Bukan mudah untuk mengumpan dan 'menjerat' pengguna laman sosial Facebook untuk viralkan post di blog. Jika anda tidak mempunyai support yang kuat di laman sosial, agak sukar sebenarnya untuk memviralkan sesuatu post yang telah anda tulis di blog. Hanya dengan kandungan entri yang benar-benar Power Rangers sahaja, entri blog anda akan dikongsikan puluhan ribu Facebookers yang melihat manfaat dan kebaikan dalam entri tersebut.

Jadi, bagaimana cara untuk memancing pengguna FB bagi membolehkan mereka bantu viralkan post atau entri blog anda? Susah sebenarnya, tapi in Sha Allah, saya akan berikan beberapa tips untuk anda terutama blogger baru yang mahu dapatkan trafik ke blog dengan percuma. Teknik ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pembacaan daripada beberapa ebook yang telah saya beli, baca dan praktik.

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

Ok. Pertama sekali, biar saya tunjukkan beberapa bukti akan keberkesanan tips dan teknik yang telah saya lakukan. Bukan apa, nanti orang cakap saya - cerita tak serupa bikin. So, baik anda tengok dulu beberapa screenshot entri yang telah berjaya menjadi viral di FB ini. Ehem... tapi saya tak dedahkan tajuk entri ye ... atas sebab-sebab tertentu.
10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post
10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post
10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post
Pertama kali saya dapat tahu entri jadi viral, memang teruja sangat-sangat, kejap-kejap tengok Google Analytics kat telefon .. kejap-kejap usyar berapa orang tengah online dan baca ... serius ia memberikan impak yang baik untuk motivasi seorang blogger.

#1 - Hasilkan Entri Yang Ada Manfaat Berpanjangan
Viral tak semestinya sensasi. Anda boleh tulis entri yang terkandung manfaat untuk jangkamasa panjang. Anda kena fikirkan entri yang evergreen, yang akan dirujuk orang sampai bila-bila. Kalau nak bertambah viral dengan cepat, sasarkan entri tersebut kepada golongan tertentu, kerana aspek emosi akan bantu post tersebut untuk mudah diviralkan di laman sosial.

#2 - Teknik Kongsikan Entri di Facebook Dengan Ayat Memancing
Saya pernah ceritakan tentang menulis tajuk-tajuk entri yang memancing pengunjung, tetapi untuk viralkan di Facebook; anda perlu tambah sedikit ayat lain dengan tidak lebih daripada 3 perenggan di FB. Kena ada sedikit pengenalan, sedikit isi dan penutup supaya orang akan like dan share entri yang anda masukkan di timeline FB. Gunakan ayat-ayat memancing yang tidak menyangkal maksud dan isi sebenar entri.

#3 - Teknik Tag
Salah satu cara untuk percepatkan post entri anda viral di Facebook ialah dengan tag kawan-kawan atau mungkin individu tertentu yang ada pengaruh. Teknik ini tak boleh dilakukan secara kerap, kerana kadangkala ia dianggap sebagai SPAM dan langgar privasi seseorang. Kena hati-hati melakukannya, dan pastikan ayat memancing yang digunakan dalam teknik ini tidak lebih daripada 7 patah perkataan!

#4 - Pendekkan URL Blog Post
Jika anda nak letakkan link blog post anda di FB, pastikan anda pendekkan URL. Lebih pendek lebih baik. Saya dapat lihat, mana-mana post yang saya gunakan kependekkan URL ini, akan mudah orang nak klik kerana orang kadangkala alergik dengan sesuatu link/nama blog .. haha .... terutama nama-nama blog yang agak meragukan yang nampak seperti cuba nak sensasikan sesuatu. Gunakan perkhidmatan seperti Lynk.MY, Goo.gl, Bit.ly, Bit.do, dan banyak lagi.

#5 - Kongsikan di Fanpage atau Wall Sendiri
Sebelum anda share post atau blog entri di dalam mana-mana FB Page atau Group FB, pastikan anda share entri tersebut di page dan wall anda sendiri. Ia penting untuk tepati ciri-ciri keselamatan FB. Adakala, post anda akan dianggap sebagai SPAM secara automatik oleh FB jika bertindak melulu kongsi entri di page dan group yang bukan kendalian anda. Ia juga akan bantu page milik anda mendapat likes yang banyak, selain meningkatkan kredibiliti.

#6 - Share dalam Group Sasaran
Anda perlu faham isi kandungan entri blog anda. Siapa golongan yang akan berminat untuk baca keseluruhan entri, dan mendapat manfaat darinya. Jika ia berkaitan tips blogging, teknik SEO dan seperti ini; maka share entri tersebut di group yang ada ramai blogger yang dahagakan ilmu blogging. Jika anda tulis mengenai pelancongan, maka share entri tersebut di group yang ada kaitan dengan pelancongan - minta kebenaran admin jika perlu.

#7 - Perenggan Pertama Yang Memberikan Persoalan
Apabila seseorang mahu baca entri di blog anda, mereka pasti akan membaca perenggan pertama. Perenggan pertama ini adalah isi kandungan paling penting untuk memancing pembaca tersebut untuk like dan share entri blog anda di laman sosial terutama Facebook. Jadi, kena tulis perenggan pertama dengan persoalan yang ada di fikiran pembaca, dan janjikan jawapan kepadanya andai membaca keseluruhan entri blog. Pembaca akan appreciate andai persoalan dijawab dengan baik, dan in Sha Allah, mereka akan share dan like entri blog anda.

#8 - Kehebatan Gambar
Sebelum anda kongsi entri blog di Facebook, pastikan ada gambar untuk kaitkan dengan tajuk dan kandungan entri. Gambar boleh menjadi pemangkin yang sangat hebat untuk viralkan sesuatu post. Anda boleh sertakan gambar tersebut ke dalam blog post atau upload secara berasingan bersama status FB yang ada link entri blog anda. Teknik ini kalau kena caranya, akan memancing pengguna FB untuk mudah klik LIKE semata kerana gambar sahaja ... hoho .. walaupun mereka tak baca kandungan entri!

#9 - Gunakan Huruf Besar Untuk Tajuk di Facebook
Letakkan tajuk dengan huruf besar dan kalau boleh biar sedikit berbeza dengan tajuk entri anda. Letakkan ia di awal atau akhir perenggan status di Facebook. Penggunaan huruf besar pada tajuk ini akan meningkatkan awareness, dan memperlihatkan bahawa ia satu tajuk penting yang wajar dibaca. Dengan gunakan teknik ayat memukau yang pernah saya kongsikan, anda mungkin terkejut dengan hasil yang diberikan.

#10 - Ayat Tindakan
Gunakan ayat tindakan untuk mereka klik like dan share. Letakkan di hujung perenggan ketika kongsikan entri blog di FB. Dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih.

Ok. Siap. Inilah 10 tips yang boleh anda guna-pakai untuk bantu post atau entri blog diviralkan. Kuasa FB memang luar biasa kalau anda pandai untuk manipulasinya dengan baik. Jangan salah guna sudahlah ye ...

Semoga catatan ini berikan panduan berguna untuk rakan-rakan blogger semua. Cuba sehingga berjaya .. kerana itulah yang saya lakukan sehingga berjaya mendapat lebih 50K shares di FB untuk beberapa entri.

Andai rasa post ini beri manfaat, like tanda setuju atau share dengan rakan-rakan yang lain. Gunakan hashtag yang sesuai ye ... hoho.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kena belajar lebih lagi ni macam mana nak viralkan post blog. Thanks for sharing brother HH! Jemput singgah blog saya ;)

    BalasPadam
  2. terima kasih HH untuk ilmu ini..

    BalasPadam
  3. Hebat Bro. Nak kena belajar lagi saya ni. Rasanya yang 76.2K sekarang ni dah jadi 77.1K kot. Makin naik tu. Tahniah..hoho.. Agak-agak aje..hehe.

    BalasPadam
  4. terima kasih atas tip ni kena banyak belajar ni

    BalasPadam
  5. Thanks HH...best tip ever for me

    BalasPadam
  6. Wahhhh sharing yang sangat membantu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement