Langkau ke kandungan utama

15 Soalan Berkaitan Derma RM2.6 Billion

15 soalan berkaitan derma RM2.6 billion. Isu derma RM2.6 billion heboh diperkatakan di mana-mana, samada di dada akhbar tempatan, di laman sosial mahupun di kedai kopi Simpang Ampat, Nibong Tebal. Tak kira bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, malah Orang Asli pun ada yang bercakap-cakap mengenai derma ini.

Umum juga telah mengetahui bahawa derma RM2.6 billion ini diterima dan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi pemimpin tertinggi negara. Dan umum juga telah mengetahui bahawa pihak SPRM yang menyiasat isu berkaitan rasuah telah memaklumkan bahawa kemasukan wang RM2.6 billion itu bukanlah berbentuk rasuah dan tiada kaitan dengan isu wang 1MDB, diperjelaskan juga wang tersebut merupakan sumbangan derma daripada seseorang dari Timur Tengah.

Saya bukanlah seorang pejuang politik, apatah lagi keyboard warrior, cuma sebagai rakyat biasa yang agak kritikal bila tahu ada sejumlah wang yang sangat banyak dimasukkan sebagai derma ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin, apatah lagi pemimpin nombor satu negara.

15 Soalan Berkaitan Derma RM2.6 Billion

15 Soalan Berkaitan Derma RM2.6 Billion
Banyak persoalan mahu ditanya, tetapi siapalah saya yang bukan ada sebarang jawatan penting pun. Cuma mungkin, saya nak kongsikan 15 soalan berkaitan derma RM2.6 billion ini yang telah ditanyakan oleh seorang belia bernama Akmal Saufi Mohamed Khaled. Dan dalam banyak-banyak soalan ditanyakan itu, memang ada beberapa persoalan yang turut difikirkan oleh saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahu tahu.

Akmal Saufi? Siapa beliau? Anda akan ketahui di hujung post ini.

Ok, mari kita lihat, baca dan faham apakah 15 soalan berkaitan derma RM2.6 billion yang ditanyakan oleh saudara Akmal Saufi.

(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;
  1. Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?
  2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
  3. Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?
  4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?
  5. Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
  6. Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
  7. Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
  8. Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
  9. Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
  10. Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?
  11. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?
  12. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
  13. Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
  14. Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
  15. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia

Begitulah 15 soalan berkaitan derma RM2.6 billion yang telah dikongsikan oleh saudara Akmal Saufi menerusi laman facebook pada 4 Ogos 2015. Perkongsian tersebut telah menjadi viral di laman sosial dan blog, dan telah dikongsikan oleh pengguna Facebook sebanyak lebih daripada 600 kali. Ia juga mendapat 1600 likes dan semakin bertambah setiap hari.

Siapa Akmal Saufi?

Untuk pengetahuan, Akmal Saufi Mohamed Khaled merupakan seorang peguam. Beliau juga Pengarah Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Malaysia dan Ahli Parlimen Belia Johor. 15 persoalan yang dikemukakan oleh Akmal Saufi adalah pada kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti, Parlimen Belia Malaysia.

Saya harap segala 15 persoalan atau pertanyaan ini akan dapat jawapannya daripada pihak bertanggungjawab. Usah membiarkan soalan-soalan ini menjadi misteri. 

Oh ya, untuk info, sebahagian daripada persoalan ini ada yang dijawab oleh pihak MYKMU.net. Anda boleh rujuk wall Facebook Akmal Saufi untuk mengetahuinya secara khusus.

Semoga segalanya terungkai dan tiada lagi persoalan mengenai derma RM2.6 billion yang sedang hangat dibicarakan ini.

[Info] Baca juga kenyataan daripada SPRM mengenai isu dana RM2.6 billion dan siasatan ke atas SRC International.

 
advertisement


Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …