Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Homestay?

Bagaimana nak mulakan sebuah bisnes homestay? Homestay merupakan perkataan bahasa Inggeris. Jika dialihbahasa, ia dikenali sebagai inap desa dan kadangkala rumah tamu. Ia sebuah bisnes yang menguntungkan, terutama jika anda tahu cara sebenar melakukannya. Bayangkan, sebuah rumah yang anda miliki samada dibeli atau menyewa dari tuan rumah, boleh menjana income lumayan sehingga 4 angka sebulan dengan hanya menetapkan sewaan serendah RM100 semalam!

Congak keuntungan memang nampak mudah, tetapi ia tidaklah semudah congakan keuntungan atau pendapatan. Silap cara, bisnes homestay boleh diakhiri dengan anda terpaksa menanggung hutang keliling pinggang. Maka, untuk mereka yang mahu buat duit dalam bisnes ini; ilmu, pendekatan, teknik, kaedah serta cara perlu betul agar pengakhiran yang baik dapat direalisasikan.

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Homestay?

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Homestay?
Saya ada ramai sahabat, kenalan malah sedara-mara yang menjalankan bisnes ini. Mungkin pada pandangan ramai, bisnes inap desa atau rumah tamu ini memerlukan modal yang besar. Tetapi, sebenarnya ia bisnes yang menggunakan kos yang agak rendah jika nak dibandingkan dengan bisnes seumpamanya seperti hotel bajet. Anda tidak perlu membeli sebuah bangunan atau sebuah rumah untuk mulakan bisnes homestay ini. Menerusi teknik sewa atas sewa, anda bakal jana keuntungan lumayan dengan hanya menyewa sebuah kediaman yang mungkin dikenakan sewaan RM400 - RM500 sebulan.

Untuk memulakan sebuah bisnes homestay anda sendiri, perkara berikut perlu diambil perhatian:
  1. Kediaman untuk dijadikan homestay atau inap desa
  2. Lokasi yang berpotensi
  3. Perabot dan hiasan
  4. Peralatan elektrik dan elektronik
  5. Peraturan dan ketetapan
  6. Promosi

Pemilihan Kediaman

Anda perlu mencari sebuah kediaman yang sesuai untuk dijadikan homestay. Maksudnya, anda perlu mencari rumah yang mempunyai keluasan yang baik, jumlah bilik yang sesuai, jumlah bilik air, keadaan persekitaran dan juga kelengkapan kemudahan asas yang bagus.

[+] Klik Sini Untuk Ketahui Cara Mendapatkan Rumah Lelong Mampu Milik

Kediaman perlu mempunyai keluasan yang baik kerana kebanyakkan pelanggan berpotensi akan menyewa sebuah homestay andai ia cukup luas untuk menampung bilangan orang yang ramai. Homestay yang ada keluasan yang besar selalu menjadi pilihan, apatah lagi andai ada jumlah bilik yang mencukupi; paling tidak 1 bilik besar, dan 2 bilik kecil.
Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Homestay?

Anda perlu mencari rumah kediaman yang mudah untuk diuruskan, terutama sekali kawasan persekitaran. Andai ada tanah lapang, kemungkinan akan babitkan kos sampingan seperti perlu menjaga kebersihan, memotong rumput atau hiasan.

Kawasan rumah kediaman untuk homestay mesti mempunyai kemudahan asas yang baik. Anda perlu pastikan tekanan air yang baik, sistem perparitan yang sempurna, kutipan sampah dan sebagainya. Ia adalah untuk kelebihan jangkamasa panjang bagi memastikan tiada kos luar yang terpaksa ditanggung.

Lokasi Bisnes Homestay

Memilih lokasi yang sesuai untuk bisnes homestay
Aspek lokasi adalah antara yang memastikan bahawa bisnes homestay anda boleh menjana income yang menguntungkan. Kenal-pasti lokasi-lokasi hot yang mempunyai permintaan tinggi untuk inap desa atau rumah tamu. Periksa lokasi tersebut untuk perkara-perkara seperti:
  • Apakah tarikan yang ada di kawasan tersebut? 
  • Apakah yang akan menarik perhatian orang untuk mencari sebuah tempat bermalam yang selesa di situ?
  • Adakah lokasi tersebut mempunyai masjid, surau, tempat makan, klinik, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak?
  • Adakah lokasi mudah untuk dicari?

Kelengkapan Perabut dan Peralatan Elektrik

Konsep sebuah homestay ialah ia perlu lengkap dengan perabut dan peralatan elektrik. Kos mungkin akan meningkat andai anda bercadang untuk memperlengkapkan kediaman yang baru anda miliki dengan segala perabut dan peralatan elektrik yang baru. Jadi, sangat disyorkan untuk mencari perabut dan peralatan elektrik 2nd hand atau terpakai untuk lengkapkan kediaman homestay.

[+] Klik Sini Untuk Mendapatkan Panduan serta Cara Mendekorasi Kediaman Homestay

Namun, untuk jangkamasa panjang, anda mungkin perlu mencari atau mendapatkan perabut dan peralatan baru. Pilih perabut dan peralatan yang berkualiti dan tahan lama. Anda perlu faham, bukan semua pelanggan ada kesedaran sivik yang baik, justeru menjaga perabut dan peralatan yang ada di homestay seperti milik mereka adalah jauh dari apa yang anda harapkan.

Tips Beli Perabut dan Peralatan Baru

Jika mahu beli perabut dan peralatan elektrik baru, pilihlah hanya dari satu kedai yang ada menawarkan pakej kelengkapan satu rumah. Jadikan kedai ini sebagai main-supplier untuk bisnes homestay anda. Manalah tahu, esok lusa nak tukar perabut dan peralatan .. boleh sahaja trade-in. Lebih baik, jika ia ada after-sales seperti servis repair dan sebagainya.
Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Homestay?
Jangan terburu-buru untuk melengkapkan segala perabut dan kemudahan dalam homestay anda. Jadikan keuntungan yang dapat sebagai modal pusingan, dan pastikan bahawa apa yang anda dapat boleh menampung kos seperti bil elektrik, bil air, sewaan kepada pemilik rumah. Untuk itu, perkiraan modal - untung - rugi mesti dilakukan.

Peraturan

Sebagai seorang pengusaha homestay, anda perlu menetapkan peraturan khusus. Dokumen seperti perjanjian sewaan, pajakan antara anda dengan pemilik kediaman dan berkaitan mestilah ada, dan lengkap. Anda juga sepatutnya mempunyai peraturan ringkas untuk setiap penyewa homestay anda. Sediakan dokumen ini dan letakkan dalam perjanjian sewaan. Tanpa peraturan dan dokumen, anda mungkin berisiko kepada kehilangan, kemalangan, kerugian dan sebagainya.

Promosi Berkesan

Aspek terakhir untuk memulakan bisnes homestay ini adalah promosi. Anda sudah ada kediaman lengkap dengan perabut dan segala macam kemudahan, tetapi tiada siapa pun tahu .... jadi penting untuk anda promosikan bisnes homestay anda.

Cara paling mudah, berkesan dan dengan kos yang murah ialah dengan memberitahu jiran-jiran dan masyarakat setempat mengenai homestay anda. Bergaullah dengan mereka yang tinggal bersebelahan, berdekatan dan berhampiran dengan lokasi rumah homestay atau inap desa bisnes anda. Kalau perlu, aktif dengan aktiviti sosial yang ada - dua bulan sekali, tiga bulan sekali ...

Promosi Bisnes Homestay Dengan Kos Minima

Promosi juga boleh dilakukan di papan tanda masjid, kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta stesen minyak .. ia adalah lokasi tumpuan orang ramai, bukan sahaja penduduk setempat tetapi juga orang luar. Orang luar akan singgah di masjid untuk sholat, akan pergi ke kedai serbaneka, akan membeli di kedai runcit dan akan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan. Itulah pentingnya soal lokasi tadi penting memilih kawasan yang ada kemudahan ini; kerana ia merupakan faktor untuk anda mempromosikan bisnes homestay anda dengan kos yang rendah.
Satu lagi promosi dengan kos yang murah ialah menerusi internet. Anda boleh kongsikan mengenai bisnes homestay menerusi blog, menerusi laman sosial mahupun laman web berkaitan pelancongan. Pengiklanan di blog misalnya lebih murah, dan lebih baik kerana blog adalah sebuah medium penyebaran maklumat dan informasi yang baik. Orang akan cari informasi menerusi carian Google berkaitan homestay ... terutama dari segi harga, lokasi, kemudahan, dan review atau pendapat. Dengan informasi yang banyak berkaitan homestay anda yang boleh didapati di internet, maka semakin mudahlah orang tahu, kenal dan sedar akan bisnes homestay anda.

[+] Klik Sini Untuk Dekorasi Bajet Homestay Anda

Review Mengenai Homestay

Saya sendiri menulis review untuk beberapa sahabat yang mengendalikan bisnes homestay di blog ini; dan alhamdulillah, pulangan dan faedah yang mereka dapat adalah sangat baik. Promosi di internet, di blog adalah kekal .. anda keluarkan kos sekali, dan maklumat mengenai homestay milik anda akan kekal berada selama ada WWW; in Sha Allah .. pulangan akan dapat berkali-kali.

[+] Lihat promosi yang telah saya tulis ini - Homestay Ani Kuantan, Pilihan Untuk Keselesaan

Namun, seperti saya katakan di awal tadi .. tanpa ilmu, teknik yang betul ... bisnes homestay boleh jadi satu mimpi ngeri untuk mereka yang baru nak menceburinya. Atas sebab itu, saya sangat syorkan kepada mereka yang mahu memulakan bisnes homestay untuk mendapatkan pakej ebook berkaitan Sublet Premium. Ebook Rahsia Sublet Premium mempunyai segala ilmu - A sampai Z tentang bagaimana nak buat duit dalam hartanah sewa atas sewa, di mana bisnes homestay adalah salah satu dalam bisnes hartanah yang diceritakan (mungkin tidak secara spesifik).

Pakej dan Panduan Buat Duit Sublet Premium (Bisnes Homestay)

Pakej ebook ini yang merangkumi beberapa ebook panduan serta tips akan beritahu anda banyak perkara, antaranya:
  • Cara memilih lokasi, dan kenalpasti sebelum menyewa sebuah kediaman untuk bisnes homestay anda.
  • Bagaimana serta sumber untuk mendapatkan barangan perabut second hand yang berkualiti.
  • Menguruskan tempahan secara online dan menggunakan aplikasi tertentu.
  • Bagaimana cara nak mempromosi
  • Cara nak tetapkan harga sewaan dan memaksima keuntungan
  • Bagaimana nak mengurus bisnes dengan baik
  • Cara memilih kediaman yang sesuai untuk bisnes homestay 
Dan banyak lagi ....

Termasuklah bonus untuk anda betul-betul buat duit dalam bisnes hartanah ini  ... iaitu:
  • Bagaimana nak berurusan dengan pemilik kediaman dan mendapat harga sewaan bulanan yang menguntungkan.
  • Template yang boleh anda gunakan untuk cipta surat perjanjian anda sendiri.
  • Group Support yang akan bantu untuk newbie memulakan bisnes hartanah Sublet Premium

Sekiranya anda berminat nak tahu serta mendapatkan pakej ebook yang akan bantu anda untuk memulakan bisnes homestay sendiri, maka jangan fikir-fikir banyak .. terus sahaja ke link/pautan di bawah ini:

[+] Tawaran Khas Pakej Ebook Rahsia Sublet Premium

Anda pasti akan teruja apabila mendapat tahu bahawa anda bukan sahaja boleh buat duit menerusi bisnes homestay, inap desa atau rumah tamu malah lebih daripada itu. Dari memberi sewa kepada pelanggan untuk kadar per malam, anda akan ketahui rahsia untuk jana income menerusi sewaan per bilik dan juga per orang ... yang pasti lebih menguntungkan.
Ebook rujukan bisnes homestay - sublet premium

[+] Tawaran Khas Pakej Ebook Rahsia Sublet Premium


Panjang saya tulis ... harap akan ada yang dapat manfaat darinya. Jika sudi, kongsikan kepada orang lain, atau kawan-kawan yang mungkin sedang memikirkan cara untuk buat duit menerusi hartanah, terutama sekali bisnes Sublet ini contohnya Homestay.



5 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof January 22, 2016
sesiapa yang berminat untuk bisnes homestay perlu dapatkan buku ini..
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad January 22, 2016
bagus sangat tips ni tuan
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz January 22, 2016
bisnes ni mmg boleh buat duit kalau pandai promosi
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 25, 2016
Terima kasih, semoga dapat dimanfaatkan serba sedikit ilmunya.
Blue Note Blue Note January 25, 2016
Saya sedang menjalankan bisnes ini. Lokasi yang baik, layanan yang mesra serta promosi yang betul menyebabkan pelanggan datang berulangkali.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.