Langkau ke kandungan utama

Along Char Kue Teow Kena Cari Lokasi Lebih Baik

Along Char Kue Teow ialah sebuah restoran tanpa pintu yang agak popular di Parit Buntar. Kalau sebut mana nak cari tempat makan Char Kue Teow yang sedap dan best, inilah antara pilihan yang terbaik. Tetapi satu je yang tak best mengenai Along Char Kue Teow sejak saya 'mengenali' Char Kue Teow yang sedap di Parit Buntar.... nak tahu? hoho .. kena baca naa sampai habis...

Semenjak saya tinggal di Parit Buntar, rasanya sudah 5 kali lokasi Along Char Kue Teow ini berubah. Lokasi yang pertama adalah di hujung sebuah lot kedai, yang sekarang telah diduduki oleh Kedai RM2 (sebelum ini Longwan), kemudiannya berubah ke belakang stesen minyak Petronas.

Setelah beberapa lama beroperasi, Along Char Kue Teow kena pindah lokasi sekali lagi, kali ini di tempat yang sama cuma agak jauh sikit dari lokasi asal. Dan kali ini lebih dekat dengan kawasan perkuburan. Sebab kena pindah lokasi kerana lokasi asal dimajukan menjadi sebuah masjid baru.

Along Char Kue Teow Perlu Cari Lokasi Lebih Baik

Memandangkan lokasi ketiga agak sempit, Along Char Kue Teow berpindah lagi. Kali ini ke satu kawasan yang nampak sangat strategik - di tepi jalan besar berhampiran Kampung Kedah. Disebabkan lokasi ini, Along Char Kue Teow semakin dikenali kerana terletak di jalan utama antara Taiping ke Butterworth. Setiap malam ada sahaja yang berhenti makan di situ.

Namun, akibat beberapa masalah ... lokasi terbaru (setakat entri ini ditulis) telah berpindah ke kawasan yang sama cuma kedudukannya lebih ke dalam sedikit, dan lebih jauh dari jalan besar. Ia terletak bersempadanan dengan kawasan perumahan yang baru dibangunkan.
Along Char Kue Teow
Lokasi Along Char Kue Teow Parit Buntar
Lokasi terbaru ini telah dibinakan sebuah tempat seperti sebuah bengkel, yang berbumbung tetapi masih lagi tidak mempunyai pintu. Lapang dan didirikan juga beberapa gerai kecil lain sebagai tambahan kepada menu - satu-satunya menu iaitu Char Kue Teow.

Cuma masalahnya ialah ...

Banyak Nyamuk Sehingga Tengah Makan Pun Hinggap di Hidung

Kawasan tersebut terlalu banyak nyamuk. Nyamuk menjadi musuh utama sehingga pelanggan yang datang terpaksa menaikkan kaki ke kerusi untuk elak nyamuk yang suka benar menyerang kaki. Jumlah nyamuk ini .... memang cukup banyak, sehingga sedang menikmati Char Kue Teow pun dia boleh hinggap di hidung dan berdesing di telinga.

Serius. Kalau tidak kerana kesedapan Along Char Kue Teow, tentu ramai dah angkat kaki dah ... Ramai pelanggan sanggup menunggu dengan aksi menampar nyamuk sana sini sebelum hidangan sampai. Malah, ada yang berkelubung kaki untuk elak nyamuk dari menggigit. Jenis nyamuk pula adalah spesies yang halus, dan kalau terkena gigitan memang gatal tak boleh nak digambarkan.

Cadangan Penyelesaian

Mungkin Along Char Kue Teow kena cari lokasi baru yang lebih baik. Tapi, pastinya ia akan libatkan kos. Dah la tempat dan lokasi sekarang sudah dikeluarkan modal agak besar juga - dari pemerhatian. Atau .. cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan masalah kawasan banyak nyamuk ini.

Apa yang saya lihat, kawasan sekeliling yang penuh dengan semak, dan becak serta terdapat beberapa tinggalan barang pembinaan mungkin menjadi penyebab kenapa terlalu banyak nyamuk di lokasi Along Char Kue Teow. Jadi, kalau boleh ... untuk keselesaan pengunjung dan pelanggan, boleh ikhtiarkan untuk buat gotong royong, atau pembersihan kawasan sekeliling.

Sedap memang sedap, namum lama-lama orang akan lupa akan kesedapan Along Char Kue Teow sebab perlu asyik menampar dan risaukan akan nyamuk dari mengadap serta menikmati hidangan terbaik Along Char Kue Teow.

p.s: Sampai saya tak sempat nak snap gambar char kue teow ... sbb sibuk nak makan, dan sibuk nak tampar nyamuk .. 



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. rasanya boleh mohon tapak dengan majlis perbandaran kot BRO HH..atau sewa lot gerai..

    BalasPadam
  2. Sudah tiba masanya Along char kuey teow mencri satu lot kedai dua pintu...lokasi yg sesuai di taman wawasan menghadap jalan besar ataupyn dkt ngan sinpang kfc di kawasan hujung tepi tue... boleh tgk area jitra kwsn dpn yawata..mmg rancak

    BalasPadam
  3. Parit Buntar tak jauh dah dengan semanggol. nanti balik kampung boleh la contact bro minum sini... tak pernah try lagi... boleh borak pasal blog... sambil-sambil tampar nyamuk...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru je balik Semanggol minggu lepas .. hoho .. :) gi Bukit Merah .. main air.

      Padam
  4. kampung kat semanggol ka? area mana?

    sekarang pergi bukit merah bawak anak main kolam dekat club house jer... murah dan makan pun sodap...

    BalasPadam
  5. Kedai makanan sedap ceruk mana pun orang sanggup pergi..
    Mungkin kena bersihkan sikit sekitarnya untuk kurangkan nyamuk

    BalasPadam
  6. Ramai yg x puas hati kenapa bro buka dekat tanjung malim padahal kat rawangkan lebih baik. Lepas dgr penjelesan baru fhm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh?? Siapa punya Char Kue Teow?

      Padam
    2. pening2..ambo tak faham cerita nih...

      Padam
    3. mungkin terbaca entry lain, terkomen di blog lain... kadang-kadang terlalu banyak blogwalkingpun boleh berlaku kes macam ni.

      Padam
  7. Siapa yang boleh tolong nie?

    BalasPadam
  8. lalu jeee tak pernah singgah ngeh3..
    slalu makan char kuey teow depan taman pekaka tu jeee..

    BalasPadam
  9. Kena singgah juga nanti bila sampai sana. Nak merasa sambil tampar nyamuk.

    BalasPadam
  10. kalau makanan best, jauh pun takpa,janji redah dan rasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…