Ramai yang teringin nak dapatkan income masyuk. Ok, untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan satu peluang untuk mendapatan sebuah ebook percuma tentang bagaimana nak buat income 4 angka menerusi sublet hartanah. Tapi, sebelum itu, kita cedok sedikit ilmu berkaitan hartanah ini, terutama berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan sublet. Saya pasti ramai yang tidak tahu .. hoho.

Dalam artikel ini, anda akan tahu secara asas bagaimana nak buat income 4 angka menerusi sublet hartanah, dan in Sha Allah, sedikit pengetahuan mengenai teknik yang digunakan. Anda juga akan dapat akses kepada ebook percuma bertajuk Ebook Sublet Premium yang akan dedahkan beserta contoh tentang bagaimana sebuah rumah yang anda sewa setiap bulan boleh berikan income 4 angka sebulan tanpa jejaskan kos sewaan anda.

Buat Income 4 Angka Menerusi Sublet Hartanah

Buat Income 4 Angka Menerusi Sublet Hartanah
Oh ya, ilmu yang akan saya kongsikan ini adalah merupakan ilmu yang saya sedut daripada ebook tersebut yang telah ditulis oleh saudara Mohd Fairuz bin Abd Razak. Beliau berasal dari Bandar Sri Damansara, dan menetap di Bandar Baru Bangi. Jadi... dia ni orang bandarlah .. haha. Dan orang bandar memang pakar buat duit menerusi hartanah ni ... tak percaya boleh tanya pada rakan blogger saya - AbangEnsem.com.

Pendedahan Oleh Mohd Fairuz

Mohd Fairuz seorang jurutera elektrikal lebih dari 5 tahun, dan baru sahaja berjinak dengan bidang hartanah pada akhir tahun 2012 secara sambilan. Dan sejak dari itu, beliau sudah membina pengalaman sendiri untuk menjana income 4 angka menerusi hartanah secara part time; paling menariknya ialah beliau melakukannya dengan teknik Sublet.

Sublet?

Apakah yang dimaksudkan dengan sublet? Dalam bahasa mudahnya ialah sewa atas sewa. Anda sewa sebuah rumah dan rumah tersebut anda sewakan pula kepada orang lain. Keuntungan yang anda dapat ialah menerusi penolakan kos.

Contoh adalah seperti berikut:

Sewa rumah dari pemilik: RM400/bulan
Sewakan rumah kepada orang lain: RM750/bulan
Keuntungan: RM750-RM400 = RM350/bulan

Ok, nampak tak bagaimana menerusi kaedah sewaan ini memberikan keuntungan? Tetapi, bukan mudah untuk anda terus meletakkan harga sebuah rumah yang asalnya anda sewa RM400 sebulan dari pemilik rumah. Ada beberapa perkara yang perlu anda buat terhadap rumah tersebut sebelum meletakkan harga sedemikian.

Jana Pendapatan Menerusi Sewa Hartanah 4 Angka

Nak buat income 4 angka menerusi sublet hartanah ini bukan setakat anda sewa sebuah rumah, anda boleh sewa apartment atau pangsapuri. Mungkin harga sewaannya agak mahal, tetapi menerusi kaedah yang dikongsikan oleh Mohd Fairuz, anda boleh menyewa sebuah apartment dengan kadar RM1,300/bulan dan membuat income dengan kadar bersih RM580 sebulan! Bersih ehhh ... selepas tolak kadar sewa apartment dari pemiliknya...huhuhu.. menarik kan?

[Baca] Panduan Jana Income Tambahan Menerusi Rumah Sewa

Ok, dalam ebook tersebut, ada satu teknik yang dinamakan Sublet Premium. Menerusi kaedah ini, Mohd Fairuz berkongsi cara untuk jana income menerusi sublet hartanah yang sangat menguntungkan. Dia menyewa sebuah apartment jenis studio di Damansara Perdana dengan kadar RM1200/bulan. Fuhhh ... memang mahal sewa sebuah apartment di Damansara Perdana ni ye ...

Dan menerusinya, Mohd Fairuz telah berjaya menjana income sebanyak RM983.70 dalam tempoh sebulan ianya disewakan. Income ini telah ditolak dengan kadar sewa dan lain-lain kos yang terbabit .... fuh ... dah boleh cover hampir keseluruhan jumlah sewa apartment tersebut! Paling tak tahan tu .. dia melakukannya menerusi laman web Agoda.com. Sebuah laman web yang menyediakan servis tempahan untuk penginapan sehari.

Kalau lihat daripada contoh yang telah saya berikan tadi, anda boleh nampak bagaimana income 4 angka menerusi sublet hartanah itu diperoleh.

Daripada contoh, income yang diperoleh RM350 + RM580 + RM983.70 .....  dah 4 angka kan?

Jadi, sah lagi benar.

Muat Turun Ebook Percuma

Jika anda mahukan ilmu berkaitan sublet hartanah ini, anda boleh muat turun secara percuma menerusi pautan di bawah ini:

[Download Percuma] Ebook Sublet Premium Percuma

Sedikit panduan untuk muat turun ebook percuma ini:
  • Klik pautan disediakan tadi - Ebook Sublet Premium Percuma
  • Anda akan dibawa ke satu laman promosi, tunggu sehingga butang atas keluar 'Skip Ad'. Klik butang tersebut, seperti ditunjukkan di bawah ini:
Muat Turun Ebook Buat Income 4 Angka Menerusi Sublet Hartanah
  • Kemudian, anda akan dibawa ke laman di bawah. klik butang yang disediakan, dan kemudian ikut arahan yang diberikan.
Lynk.my 2015
  • Anda akan menerusi satu email pengesahan daripada Mohd Fairuz, dan akan diberikan pautan eksklusif untuk baca dan download ebook ini.

Jadikan ilmu percuma ini sebagai panduan untuk anda lebih tahu cara untuk jana income 4 angka menerusi sublet hartanah. Semoga bermanfaat.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak try juga lepas ni.. hehehe..

    BalasPadam
  2. Bagus buat income dengan hartanah ni. Kena dapatkan panduan ni.

    BalasPadam
  3. Terus jatuh hati bila baca entry ni..Lepas ni nak kumpul duit sikit.Mana tau tahun depan boleh buat duit cara ni kan..hehe

    BalasPadam
  4. Peluang yang terdapat bila jadi ejen hartanah ni memang banyak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement