10 Tips Beli Belah Menerusi Lazada App

Pernah beli-belah barang online menggunakan Lazad App? Jika belum, anda patut cuba .. boleh ketagih hanya browsing tawaran yang ada di Lazada menerusi app ni .... layan sebelum mata terlelap di malam hari... haha. Dan memandangkan saya dah beberapa kali beli-belah menerusi Lazada App ni, jadi nak kongsikan beberapa tips menarik untuk beli belah secara online menggunakan aplikasi percuma ni.

Saya boleh anggap diri saya sebagai customer tetap Lazada Malaysia. Memang pantang ada sale best di Lazada, saya akan segera terjah. Jenguk-jenguk mana ada keperluan yang dijual dengan harga mampu milik. Kalau ada berkenan di hati, baru saya akan consider untuk beli.

10 Tips Beli Belah Menerusi Lazada App

Tips Beli Belah Menerusi Lazada App
Ok, sedikit tips untuk beli belah menggunakan aplikasi Lazada App ini.
  1. Muat turun aplikasi Lazada App secara percuma di Google Store atau App Store. Daftar menggunakan dua akaun berbeza, bermaksud akaun berbeza untuk login guna web, dan login guna aplikasi. Jadi, anda perlukan dua email berbeza. Ia penting untuk anda mendapatkan baucer diskaun lebih banyak.
  2. Apabila dah download, selalulah browsing guna aplikasi ni, jika ada yang berkenan, tapi harganya masih belum sesuai dengan bajet, maka masukkan dalam wishlist - bukan kat shopping-cart ye, tapi wishlist. Anda mungkin akan ditawarkan harga jauh lebih murah nanti untuk produk yang anda berkenan tu, tanpa orang lain tahu .. hoho.
  3. Apabila browsing, dah suka, dan harga nampak menarik; boleh terus masukkan ke dalam shopping-cart tetapi ... jangan bayar dahulu. Tunggu dalam masa 5 hari, sehingga dia email anda suruh bayar. Kadangkala, dia akan offer lagi diskaun untuk anda terus bayar. 
  4. Semasa produk yang teringin anda beli itu dah berada di shopping-cart tetapi belum bayar, anda jenguk juga tawaran produk yang sama di lain waktu. Lihat samada ada tawaran lebih menarik diberikan. Jika harganya lebih baik, maka masukkan tawaran terkini itu dalam shopping-cart, dan padam tawaran yang sebelum ini untuk produk yang sama. Jadi, anda akan dapat harga lebih baik dari semasa ke semasa. 
  5. Apabila anda dah puas-hati dengan produk, yang sudah dimasukkan ke dalam shopping-cart, rujuk pula pada laman web Lazada, samada ada baucer tertentu untuk pengguna Lazada App. Gunakan kod baucer tersebut bila nak proceed dengan bayaran.
  6. Satu baucer hanya boleh untuk satu transaksi sahaja, jadi dengan adanya dua akaun berbeza, anda boleh memaksima penggunaan baucer.
  7. Gunakan baucer hanya apabila anda dan senaraikan produk yang nak dibeli, elakkan guna baucer untuk satu-satu produk sahaja... jadi, anda akan dapat diskaun untuk banyak produk, dan bukan hanya untuk satu produk. Anda kena ingat, dalam baucer tu ada terma dan syaratnya, selalunya bila pembelian lebih had tertentu. Pastikan anda gunakan baucer yang betul dan sesuai untuk pembelian anda.
  8. Apabila dapat email dari Lazada, buka email tersebut. Kadangkala ada baucer diskaun khas diberikan terutama untuk pelanggan setia.
  9. Beli barang dari Lazada, kurangkan beli dari syarikat lain yang juga mengiklan di Lazada. Lebih banyak anda beli barang direct menerusi Lazada, maka akan lebih banyak baucer kesetiaan diberikan kepada anda, malah anda akan diberikan priority bila beli - barang akan lebih cepat sampai.
  10. Rajinkan diri untuk berikan ulasan atau review mengenai produk yang anda telah beli. Tulis jujur, kalau ada yang tak kena, tulis apa yang tak kena .... staff Lazada amat prihatin dengan komen-komen serta review tersebut. Anda akan terkejut bila ada tawaran khas diberikan untuk anda!

