Hikmah dan 10 Tafsiran Mimpi Kematian

Hikmah bermimpikan akan kematian. Saya pasti ada di kalangan anda yang pernah mimpikan kematian. Ada banyak jenis mimpi kematian. Ada yang mimpi diri sendiri mati dan dikafankan. Ada pula antara kita yang bermimpikan kematian orang lain. Ada juga yang mimpikan diri mati dan dihidupkan semula. Dalam banyak kitab, mimpi itu datang kepada kita dalam dua bentuk iaitu mimpi baik dan mimpi buruk - mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T, mana yang buruk itu datangnya dari Syaitan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga ustaz yang mengatakan bahawa mimpi itu terbahagi kepada 3 iaitu pertamanya ialah mimpi yang benar dari Allah S.W.T, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan nasr (pertolongan dan maunah) kepada orang yang soleh. Kedua ialah mimpi buruk yang daripada syaitan. Dan ketiga ialah mimpi biasa yang berlaku akibat terbawa kehidupan seharian dalam pemikiran sehingga masuk dalam tidur lalu menjadi mimpi akibat kelesuan otak. Ini bersandarkan kepada satu hadith riwayat Ahmad.

"Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan" (H.R Ahmad)

Hikmah Mimpikan Kematian

Hikmah Tafsiran Mimpikan Kematian
Saya sendiri akui telah banyak kali bermimpi. Dari segi sains, mimpi hanyalah sekadar mainan tidur tanpa ada signifikasi jelas. Ketika seorang yang tidur itu bermimpi, neuron atau saraf di dalam otaknya akan menjadi aktif sehinggakan boleh memberikan bayangan-bayangan tertentu di dalam keadaan separa sedar.

Mimpi telah dijelaskan secara fisiologis sebagai respon pada proses syaraf pada saat tidur, secara psikologis sebagai cerminan bawah sedar, dan secara spiritual sebagai pesanan dari Tuhan, predikasi masa depan atau berasal dari jiwa, kerana simbologi mimpi itu sendiri adalah bahasa jiwa, yang tidak terungkap dalam keadaan tubuh sedar.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (H.R Riwayat Muslim)

Kategori Mimpi

Mimpi itu terbahagi kepada 3 iaitu pertamanya ialah mimpi yang benar dari Allah swt, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan nasr (pertolongan & Maunah) kepada orang yang soleh dan kedua ialah mimpi buruk yang daripada syaitan seterusnya ketiga ialah mimpi biasa yang berlaku seharian akibat terbawa kehidupan seharian dalam pemikiran sehingga masuk dalam tidur lalu menjadi mimpi akibat kelesuan otak.
Hikmah Tafsiran Mimpikan Kematian

Bila ditanya, apakah penafsiran mimpi akan kematian; ada beberapa tafsiran mengenainya yang berlandaskan kepada kronologi dan bagaimana mimpi kematian itu dibayangkan sewaktu sedang tidur.

Maksud Mimpi Berkaitan Kematian

Saya kongsikan serba sedikit beberapa penafsiran mengenai mimpi kematian. Penafsiran ini diambil berdasarkan kepada Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam. Ia adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Siapa beliau, akan diterangkan pada akhir perenggan post ini, in Sha Allah.

  1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami."
  2. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
  3. Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya.
  4. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
  5. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.
  6. Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bermimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
  7. Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.
  8. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.
  9. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya.
  10. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.
Itulah antara sebahagian tafsiran mimpi mengenai kematian. Saya akui mimpi adakalanya boleh membantu diri untuk perbaiki kehidupan. Bukan semua mimpi itu wajar diceritakan. Mana yang baik, harus disebarkan, manakala mimpi yang tidak elok, lebih baik disimpan untuk diri sendiri. Apapun mimpi berkaitan kematian ada hikmahnya sendiri.

Apabila bermimpi kematian, setidak-tidaknya kita yang tersedar dari mimpi akan meyedari hakikat bahawa semua kehidupan akan menemui ajal. Seandainya kita memilih untuk mengambil mimpi kematian itu satu iktibar, maka in Sha Allah, ia akan menjadi satu hikmah terbaik dalam hidup.

"Apabila zaman mendekati hari kiamat maka tidaklah mimpi seorang muslim itu berdusta." (H.R Bukhari)


Siapa sini pernah mimpi - MATI?
Posted by Hasrul Hassan on Wednesday, 13 May 2015



Baiklah, seperti diberitahu di awal post, saya ada beritahu bahawa tafsiran mimpi kematian diambil bersandarkan kepasa sebuah kitab yang ditulis oleh Ibni Sirin. Siapakah beliau?

Siapa Ibnu Sirin - Penulis asal Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam

Muhammad Bin Sirin lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau adalah seorang ulama. Di samping mendalami ilmu-ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lainnya, beliau terkenal sebagai seorang pakar dan mahir dalam menafsirkan mimpi. Penafsiran mimpi yang dilakukannya banyak mengaitkan ayat-ayat Al-Quran, dan Hadis Nabi S.A.W, di samping pengalamannya yang luas dalam menafsirkan mimpi.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya itu ada berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Semoga bermanfaat. In Sha Allah.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Julaida Julaida May 14, 2015
Pernh mmpi mcm ni juga..tp bkn sy yg mati..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 14, 2015
Lepas ni .. sebelum tidur, doa untuk mimpikan yang baik2 sahaja. Ambil wudhuk dan baca 3 khul serta ayatul Khursi.
BANYAK KERJA KOSONG DI SINI BANYAK KERJA KOSONG DI SINI May 14, 2015
Mimpi ngeri semua org tak nak..lagi2 yang berkaitan kematian. Ini kerana sikap manusia yang sentiasa takut utk mati tetapi tetap tidak mahu melaksanakan solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan baik Islam...tu yang kita kena ambil pengajaran...yang pasti, bersedia atau tidak, mati pasti semakin menghampiri kita semua..semoga kesudahan hidup kita dalam husnul Khatimah...Amin..
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL May 14, 2015
Bila ikut org urus jenazah sampai kebumikan , masuk dalam liang kubur...malam tu tidur adalah mimpi. Bila tanya org tua...ada yg kata kena badi mayat.
sensasi2020 sensasi2020 May 15, 2015
Banyak juga ya tafsiran tentang mimpi berkaitan mati, ada yang baik dan ada yang baik. Semoga tafsiran mimpi kita yang indaj/indah.,,
mona lisa mona lisa January 04, 2016
Sya mimpi sorg pempuan cina Berkata. Sye akan meninggal selepas 5 hari. Skrg 3 hari ya berlalu. Tinggal 2 hari.
AnonymousAnonymous January 17, 2016
Sy pernah mimpi sy telah mati...tkot semua ad...sy tnye kwn2 semua xpernah mimpi mcm sy...ingat sy jer mimpi mcm ni...rpenye bnyk lg..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 18, 2016
Hmm ... ramai yang pernah alami mimpi yang serupa ...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 18, 2016
Apa berlaku selepas 5 hari ye? Nak tahu ni
Zack Zack February 25, 2016
Kalau mimpi seolah-olah diberitahu yg anda akan mati camana pulak?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.