Nasi Lemak Babi Kelana Jaya?

Nasi Lemak Babi di Kelana Jaya? Hmm, saya ingatkan paparan nasi lemak Babi sudah terpadam dalam carian internet, rupanya masih wujud lagi. Malah, saya dapati Nasi Lemak Babi yang terletak di SEA Park, Kelana Jaya ini masih lagi berada di dalam aplikasi FourSquare. Uhh macam tak ada nama timangan lainkah nak diberikan untuk sarapan paling popular di Malaysia ini?

Sebenarnya, kisah Nasi Lemak Babi di Kelana Jaya ini telah lama dibangkitkan oleh warga internet. Seingat saya, kisah kedai mamak menjual nasi lemak ini pernah diceritakan pada tahun 2014. Ianya menjadi viral kerana adanya perkataan babi di belakang nama nasi lemak yang sinonim dengan menu masakan orang Melayu.

Nasi Lemak Babi Kelana Jaya?

Nasi Lemak Babi Kelana Jaya

Gerai Nasi Lemak Babi ini turut dikenali sebagai Gerai Nasi Lemak Maybank, Nasi Lemak Bumbung dan Nasi Lemak Bak Kut Teh. Lokasinya terletak di SS21/11B Kelana Jaya (Petaling Jaya SEA Park). Ia merupakan antara gerai nasi lemak yang beroperasi waktu malam yang sangat popular di Kelana Jaya, malah ramai warga asing turut menikmati hidangan nasi lemak di gerai celah lorong ini.

Nama jolokan ini bukan hanya popular di kalangan penduduk setempat, tetapi juga menjadi nama 'rasmi' dalam beberapa aplikasi mobile seperti dalam Foursquare dan juga Waze.
Lokasi Nasi Lemak Babi Kelana Jaya
Foursquare - Nasi Lemak Babi Kelana Jaya

Kenapa Dipanggil Nasi Lemak Babi?

Berdasarkan beberapa sumber, nama Nasi Lemak Babi wujud kerana lokasi gerai mamak yang menjual nasi lemak ini adalah berdekatan dengan sebuah kedai lain (dalam deretan kedai yang sama) yang menjual Bak Kut Teh. Bak Kut Teh adalah menu makanan orang bukan Islam (Cina) yang merupakan sup tulang rusuk babi.

Oh ya, berdekatan bukanlah maksudnya sebelah-menyebelah, tetapi berhampiran - lebih kurang 100 meter jaraknya.
Nasi Lemak Babi SEA Park Petaling Jaya

Nama Jolokan Yang Kurang Manis

Pada pandangan peribadi saya, agak tidak molek diguna-pakai nama panggilan atau jolokan seperti ini; apatah lagi nasi lemak merupakan menu tradisi dan dikenali popular sebagai menu masyarakat Melayu Islam. Meletakkan nama Nasi Lemak Babi seolah membayangkan bahawa hidangan ini terdapat di dalam versi menggunakan daging babi sebagai lauk sambalnya.

Walaupun ada yang berkata bahawa ini merupakan strategi pemasaran untuk melariskan kedai, dan menjadikan gerai mamak celah lorong ini diingati dan popular, saya fikir untuk jangkamasa panjang ia boleh memudaratkan; dan mungkin satu hari nanti, menu nasi lemak akan menjadi versi dimana sijil halal diperlukan untuknya.

Adalah lebih manis jika digunapakai nama Nasi Lemak Bumbung atau Nasi Lemak Mamak Maybank; setidak-tidaknya tidak timbul isu atau kekeliruan dari segi halal haram walaupun ia hanya sekadar nama jolokan.

Kredit Foto: VitDaily


{ 11 comments.. read them below or add one }

jamkho obat kolesterol jamkho obat kolesterol May 26, 2015
iya betul kenapa tak pakai yang layak saja namanya
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ May 26, 2015
Kenapa mesti babi?? Allah banyak lagi nama lain yang boleh buat orang lain tertarik untuk makan.. hope sedap lah
sue sue sue sue May 26, 2015
Banyak lagi rasanya nama yang sesuai nak letak....kalau dah nama macam tu...'halalkah' muslim memakannya? wallahualam..



Singgah blogwalking...:)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html
Ezad Skytech Ezad Skytech May 26, 2015
Kenapa la mesti nama tu diviralkan...adehh...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 26, 2015
Itulah, berikan satu persepsi negatif bahawa nasi lemak ini boleh ditambah dengan lauk babi ... adeh.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 26, 2015
Entri ini harapnya nanti dapat sedarkan ramai betapa kita perlu memilih dan memberikan nama yang benar2 sesuai, dan tidak sentuh sensitiviti agama.
Khalid Kyle Khalid Kyle May 26, 2015
Nama nasi lemak tu sendiri boleh mendatangkan keraguan utk org beli, bila dah ragu2 secara x langsung haramlah hukumnya menjamah Nasi Lemak Babi tersebut


Wajib Baca : 37 Perkara Umum yang Disesali Orang2 Yang Hendak Mati


Sheila Adziz Sheila Adziz May 27, 2015
Dengar nama pun tak lalu nak makan...
Sobri Mansor Sobri Mansor May 27, 2015
Kasar juga nama gelaran nih.
belogkiter belogkiter May 27, 2015
ohh masa mula mula baca tajuk, ingatkan tak halal.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.