Bateri Kereta Kong? Biar Bateriku.com Periksa Percuma

Bateri kereta kong? Selalunya apabila hadapi masalah sebegini, kita akan terus akan buat keputusan untuk tukar bateri baru. Tak fikir panjang samada bateri tersebut masih boleh digunakan atau tidak. Saya sudah lakukan kesilapan ini sebanyak dua kali, walhal bateri yang difikirkan kong itu belum pun masuk 2 tahun digunakan. Sekarang, dah ada Bateriku.com. Hanya dengan satu panggilan telefon, mereka akan datang periksa bateri 'kong' anda itu dengan percuma!
Bateri Kereta Kong? Biar Bateriku.com Periksa Percuma
Satu servis yang sangat berbaloi untuk ramai yang naif mengenai bateri kereta, terutama diri saya. Jika anda merasakan bateri kereta anda kong, tidak boleh digunakan ... pastikan anda mendapat khidmat nasihat percuma daripada Bateriku.com terlebih dahulu. Jangan bazirkan wang anda kepada sesuatu yang tidak perlu!

Bateri Kereta Kong? Biar Bateriku.com Periksa Percuma

Dan yang paling menarik mengenai servis Bateriku.com ini ialah .... anda hanya perlu telefon talian 1800-22-2324 atau WhatsApp 012-2458027 untuk mendapatkan bantuan pemeriksaan percuma daripada mereka.... tanpa susah payah untuk anda 'heret' kereta anda ke bengkel. Dengan hanya panggilan telefon atau WhatsApp, mereka yang akan datang ke tempat atau lokasi anda, dan berikan servis pemeriksaan bateri secara percuma!

Hanya bayar harga bateri - itupun jika perlu ditukarkan sahaja. Fuuhh .. boleh jimat banyak tu dari terkena tipu daya sesetengah mekanik yang muncul secara tiba-tiba. Sentuh sini, sentuh sana .. tup tap, dah kena bayar itu ini... tak ke naya jadi begitu?

Selalunya kalau kereta tersadai di tengah jalan, akan adalah 'kaki-kaki' wakil bengkel yang ntah datang dari mana mendekati. Selalunya apabila kita memberitahu bahawa kereta tidak boleh start disebabkan bateri, pasti mereka akan recommend untuk menukar bateri baru - tanpa melakukan pemeriksaan rapi terhadap keadaan bateri.

Menerusi Bateriku.com, servis yang mereka tawarkan adalah lebih dari sekadar memberikan kereta anda bateri baru. Apa yang mereka lakukan ialah:
  1. Hadir ke lokasi anda dengan kelengkapan lengkap untuk pemeriksaan bateri kereta.
  2. Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dan keadaan bateri kereta anda secara percuma.
  3. Mengesyorkan kepada anda berkaitan keadaan bateri - samada perlu ditukar atau tidak.
  4. Jika bateri kereta perlu diganti, pemasangan percuma akan dilakukan.
Selesai.

Sekiranya anda menghantar kereta ke workshop untuk servis biasa dan tiba-tiba pomen syorkan tukar bateri ..jangan tukar dulu, ingat Bateriku.com. Call dulu Bateriku.com, mana tahu... bateri kereta anda masih lagi boleh digunakan, jimat duit. Bateriku.com boleh datang ke rumah anda, pejabat atau di mana-mana lokasi yang anda mahu tanpa perlu membuang masa menunggu di workshop.

Hanya Bayar Harga Bateri

Anda hanya perlu membayar harga bateri baru yang siap dipasang. Kos untuk servis pemeriksaan dan servis menukar bateri kong kepada bateri baru, kedua-duanya adalah PERCUMA. Kos mereka datang kepada anda juga adalah percuma ...

Menarik? Itu sudah pasti. Malah ia sangat berbaloi dan telah dibuktikan oleh ramai pengguna jalanraya dan pemilik kereta yang telah mendapatkan khidmat daripada Bateriku.com ini.
Testimonial Servis Percuma Ganti Bateriku.com
Testimonial Pelanggan Bateriku.com
Bateri Kereta Kong? Biar Bateriku.com Periksa Percuma
Bateriku.com menyediakan servis penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan secara percuma untuk bateri kereta anda. Hampir semua jenama bateri kereta ada di Bateriku.com; jadi pilihan produk serta harga bateri tetap ada, tanpa perlu anda risau mengenai bajet anda.

Tidak kira bateri dari jenis basah atau kering, pihak Bateriku.com sedia menyediakan pilihan terbaik untuk kereta anda. Tak perlu was-was, kerana banyak testimoni telah dikongsikan di Fanpage Bateriku.com.
Bateri Kereta Kong? Biar Bateriku.com Periksa Percuma
Simpan info ini, atau save-as gambar di atas, dan simpan di dalam kereta anda. Anda mungkin memerlukan khidmat mereka nanti.

Untuk info, dan pertanyaan berkaitan servis tukar bateri percuma oleh Bateriku.com ini, hubungi:

Bateriku.com
31, Jalan Utarid U5/11,
Mah Sing Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.