalah sakit perut, cirit-birit dan penyakit berkaitan usus atau pencernaan. Jika makanan tak lawas, rasa susah nak kencing, maka elok makan buah teratai ni. Ada juga yang mengatakan biji buat teratai boleh membantu dalam masalah ejakulasi, demam panas dan juga masalah keputihan pada alat sulit wanita.

Masa kecik dulu, pokok Teratai mudah je nak dijumpai di bahagian lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah. Naik sampan, boleh pergi petik sendiri. Ada juga dijual di tepi-tepi jalan dan juga di pasar basah sekitar daerah Kinta, Kampar di Perak.

Rasa Buah Teratai

Rasa buah teratai ni adalah lemak-lemak manis. Kalau dapat yang muda, maka ada sedikit kelat. Jika anda terjumpa ianya dijual di tepi jalan ke .. nak pilih buah teratai yang bagus, pilih yang tidak terlalu kembang, dan tidak terlalu kuncup. Jika terlalu kembang, itu tandanya ia dah tua .. maka isi biji buah teratai tu dah tak berapa best, samalah juga jika terlalu kuncup, tandanya ia masih muda .. jadi kelat sedikit rasa isinya.

Saya suka makan begitu sahaja, ibarat macam makan kuaci. Dulu, sambil lepak bawah tangga rumah arwah Opah, atau lepak memancing dengan kawan-kawan sekampung, maka buah teratailah jadi peneman. Ia boleh buatkan kita hilang dahaga ... huhuhu...

Emak saya pula suka keringkan batang teratai. Menurut emak saya, batang teratai yang dah kering boleh dijadikan ubat resdong. Caranya mudah .. hanya hisap batang teratai tu seperti menghisap rokok .. hahaha...

Huhu.. itu sahaja kot yang saya nak kongsikan mengenai teratai. Baru-baru ni, saya kongsikan gambar buah teratai di beberapa group Facebook, memang ramai yang tak tahu buah ni boleh dimakan, malah ada yang tidak tahu bahawa pokok Teratai ada buah.

Sekarang lagi susah nak dapat dah. Lombong banyak dah tak ada, semua dah kena timbus buat projek perumahan .. huhuhu..

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,88,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,298,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,356,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,61,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Sedap Ke Buah Teratai?
Sedap Ke Buah Teratai?
Sedap Ke Buah Teratai?, Khasiat Buah Teratai dan Rasa Buah Teratai
https://3.bp.blogspot.com/-82z0lR3XD8Q/VtDxNKVizvI/AAAAAAAAH_8/oa3cnK858a4/s1600/Buah-Teratai-1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-82z0lR3XD8Q/VtDxNKVizvI/AAAAAAAAH_8/oa3cnK858a4/s72-c/Buah-Teratai-1.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/02/sedap-ke-buah-teratai.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/02/sedap-ke-buah-teratai.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy