Dalam diam, statistik blog dalam dashboard blogspot telah menunjukkan angka lebih 15 juta pageviews sejak direbranding pada akhir 2010. Alhamdulillah, saya suka dengan angka yang ditunjukkan walaupun ia bukanlah satu angka yang benar-benar tepat jika menurut sesetengah blogger yang analitik.

Apapun, apa yang dipaparkan menerusi statistik blogspot tersebut boleh dijadikan anggaran kasar mengenai jumlah hits yang telah diterima untuk sesebuah blog platform blogspot. Ketepatan mungkin boleh dipersoalkan tetapi saya fikir bezanya tidak jauh, sekitar 500-1000 angka sahaja. Ramai blogger lebih yakin dengan statistik ditunjukkan menerusi Google Analytics yang diyakini lebih tepat, khusus untuk blogger blogspot.

Blog Capai 15 Juta Pageviews

Blog Capai 15 Juta Pageviews

Jadi, itulah sebabnya masih ramai blogger terkenal menggunakan statistik pageviews blogspot sebagai penanda aras kekuatan dan populariti blog. Malah, ada pengiklan besar yang menggunakan tanda aras tersebut untuk memilih blog itu sebagai platform memperkenalkan produk dan promosi. Jumlah pageviews yang tinggi menunjukkan bahawa blog itu mempunyai kebarangkalian tinggi disinggah atau dimasuki tanpa melihat kepada pengaruh jumlah followers.

Suka Dengan Angka 15 Juta Pageviews

Alhamdulillah, saya sangat suka dengan pencapaian 15 juta pageviews yang telah direkodkan. Untuk tahun 2015 ini sahaja, beberapa rekod pageviews dan hits tercapai.
Jumlah visitor blog hasrulhassan.com September - November 2015
Kejayaan ini mungkin tidak berlaku tanpa sokongan dari rakan-rakan blogger yang telah menjadi pembaca setia blog ini. Untuk 3 bulan ini - September hingga November 2015, blog terima sebanyak 24.5 peratus trafik daripada pembaca dan pengunjung setia blog ini.

Saya tak nafikan, daripada 20 peratus inilah yang turut menyumbang kepada kehadiran pengunjung baru sebanyak 75.5%, samada secara langsung dan tidak langsung.

Angka Disusuli Rezeki Allah S.W.T

Syukur alhamdulillah, dengan pencapaian 15 juta pageviews ini juga turut disusuli rezeki daripada para pengiklan yang nampak akan kekuatan blog ini. Ada beberapa pengiklan yang telah mendapatkan servis advertorial daripada saya lebih daripada sekali, in Sha Allah mungkin kerana mereka berpuas hati dengan outcome yang telah diterima.

3 job besar atau pengiklanan premium diterima tahun 2015:

Sekali lagi terima kasih kepada yang menyokong blog ini sejak dari tahun 2010, dan kerjaya saya sebagai blogger sejak tahun 2007. Apa yang anda berikan mungkin tidak dapat saya balas setimpalnya, namun in Sha Allah, dalam setiap kejayaan ini, saya juga doakan kejayaan buat rakan blogger dan pembaca setia blog HasrulHassan.com

Kepada mereka yang berminat untuk beriklan, boleh hubungi saya menerusi ruangan contact atau email blogger.hasrulhassan@gmail.com untuk rate card terkini serta quotation.



19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam Sifu HH..WOW!!!! tepukan dari Sabah ya..nak tumpang pun malu dah ni sifu HH apapun tebal kan muka ja. Blog kampungan ala kadar ja..tupun dapat kritikan ..inshaAllah akan perbaiki juga hal ejaan dan sebagainya...tahniah ya . Teruskan Etuza dari Sabah giat menyokong apa lagi HH adalah house husband yang wajib dicontohi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana masih sudi memberikan sokongan kepada blog ini .. saya hargainya ...

      Padam
  2. paling hebat..jika begini harap tak lupa rerumput melata ya sifu HH..

    BalasPadam
  3. tahniah. bukan senang nak dapat job advertorial tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm itulah pasal, mungkin ada blogger berpengaruh yang sebut nama gua kepada pengiklan2 ini ..

      Padam
    2. Gua rasa juga sebab lu tak lokek ilmu laa bro..lu jenis bukan makan sorang kot.. :D

      InshaALLAH bro HH akan lebih maju lagi di masa hadapan...ameen

      Padam
  4. Syukur alhamdulillah..moga keberkatan pada setiap info,input,ilmu bermanfaat yang dikongsi menambahkan lagi rezeki sedia ada...tahniah..

    BalasPadam
  5. Wah!!!!
    Terbaik....

    BalasPadam
  6. Tahniah bro,

    Blogger blogspot berjaya membuktikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... ramai blogger blogspot yang berjaya dapat juta2 PV ni termasuklah Fatin Liyana, Ben Ashaari, Mat Gebu, Irene ... dan ramai lagilah.

      Padam
  7. Power2...tahniah tuan. Semoga semakin mencurah2 idea penulisan tuan lagi..

    BalasPadam
  8. tahniah..
    bukan senang nak capai angka setinggi tu
    makin byk peminat tuan hh, semestinya pengisian yg bermanfaat yg dicari2 pelayar internet
    byk ilmu di blog ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm harap mereka akan terus kekal bersama dengan blog ini

      Padam
  9. Hebat dan dahsyat !! Pemangkin untuk terus berkarya di dada blog. Great Job Bro HH. Tahniah daripada saya.

    BalasPadam
  10. Tahniah,,,bukan senang nak dapat PV berjuta ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement