10 pakej Buffet Ramadhan 2015 terbaik harus dijadikan pilihan untuk berbuka puasa. Saya ingin kongsikan kepada anda yang mungkin mencari pakej buffet berbuka puasa terbaik dan berbaloi untuk Ramadhan 1436H/2015.

Semua senarai pakej buffet Ramadhan 2015 ini telah diberikan review oleh 10 orang blogger Malaysia terpilih dan seharusnya boleh dijadikan antara pilihan untuk berbuka puasa - samada bersama teman tersayang, famili, rakan pejabat, rakan usahawan mahupun memeriahkannya dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.

10 Buffet Ramadhan 2015 Terpilih Terbaik

Mari lihat senarai 10 pakej buffet berbuka puasa Ramadhan 1436H/2015 yang diberikan penarafan terbaik oleh blogger Malaysia.
  1. TEMPTationS Restaurant Renaissance Kuala Lumpur

    • Menyediakan buffet Ramadhan Rasa Malaysia dengan 100 pilihan menu makanan terbaik.
    • Harga buffet bermula dari RM135.00 untuk dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak.
    • Harga tawaran disediakan untuk mereka yang menempah pakej ini lebih awal.
    • Antara menu Rasa Malaysia menarik dan terbaik ialah Ikan Bakar, Sate, Kuzi Kambing Tulang Rawan, Daging Palembang, Gulai Kawah, Sup Labu, pelbagai jenis Kerabu serta salad istimewa.
    • Masakan India juga disediakan seperti Lamb Roganjosh, Goan Crab Curry, Dal Amritsari, Aloo Simla Mirch.
    • Masakan Cina termasuklah Hokkien Fried Mee, Loh Hon Chai with Vegetable Dumpling, Sweet & Sour Prawn Roll dan juga Wok-fried Squid with Dry Chilies and Cashew Nuts.
    • Untuk review penuh dan melihat gambar-gambar menu masakan - Buffet Ramadhan Rasa Malaysia TEMPTationS Restaurant Renaissance Kuala Lumpur oleh blogger Mahadi Mohammed Arifin. 
  2. Viet-Thai Canteen, Cyberjaya

    • Menyediakan menu istimewa Vietnam dan Thailand.
    • Berbuka puasa dalam suasana santai.
    • Antara menu istimewa dan terbaik di Viet-Thai Canteen di Cyberjaya ini ialah Vietnamese Rice Paper Roll, Kopi Vietnam, Pandan Chicken Parell, Hatyai Fried Chicken Wingdan banyak lagi.
    • Untuk review penuh, dan gambar menu lain - Viet-Thai Canteen Untuk Berbuka Puasa oleh blogger Dkna
  3. U-Cafe Wangsa Walk


    • Hidangan menu terbaik berbuka puasa di U-Cafe Wangsa Walk ialah Nasi Kukus RM3.
    • Buffet Ramadhan disediakan dengan pelbagai menu menarik lain dengan harga cukup istimewa.
    • Untuk review penuh dan melihat menu-menu lain yang disediakan boleh baca review ini - Nasi Kukus RM3 U-Cafe Wangsa Walk  oleh blogger Tengku Syukri (ST) dan juga oleh Julia Johari menerusi post ini - Menu Buka Puasa U-Cafe Wangsa Walk
  4. Carousel International Coffeehouse di Palace of Golden Horses

    • Menyediakan seleksi menarik menerusi hidangan ala kampung berkonsepkan kiosk-kiosk comel yang terdapat di perkarangan coffee house.
    • Menu signature dish oleh chef-chef tempatan seperti Bubur Lambuk (Chef Nasri), Sup Gear Box (Chef Tarmizi), Roasted Whole Baby Lamb (Chef Sayed), Palace Char Kway Teow (Chef Seng), Nasi Bukhari (Chef Tarmizi) dan banyak lagi.
    • Menu lain yang mungkin menambat hati dan selera ialah Ayam Dara Goreng Berkunyit, Serunding Ayam, Paru Goreng Berlada, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Sambal Tempoyak, Cencaluk, Kicap Pedas, Budu, Sambal Mangga Muda, dan Sambal Cili Kelapa.
    • Harga buffet Ramadhan ialah RM115 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.
    • Harga 3 hari pertama dan terakhir Ramadhan ada diskaun 30 peratus.
    • Harga diskaun juga diberikan untuk group lebih 30 orang.
    • Untuk review lengkap termasuk gambar menarik - Buffet Ramadhan 2015 - Palace of Golden Horses oleh blogger Cik Lily Putih.
  5. Laman Kayangan Seksyen 17 Shah Alam

    • Menyediakan hidangan buffet Ramadhan di kawasan yang selesa dan luas.
    • Harga buffet berpatutan dengan menu unik menyelerakan.
    • Kemudahan menunaikan sholat disediakan.
    • Harga istimewa untuk warga emas, dan harga buffet Ramadhan serendah RM69 untuk dewasa (dengan tempahan awal)
    • Untuk review penuh, lokasi dan gambar menu unik menarik, boleh baca - Buffet Ramadhan 2015 Laman Kayangan Shah Alam oleh team Denaihati.
  6. SOI 23 Pacific Regency Hotel Suites 

    • Tema Memori Selera Desa merupakan tema hidangan buffet Ramadhan yang disediakan di hotel ini.
    • Lebih 100 sajian menu istimewa mengembalikan kenangan dan menu berbuka puasa 'bersama ibu'.
    • Antara sajian terbaik Memori Desa ialah Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Tenggiri Gulai Bendi dan Ayam Masak Lemak Dauk Cekur.
    • Promosi beli 7 percuma 1. Harga serendah RM103.
    • Untuk review penuh, lokasi dan gambar menu terbaik boleh baca - Buffet Ramadhan 2015 - SOI 23 Pacific Regency Hotel oleh blogger Pena Berkala.
  7. Paya Serai Restaurant, Hilton PJ

    • Menyediakan 300 jenis menu berbuka puasa yang pasti menambat selera.
    • Menu masakan termasuklah masakan Melayu, China dan India yang terpilih terbaik.
    • Antara menu terbaik yang disediakan ialah ualam-ulaman dan buah-buahan tempatan termasuklah buah Durian segar.
    • Terdapat juga pelbagai jenis aiskrim termasuklah Aiskrim Malaysia dalam pelbagai perisa.
    • Harga promosi buffet Ramadhan untuk 3 hari awal dan akhir Ramadhan - RM145 dewasa. Harga biasa buffet ialah RM159 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak. Harga termasuk caj servis dan GST.
    • Review penuh termasuklah dengan sebahagian gambar 300 menu terbaik terpilih boleh dilihat menerusi Buffet Ramadhan Hilton Petaling Jaya oleh blogger Shamiera Osment.
  8. Imperial Chakri Palace, KLCC

    • Menyediakan menu hidangan masakan Thai terbaik sempena Ramadhan 2015 termasuklah Tomyam dan hidangan terkenal dari Perlis iaitu Pulut Mangga.
    • Menu Tomyam versi Seafood boleh disediakan sendiri aspirasi daripada chef di Imperial Chakri Palace.
    • Untuk review penuh boleh baca post ini - Imperial Chakri Palace KLCC oleh blogger Syukri Mohammad.
  9. Hotel Grand BlueWave Shah Alam

    • Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam mengadakan Sinaran Ramadhan dengan konsep 'Bazaar Ramadhan'.
    • Antara menu istimewa sepanjang Sinaran Ramadhan 2015 adalah Mee Udang Sado, Kambing Bakar, Turkey Kebab Skewer, Ayam golek Percik, Cendol dan Air Kelapa Muda. 
    • Juga seleksi terpilih dan terbaik Chef's Signature iaitu Daging Masak Hitam, Gulai Kari Kambing, Flossy Butter Prawn, Sotong Goreng Berempah, Pucuk Paku dan Cendawan Masak Lemak, Nasi Dhal Daun Kari, Nasi Tomato dan banyak lagi.
    • Terdapat beberapa pakej Buffet Ramadhan disediakan bermula dari RM90 dewasa.
    • Untuk review penuh, gambar menu menarik yang disediakan sempenan Ramadhan 2015, boleh baca di blog post ini - Buffet Ramadhan 2015 Gotel Grand Bluewave oleh blogger Munirah Izzan.
  10. M Cafe oleh Meesha Sukira

    • Terletak di Plaza Damansara.
    • Merupakan restoren berkonsep butik yang boleh jamu mata dengan pelbagai jenis dan corak batik yang mempesonakan.
    • Menyediakan Ramadhan Dining Buffet dengan harga serendah RM39 untuk satu set menu seorang.
    • Set Dinning Buffet ini termasuklah nasi, Sambal Udang Petai, Sotong Sumbat dengan Telur, Daging Masak Hitam, Sambal Terung,  Gulai Udang Masak Lemak Rebung dan Asam Pedas Pari.
    • Terdapat juga hidangan Signature Dish yang unik dalam set buka puasa.
    • Untuk review penuh anda boleh baca - Ramadhan Dinning Buffet M Cafe oleh blogger Syazana Nazri.
Ok. Amacam dengan 10 pilihan buffet Ramadhan 2015 ini? Saya pasti ramai yang tergoda melihat menu makanan yang disediakan, apatah lagi apabila gambar mula berbicara ... hoho.

Baca dan muat turun panduan ini - Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1436H

Anda juga boleh membaca post yang saya sediakan di sini - Senarai Buffet Ramadhan Berbuka Puasa 2015 untuk melihat lebih banyak tawaran dan promosi buffet Ramadhan yang ada di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Semoga berpanduan dan dimanfaatkan sebaiknya. In Sha Allah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks abg HH sebab sudi baca entry sayaaaa :)

    BalasPadam
  2. Thanks bro kerena ada entry aku kat sini.... ada banyak lagi lokasi berbuka yang menarik boleh dtg melawat blog saya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement