Ikan Laga Ekor Bulan Sebelah (Half Moon sp.)

Jenuh juga nak mencari Ikan Laga yang datang dari spesies terbaik. Dulu, masa saya kecik-kecik, Ikan Laga mudah je nak ditemui, terutama di kawasan berpaya, tepian tali air mahupun parit kat kampung. Tetapi, sekarang ni, tempat nak mencari ikan laga atau ikan lawan ni pun dah susah, apatah lagi nak cari spesies ikan ni.

Ikan Laga yang dicari di kawasan berpaya, sawah bendang dan parit ni selalunya tak lah berapa cantik sangat, tapi sangat agresif dan kalau lawan ngan ikan laga spesies lain, selalunya akan jadi juara.

Malah, petua orang tua-tua, nak cari ikan jenis ni yang power berlawan, carilah di kawasan paya yang ada pokok rumbia atau pokok mengkuang, tengok di bahagian perdu pokok tu. Jika ada air bertakung dan buih putih yang banyak, itulah kawasan ada ikan laga yang kuat. Nak lagi power, cari ikan laga yang hidupnya di tengah-tengah lingkaran sang ular sawa.... haaa .. yang ni memang powerlah .. hoho .. yang tak pernah lagi saya jumpa setakat ni.

Ikan Laga Ekor Bulan Sebelah (Half Moon)

Ikan Laga Ekor Bulan Sebelah (Half Moon)
Tapi, kini .. Ikan Laga lebih kepada ikan hiasan. Dikenali dengan nama Betta sp, ia merupakan antara ikan hiasan yang mudah dijaga, malah boleh dibiak di akuarium. Saya ada cerita cara nak biak ikan ni menerusi entri Projek Buat Anak Puluh-Puluh.

Antara banyak spesies ikan laga ni, saya paling suka jenis Half Moon Betta. Haa .. jangan ingat tudung je ada jenis half moon ni ye .. ikan pun ada dari jenis ni, malah half moon sebenarnya trademark untuk ikan laga ... leh saman gitu... hehehe.
Ikan Laga Half Moon memang lawa. Ikan Laga dari spesies ini ada ekor mengembang penuh yang cantik. Harganya pun boleh tahan, dari serendah RM5 hinggalah harga biasa RM10 seekor. Saya ada jumpa Half Moon Betta yang dijual dengan harga puluh dan ratusan ringgit!

Sedikit tips saya nak kongsi kalau nak beli ikan jenis ni di kedai-kedai. Pilih dan beli ikan laga Half Moon (Betta sp.) jika dan hanya jika:
  • Mempunyai warna yang terang, dan menyerlah.
  • Pergerakkan berenang - luncur lancar.
  • Tiada masalah bila diberi makan - selalu rakus je.
  • Badan bersih, tak ada kesan kulit tercabut.
  • Ekor nampak elok, tak ada compang-camping.

Amacam? Cantik kan ikan laga jenis Half Moon Betta sp. ni? Meh layan beberapa lagi gambar ikan laga ni, yang saya ambil daripada laman Pinterest. Perghh memang memukau sungguh laa ...