#LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah

#LundangToNewcastle adalah merupakan hashtag untuk sebuah video pendek yang menceritakan kisah benar cinta jarak jauh antara dua insan iaitu Aadil Marzani dengan Nik Nurul Athirah. Pembikinan video ini dihasilkan menerusi temuramah sebenar antara Aadil Marzani, keluarga dan sahabat handai terdekat dan keluarga Nik Nurul Athirah sendiri.

Ini merupakan video komersil MAS yang menampilkan simbolik bagaimana MAS masih lagi sebuah entiti penerbangan yang penting untuk menyatukan dua jiwa yang terpisah jauh. Ia bukan hanya sebuah kisah cinta biasa antara jejaka Melayu lagi kacak dilahirkan di London dengan gadis bergelar doktor yang menetap di  Kota Bharu, Kelantan. Ia juga menceritakan bagaimana seorang lelaki berketurunan Melayu dilahirkan di London cuba kembali ke 'tanah tumpah' asal dirinya yang sebenar.

#LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah

#LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah
Satu yang menariknya ialah pengunaan hashtag #lundangtonewcastle untuk tajuk video ini yang pada saya sangat unik - seolah ia satu ketentuan bahawa dua jiwa ini disatukan dengan kukuhnya MAS sebagai penghubung dua benua.

Fakta Best - Kereta Ini Unik Kerana Enjinnya dan Bentuknya

Maksud #LundangToNewcastle

Oh ya, mulanya saya ingat Lundang itu adalah tempat lahir Nik Nurul Athirah, dan Newcastle itu merupakan tempat tinggal Aadil Marzani .. rupanya salah sama sekali!

Lundang di sini bererti London, dan Newcastle di sini bererti Kota Bharu.

Meh layan video drama pendek #LundangToNewcastle dan lihat bagaimana akhirnya cinta Aadil Marzani dan Nik Nurul Athirah disatukan walaupun mereka asalnya berada jauh merentas benua.


5 comments.. read them below or add one

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 28, 2015
Ya, saya pun suka ... :)
Sheila Adziz Sheila Adziz May 28, 2015
nice short video. shot nice. dia byk guna hand held n stabilize... sy suka shot mas montage kt sungat tu... wow... dah lama tak tgk video macam ni... producion team pun majoriti malay... ore kota bharu meme pgl kota bharu newcastle HH.... hehe
Eellee Nana Eellee Nana May 28, 2015
interesting. menarik kisahnya. sy suka.l penggunaan #LundangToNewcastle yg unik and menarik
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 29, 2015
Ye betul tu .. menyerlah video ini sehingga boleh jadi viral!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.