Langkau ke kandungan utama

58 Intipati dan Kandungan Penting Bajet 2016

Intipati Penting Bajet 2016. Mungkin ada yang tidak mahu meneliti teks ucapan penuh Bajet 2016 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan di Parlimen sebentar tadi - 28 Oktober 2015.

Intipati mengenai Bajet 2016 ini telah disediakan oleh Bernama, dan saya kongsikan kepada mereka yang mungkin nak tahu perkara-perkara penting dalam bajet kali ini. Bajet 2016 bertemakan, Mensejatera Kehidupan Rakyat.

58 Intipati dan Kandungan Penting Bajet 2016


Berikut ialah antara intipati Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat. Teks ucapan penuh, boleh anda lihat dan baca menerusi dua pautan berasingan berikut:

Jom lihat apa perkara penting dalam bajet kali ini, antara nak suka, dan rasa kurang gembira ... kena hadam juga sebab mereka yang mentadbir dan bukannya kita .. hoho.

  1. Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
  2. RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
  3. RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
  4. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
  5. Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
  6. Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
  7. Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
  8. Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
  9. Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
  10. Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
  11. Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
  12. Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
  13. Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
  14. Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
  15. Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
  16. Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
  17. Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  18. Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
  19. Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS
  20. Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
  21. Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
  22. Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
  23. RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
  24. Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
  25. RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
  26. Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
  27. Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016
  28. Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017
  29. Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022
  30. Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020
  31. Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura
  32. Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan
  33. SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
  34. RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
  35. RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
  36. RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
  37. RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
  38. Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
  39. Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
  40. RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
  41. RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
  42. Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
  43. RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade
  44. RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih
  45. RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah
  46. RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016
  47. Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP
  48. RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
  49. Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun
  50. Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
  51. KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
  52. Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
  53. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
  54. Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini. 
  55. Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
  56. Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
  57. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion.
  58. Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion.
Ada beberapa perkara tertinggal ...

Antaranya ialah ..

  • Gaji minima RM1000
  • Pemberian bantuan khas untuk kakitangan awam
  • Pemberian BR1M dinaikkan sebanyak RM50
  • Kategori baru dalam BR1M 2016
  • Nilai pencen minima dinaikkan
  • Perumahan untuk kakitangan keselamatan negara


Ada yang mungkin nak tambah?



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…