Punca Komputer Berbunyi Bising

Punca komputer berbunyi bising. Agak lama saya hadapi masalah ini, lebih daripada 6 bulan saya hadapi masalah komputer berbunyi bising. Memang rasa terganggu bila buat kerja depan komputer ada bunyi yang bising dari CPU. Saya ingatkan komputer saya dah uzur, membuatkan ia mengeluarkan bunyi bising bila terlalu lama terpasang.

Namun, akhirnya saya jumpa juga sebab dan punca kenapa komputer saya yang dibeli (upgrade) sekitar tahun 2010 ini berbunyi bising. Itupun secara tidak sengaja apabila saya terfikir untuk upgrade processor Intel Pentium Core Duo 2 tu kepada versi yang lebih power.

Punca Komputer Berbunyi Bising

Segalanya bermula bila satu hari saya bercadang nak lihat slot yang ada di motherboard komputer. Buka bahagian penutup tepi, dan saya lihat bahawa terdapat banyak habuk di dalam isi badan CPU komputer saya, sampai terbersin berkali-kali.

Saya pun periksa kipas CPU yang ada dua biji. Uhh memang patutlah komputer saya berbunyi. Kipas CPU atau motherboard dah penuh dengan habuk, mau dekat 100 gram 'berkampung' di bahagian kipas, tak termasuk bahagian-bahagian lain dalam CPU.
Punca Komputer Berbunyi Bising
Punca Komputer Berbunyi Bising
Jadi, dengan menggunakan berus lukisan anak saya yang kering, saya pun keluarkan habuk-habuk yang melekat di celah-celah bilah kipas. Bagi memudahkan kerja, saya tanggalkan segala wayar, cord, RAM dan yang melekat pada motherboard. Saya tanggalkan motherboard pada badan CPU dan lakukan permbersihan.

Ambil Gambar Dengan Kamera Telefon

Bagi mereka yang mungkin tak tahu mana satu wayar patut disambungkan, saya syor anda ambil gambar sebelum tarik segala wayar keluar. Walaupun sambungan itu unik sebab sudah ada coupling yang serasi, namun kadangkala ada sambungan yang agak mengelirukan - yelah bukan semua orang pakar dalam bab perkakasan komputer ni.

Selesai bersihkan habuk, maka saya pun pasangkan kembali semuanya.

Alhamdulillah. Komputer saya sudah tidak berbunyi bising lagi.

Jimat Tenaga

Dan baru saya tahu, dengan cara saya bersihkan habuk-habuk dari komputer ini, ia akan lebih efisien untuk penjimatan tenaga. In Sha Allah.

Jika anda ada masalah serupa, cubalah cara ini. Dan pastikan tangan anda kering, persekitaran anda juga kering. Paling penting, skru yang anda tanggalkan letak di satu tempat yang selamat, jangan dibiarkan bertaburan, kerana nanti jadi seperti saya .... keluarkan 5 skru, dimasukkan kembali dah tinggal 4 .. hahahaa...

p.s: Tak terfikir lak nak ambil gambar kipas CPU sbb tak cadang nak buat artikel ni.