Tips Beli Belah Menerusi Lazada App
Ok. Harap beberapa tips ini akan membantu untuk anda shopping menggunakan Lazada App.

Selamat membeli-belah .. :)

{ 22 comments.. read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 12, 2016
Saya biasa beli masa ada sela aje. Masa tu biasanya murah.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit January 12, 2016
Terima kasih tips ni Bro HH. Nanti nak cuba peram lama pula. Mana tahu dapat diskaun.
OhPanduan OhPanduan January 12, 2016
Nak kena buat dua akaun lah nampaknya.
PeRdU cINta PeRdU cINta January 12, 2016
Terima kasih...tips tip top...alhamdulillah.
zik zik January 12, 2016
hari2 dapat email... suruh beli itu ini... tengok berminat.. tapi duitnya pulak jadi penghalang...
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar January 12, 2016
belum pernah lagi beli barang dengan lazada. bila dah baca entry ni, hmm, nampaknya kenalah mencuba kan? hehehe
yang baik yang baik January 12, 2016
tak boleh jadi macam nie.
kena instal juga applikasi lazada neh. :D
zwanz - zwanz - January 12, 2016
Terima kasih kerana memberi info yg berguna sbb saya selalu gak jengok2 lazada apps yg sy dwnload barangan memang menarik
zwanz - zwanz - January 12, 2016
Terima kasih kerana memberi info yg berguna sbb saya selalu gak jengok2 lazada apps yg sy dwnload barangan memang menarik
Astrallusion Arc Astrallusion Arc January 12, 2016
Lazada memang berkualiti barang Dia. Saya beli phone jatuh kat lantai pun tak pecah tinggi 15m. Even atas air sedalam 0.2m. Lol
saljuhumairah saljuhumairah January 13, 2016
Sebenarnya membeli atas tallan sekarang semakin releven dengan pelbagai kos sampingan terutama pengangkutan. Cuma perlu ada perancangan yang betul seperti hanya membeli barang keperluannya sahaja. jangan jadi ketagihan sudah...

Dari sudut psychology nya, kalau membeli offline, kita akan terpengaruh untuk membeli barang-barang lain jika dah sampai supermarket... kalau online nih kadang lebih menjimatkan... contohnya saya membeli pampers anak.. boleh membeli dalam kuantiti yang banyak kalau ada offer..
Keladi Ubi Keladi Ubi January 13, 2016
ooo..x pernh beli kt lazada...hiuhuhu...tip yang menarik ni
reezluv reezluv January 13, 2016
aku pernah beli sekali je, itupun kena tunggu seminggu baru barang sampai..selalu kt lelong je, sehari je sampai barang
Missdae Missdae January 13, 2016
Hi dear. Jemput join giveaway pertama saya.

Hadiah pertama akan memenangi
CASH VOUCHER RM 70 + TOPUP RM 15 + SOUVENIR DARI PALESTINE + BLOG AKAN FEATURED DALAM BLOG HOODPATH

dan banyak lagi hadiah menanti!!!

Saya harap sangat awk boleh join :)
Link di bawah utk join :

http://missdae.blogspot.my/2016/01/hoodpath-travel-blog-giveaway-10.html?m=1

Thank youuuu :)
emalin mohd emalin mohd January 13, 2016
Wah bestnya. BAru pagi tadi sembang tentang Lazada dengan kawan. Servis so far tip top kata diorang. Sebab ada yang dapat refund lagi sebab barang tak sampai..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 13, 2016
Terima kasih, semua info ini dapat dimanfaatkan.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 13, 2016
Cubalah, peram waktu tiada diskaun, kang ada sales mesti akan terima baucer
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 13, 2016
Try je ... :) kalau rasa macam tak best, boleh pulangkan balik barang tu ..:)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.