Satu lagi tips blogging - Cara mudah untuk compress dan optimasikan gambar atau imej dalam blog. Sebelum ini saya dah kongsikan bagaimana nak ketahui kebolehupayaan blog untuk loading dengan pantas menerusi Google PageSpeed Insights. Menerusi laman web Google Webmaster Developer itu, anda boleh ketahui cara-cara untuk memperbaiki masa loading blog anda.

Antara penyumbang kadar loading blog yang lambat ialah penggunaaan saiz gambar yang berlebihan. Apabila terlalu banyak gambar dalam sesebuah entri atau blog, maka akan lambatlah juga blog kita untuk dipaparkan. Ia sangat tidak baik untuk emosi pengunjung blog, apatah lagi untuk enjin carian seperti Google dan Yahoo.

Cara Mudah Compress Optimasi Gambar Dalam Blog

Saya pernah ceritakan, salah satu aspek penting dalam SEO ialah penggunaan gambar, namun gambar perlu berada di dalam saiz yang baik tanpa jejas kualiti. Gambar adalah antara penyumbang trafik blog secara tidak langsung. Gambar dalam blog boleh dijadikan teaser yang sangat berkesan untuk mendapatkan trafik, pengunjung serta pembaca.
Cara Mudah Compress Optimasi Gambar Dalam Blog
Salah satu cara untuk kecilkan saiz gambar ialah dengan menetapkan ratio pixelnya. Saya suka menggunakan saiz gambar di dalam blog dalam ratio 550pixel X 600 atau lebih pixel. Saya pernah berikan tips blogging mengenai cara letakkan gambar dengan betul dalam blog - dari segi saiz dan cara perletakkan termasuk juga jenis format yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog - anda boleh cuba buat carian ye.. hoho .. penat saya buat kekotak carian sampai dua tu kalau tidak dimanfaatkan.

Kecilkan Saiz Gambar Tidak Memadai

Tetapi dengan hanya kecilkan saiz gambar masih tidak cukup untuk membolehkan blog anda bebas daripada masalah blog lambat loading. Salah satu sebabnya ialah kerana bentuk gambar itu bukan dalam format yang telah dipadatkan atau compress. Gambar perlu berada dalam bentuk compress jika mahu optimasikan blog agar mudah loading.
Cara Mudah Compress Optimasi Gambar Dalam Blog
Salah satu cara mudah untuk compress dan optimasikan gambar digunakan dalam blog ialah dengan menggunakan Compressor.io. Ia merupakan satu laman web yang membolehkan anda untuk compress gambar-gambar yang digunakan atau yang akan digunakan untuk entri dan blog.
  • Pergi ke laman web Compressor.io.
  • Muat naik gambar untuk blog atau entri anda.
  • Muat turun gambar yang telah dimampat atau dipadatkan (compress).
  • Gunakan gambar tersebut di blog dan juga entri terbaru anda.

Mudahkan? Jangan risau mengenai kualiti, sebab kualiti gambar tetap dalam keadaan terbaik. Malah, anda tak nampak pun perubahannya kecuali dari segi saiz bytes gambar tersebut.

Seandainya blog anda sudah makan banyak saat untuk loading, maka saya wajibkan anda gunakan cara ini.. hoho .. in Sha Allah, masalah anda akan diselesaikan dengan baik.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks Bro Hasrul Hassan, tadi lepas pakai PageSpeed Insight, banyak gambar yang nak kena compress. boleh guna tools. Thanks for sharing :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement