Antara penyumbang kadar loading blog yang lambat ialah penggunaaan saiz gambar yang berlebihan. Apabila terlalu banyak gambar dalam sesebuah entri atau blog, maka akan lambatlah juga blog kita untuk dipaparkan. Ia sangat tidak baik untuk emosi pengunjung blog, apatah lagi untuk enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Cara Mudah Compress Optimasi Gambar Dalam Blog
Saya pernah ceritakan, salah satu aspek penting dalam SEO ialah penggunaan gambar, namun gambar perlu berada di dalam saiz yang baik tanpa jejas kualiti. Gambar adalah antara penyumbang trafik blog secara tidak langsung. Gambar dalam blog boleh dijadikan teaser yang sangat berkesan untuk mendapatkan trafik, pengunjung serta pembaca.
Kecilkan Saiz Gambar Tidak Memadai
Tetapi dengan hanya kecilkan saiz gambar masih tidak cukup untuk membolehkan blog anda bebas daripada masalah blog lambat loading. Salah satu sebabnya ialah kerana bentuk gambar itu bukan dalam format yang telah dipadatkan atau compress. Gambar perlu berada dalam bentuk compress jika mahu optimasikan blog agar mudah loading.
- Pergi ke laman web Compressor.io.
- Muat naik gambar untuk blog atau entri anda.
- Muat turun gambar yang telah dimampat atau dipadatkan (compress).
- Gunakan gambar tersebut di blog dan juga entri terbaru anda.
Mudahkan? Jangan risau mengenai kualiti, sebab kualiti gambar tetap dalam keadaan terbaik. Malah, anda tak nampak pun perubahannya kecuali dari segi saiz bytes gambar tersebut.
Seandainya blog anda sudah makan banyak saat untuk loading, maka saya wajibkan anda gunakan cara ini.. hoho .. in Sha Allah, masalah anda akan diselesaikan dengan baik.
tq for sharing
BalasPadamThanks Bro Hasrul Hassan, tadi lepas pakai PageSpeed Insight, banyak gambar yang nak kena compress. boleh guna tools. Thanks for sharing :)
BalasPadamtq for sharing HH
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.