Ada yang tanya saya, apakah cara paling mudah untuk ketahui atau pantau jumlah pembaca yang sedang online di blog? Ok, jawapan saya ialah dengan menggunakan Google Analytics. Tahukah anda bahawa Google Analytics boleh dimuat turun dari Google Play? Saya sendiri menggunakan aplikasi ini untuk lihat perkembangan trafik blog saya dari semasa ke semasa menerusi telefon pintar. Ia sangat mudah, malah boleh menjadi satu alat yang sangat bagus untuk tahu bila patut kita update entri terkini atau melakukan promosi entri.

Menerusi mini Google Analytics ini, anda boleh melihat jumlah atau bilangan pembaca yang sedang online di blog anda - real time statistics. Anda boleh tahu entri apakah yang sedang hot di blog anda, dan ketahui masa terbaik untuk anda ping entri anda di laman-laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog
Aplikasi mini Google Analytics bukan sahaja menunjukkan statistik dari satu blog, malah kesemua blog yang anda miliki. Anda hanya perlu menukar atau memilih beberapa settings mudah yang ada di dalam aplikasi tersebut.

Lihat beberapa paparan yang saya ambil dari aplikasi ini ... saya boleh pantau dan lihat berapa pengunjung sedang aktif di blog (real-time), boleh lihat statistik untuk minggu ini, minggu lepas, bulan lepas dan sebagainya. Saya juga boleh lihat sumber trafik blog yang dijana ... dari pelbagai sudut.
Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog
Seronok apabila kita boleh pantau statistik blog secara real-time ni, yang kadangkala boleh mengujakan. Dan apabila anda ternampak angka-angka besar sedang online di blog anda, inilah masanya untuk anda pasang umpan menerusi banner iklan - terutama untuk blogger yang mahu dapatkan side-income menerusi program affiliate, di blog.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog
Anda boleh screen-shot angka-angka seperti saya tunjukkan di atas, dan jadikan ia sebagai salah satu kekuatan blog anda apabila mahu mempromosikan blog sebagai tempat meletakkan iklan terbaik untuk pengiklan yang mungkin berminat.

Jadi, saya sangat sarankan blogger Malaysia untuk muat turun aplikasi Google Analytics ini ke telefon pintar masing-masing. Pastikan Google Id adalah sama seperti id untuk login ke blog anda, dan jangan lupa daftar blog anda untuk perkhidmatan Google Analytics ini. Kalau blog tidak didaftarkan, maka aplikasi ini tidak boleh digunakan.

Mungkin ada aplikasi lain yang lebih menarik, tetapi saya sukakan aplikasi ini kerana saya tidak perlu buka blog atau klik pada laman web statistik lain untuk tahu bilangan pembaca yang sedang aktif dan online di blog. Hanya dengan satu klik di telefon pintar, saya dah boleh akses pelbagai perkara mengenai statistik blog saya....huhu...

Muat turun di sini - Google Analytics - Android App


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tips yang bagus... Google analytics je yg blh percaya skrg ni...

    BalasPadam
  2. Boleh tunjuk screeshoot traffic blog yang lain tak... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh ..sbb trafik blog lain kecil .. blog niche susah sikit nak dapat trafik tinggi. :)

      Padam
  3. Saya tengok kat pc aje. Mungkin lepas ni boleh nak cuba juga. Mudah sikit nak pantau kan. Tips yang menarik.

    BalasPadam
  4. Menarik app ni. Nak kena ada juga. Bagi mudah sikit.

    BalasPadam
  5. Entah dah berapa kali kata nak cuba... tetapi belum kesampaian lagi. Huhuhu

    BalasPadam
  6. teknik umpan yang baik boleh dipertimbangkan..

    BalasPadam
  7. Google analytic bagus. saya pon masih godak2 lagi.

    BalasPadam
  8. Its a good tips for practice for blogging to improvement

    BalasPadam
  9. PC pun buat masa ni masih rujuk GA di pc...tq Bro HH...share..

    BalasPadam
  10. PC pun buat masa ni masih rujuk GA di pc...tq Bro HH...share..

    BalasPadam
  11. Julia pun dah donwload dalam hp...mmg mudah dan berkesan

    BalasPadam
  12. wah... sangat berguan... terbaik bro...terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement