Amber Chia, model antarabangsa dan jelitawan Malaysia mengaku bahawa memakai tudung merasa lebih tenang. Malah, penampilan bertudung dan berjubah Amber Chia dalam satu perlancaran koleksi fesyen bertudung dan jubah telah menarik perhatian ramai orang.

Ramai yang tidak tahu bahawa Amber Chia adalah seorang free-thinker. Pengalaman dirinya bertudung diakui olehnya memberikan ketenangan dan melengkapkan dirinya sebagai seorang wanita. Walaubagaimanapun, ada juga mereka yang mencemuh dan memberikan komen negatif bila model antarabangsa yang cantik dan jelita ini berkongsikan gambar bertudung.

Amber Chia Bertudung Mahu Puasa 30 Hari

Foto Amber Chia Bertudung cantik

Ini bukan pertama kali Amber Chia bergaya dengan penampilan bertudung. Namun, sejak akhir-akhir ini, bila ada kesempatan dan peluang diberikan kepadanya, Amber Chia pasti tidak melepaskannya.

Ya, teringat saya mengenai kisah hidayah diterima oleh bekas model seksi antarabangsa iaitu Felixia Yeap yang akhirnya memeluk agama Islam dengan nama Raissyah Rania Yeap. Segala-galanya bermula dengan memakai tudung atau hijab. Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku kepada Amber Chia?
Amber Chia berfesyen tudung cantik

Ini kata Amber Chia ...

Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong. Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Ramai juga yang puji, kata mereka saya lebih cantik bertudung.

Saya pun rasa betul dan kelihatan cantik bila bertudung. Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut, kan.

Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini. Walaupun, saya seorang free thinker tapi saya suka dan sentiasa ingin belajar mengenai semua agama dan budaya.

Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.
Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan. Sewaktu pertama kali saya berkongsi di Facebook gambar saya bertudung, saya menerima hampir 1,000 komen dan rata-ratanya komen positif.

Walaupun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dan cuba mengaitkan dengan agama tetapi saya harap saya akan terus menerima banyak lagi komen positif.

Gambar Amber Chia bertudung dan berjubah

Foto Cun Amber Chia Bertudung

Hasrat Berpuasa 30 Hari

Dan paling menarik, Amber Chia ada menyatakan hasrat untuk melakukan puasa Ramadhan 30 hari pada tahun ini. Model ini menjelaskan bahawa mahu merasa pengalaman sendiri tanpa makanan di siang hari sambil mengatakan bahawa puasa 30 hari baik untuk amalan diet. Dan ini bukan pertama kali Amber Chia cuba berpuasa, malah pernah dicuba sebelum ini.

Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.

Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur.

Mari sama-sama mendoakan kebaikan untuk Amber Chia ini. Lebih banyak kita mendoakan kebaikan untuk dirinya, maka lebih kebaikan juga akan kita terima kerana mendoakan hidayah untuk seseorang yang lain, in Sha Allah.

Kredit: Malaysia Digest


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh sejuk tengok dia bertudung.. Moga diberi hidayah untuk peluk Islam one day.=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita doakan yang terbaik, hidayah ini bagi mereka yang mencarinya akan jadi lebih manis .. in Sha Allah

      Padam
  2. In Shaa Allah, marilah kita sama-sama doakan agar terbuka hidayah buatnya dan perbaiki diri kita sendiri juga seadanya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement