Langkau ke kandungan utama

Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka

Adakah anda mencari penginapan yang selesa di Melaka? Apakata saya syorkan anda menginap di sebuah homestay yang terletak di Batu Berendam, Melaka. Ia sebuah homestay yang baru dibuka (pertengahan 2015), berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan juga Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka

Homestay ini menyediakan kelengkapan yang lengkap seperti di rumah anda. Kemudahan yang ada masih lagi tip top, dan anda tidak perlu gusar untuk menggunakannya. Homestay yang terletak di Batu Berendam ini mempunyai ruang tamu serta bilik yang agak luas. Dengan perabut yang minima, ia memberikan anda keselesaan untuk bermalam buat sebuah keluarga bersaiz sederhana besar.
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur lengkap dengan katil bertilam yang selesa, dan juga 2 bilik air. Bilik tidur utama (master) dilengkapi dengan penghawa dingin serta bilik air. Ruang tamu pula lengkap dengan sofa, tv serta penghawa dingin. Untuk ruangan dapur, disediakan kelengkapan mencukupi untuk memasak, seandainya tetamu mahu memasak sendiri - termasuklah dapur gas, peti ais, pinggan mangkuk, dan cerek elektrik. Meja makan juga disediakan.
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Penginapan Homestay Batu Berendam Melaka
Homestay ini berdekatan dengan tempat-tempat berikut, yang mengambil masa antara 20-25 minit perjalanan:
  • Melaka Sentral
  • Jonker Street
  • Kampung Morten
  • Banda Hilir
  • Pantai Klebang
  • Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
  • Hospital Pantai Air Keroh
Manakala tempat-tempat berikut hanya ambil masa kurang dari 15 minit sahaja daripada homestay ini:
  • Lapangan Terbang Antarabangsa - 5 km
  • MITC - 8 km
  • Zoo Melaka - 10 km
Jika anda mahu merasa keenakan ikan bakar yang terkenal di negeri Melaka, anda boleh ke Medan Ikan Bakar Alai, dan juga Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai yang hanya 30-40 minit perjalanan.

Homestay ini sangat sesuai dan selesa untuk keluarga antara 5-8 orang dewasa. Anda boleh menyewa homestay ini samada untuk bermalam sempena majlis kenduri kahwin yang berhampiran, atau sebagai tempat singgahan sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Juga untuk bermalam sempena majlis konvokesyen di UTeM atau mungkin melawat sedara mara di kawasan berdekatan seperti Hospital Pantai Air Keroh atau Kampung Morten.

Untuk tempahan, info lanjut serta harga istimewa penginapan; anda boleh hubungi nombor telefon beriku:

Kak Jah: 06-317 7177 / 013-425 5449 / 019-592 0447



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Menarik ni. Location pun ok.

    BalasPadam
  2. nampak selesa dan menarik nampaknya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Homestay ni baru lagi .. memang la best .. semuanya baruuuu

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…