Dua Blog Copy-Cat Bukan Aku Punya ..

Uhh uhhh .. sedapnya buat blog macam ini. Boleh dikatakan keringat tak keluar 70 peratus. Buat blog sendiri tapi kandungan blog pi cendok blog orang lain. Kalau satu dua artikel, tak kesahlah sangat ... ini sampai A-Z dari entri pertama sampai kesudah semuanya dicilok masuk. Adeh ...

Ini bukan kes copy-paste dah ni. Daripada apa yang saya lihat, mereka yang tangan 'kotor' ini buat kerja mudah dengan hasilkan blog yang diambil isi kandungan secara automatik dari blog-blog tertentu. Dan kali ini, blog saya jadi mangsa.

Dua Blog Copy-Cat Bukan Hasrul Hassan Punya ..

Bukan hanya satu blog, tetapi saya dapat kesan dua blog yang gunapakai cara ini untuk hasilkan sebuah blog mudah. Yang paling tak patutnya ialah, si pemilik salah satu blog itu menggunakan artikel yang saya tulis itu untuk buat duit online. Uhh kalau saya dapat share 30-40 percent tak mengapalah juga. Diam-diam ambil seluruh konten. Sikit-sikit tak mengapa, tapi kalau dah hampir semuanya .. tak patutlah.

Mengapa?

  1. Saya takut orang keliru mana satu blog sebenar.
  2. Kena amaran dengan Google sebab duplikasi konten
  3. Dimanipulasi untuk perkara tidak baik
  4. Dan banyak lagi sebab-sebab yang saya fikir anda boleh catatkan sendiri ..
Saya dah tahu lama, dalam 2-3 bulan juga, tapi saya diamkan dan cuba gunakan cara lain untuk elak perkara ini berlaku. Tetapi percubaan saya sia-sia, jadi saya tulis entri ini untuk memberitahu anda bahawa dua blog yang saya kenal pasti ini bukan blog kendalian saya.
  1. http://niagapotensi.com
  2. http://hasrulhassan-spam.blogspot.com

Setakat entri ini ditulis, dua blog ini masih lagi beroperasi. Blog Niaga Potensi dikendalikan oleh seseorang bernama Ahmad Shah dengan no telefon seperti tertera di dalam ruangan iklan premium blog tersebut. Manakala blog kedua yang didapati ambil artikel 100% blog saya ialah blog yang menggunakan URL hampir saya dengan blog saya.

Maka, seandainya ada di antara anda terjumpa blog-blog seperti ini, jangan mudah terpedaya ye .. hoho .. boleh beritahu saya dan tanya saya samada blog tersebut yang anda jumpa benar-benar saya yang tulis.

Update.

Selang beberapa minit selepas entri ini diterbitkan dan saya kongsikan di Facebook, blog kedua kaler oren tu dah dikeluarkan (remove). Mungkin atas bantuan rakan blogger lain yang report mengenai blog tersebut. Terima kasih diucapkan.


{ 20 comments.. read them below or add one }

abah abah May 22, 2015
Ini mcm orang pun ada kaaa... nak duit mudah barangkali
weschairs weschairs May 22, 2015
Tula femes sangat.. He he
ctfand ctfand May 22, 2015
Blog tak seberapa mcm blog saya pun pernah terkena. Sebijik2 dia copy. Bila report kat google, dan tertangkap, gambar profile saya di letak kat web lucah. Baghal betul..hahaha
Prince of Noob Prince of Noob May 22, 2015
kurang ajor betul orang yang rembat hasil titik peluh orang lain untuk kepentingan diri sendiri. serius, diorang ni langsung takde maruah ke?
izzeyda izzeyda May 22, 2015
tak bagus laa macam nih.. kesian pada tuan asalnya.. kalau nak traffic banyak sekali pun, cubalah usaha dengan sendiri..
fayreen mizan fayreen mizan May 22, 2015
Memang tak patut ur hard effort dimanipulasikan dengan cara macam ni. Ini dah dikira mencuri ni!
ewento marcello ewento marcello May 22, 2015
Karya orang femes memang begini. selalu di kopi pes....
Sukma Haron Sukma Haron May 22, 2015
Huh....stress mcm nie
Mrs Yatie Mrs Yatie May 22, 2015
PG pun pernah kena T_T
ekjoz buluh ekjoz buluh May 22, 2015
Memang sama. Dalam blog niagapotensi tu pun ade beritahu pasal template aku? Giler ah!
Nurul Shahira Nurul Shahira May 22, 2015
Nak cari duit cara tak betul. Nak kerja mudah je. Teruk betul orang macam ni
Yumida Huda Yumida Huda May 22, 2015
tinggi kepandaian dia utk duplicate blog n content
moga diberi kesedaran buat org spt itu
Mad Parihh Mad Parihh May 22, 2015
jangan dia copy paste jugak entri ni sekali sudah la . hahaaa

blog ni x boleh bukak dah , blog not found - http://hasrulhassan-spam.blogspot.com
Shikin Hamzah Shikin Hamzah May 22, 2015
Haishh macam-macam hal.Semoga terbuka hati org tu utk bertaubat...
timm bill timm bill May 23, 2015
HH punya entry mantop sgt n berguna..
tu yg smpai org copycat tu..
KeMBaLI™ KeMBaLI™ May 23, 2015
terukk nye kerja kopi paste mintak jauhhh buat benda2 macam ney
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah May 23, 2015
tak jujur dlm berblog haihh.
fyna fyna May 25, 2015
perrgghhh... senang lah hidup macam tue. haiisshh..
Eny Abdullah Eny Abdullah May 25, 2015
jenis yg cuba ambik kesempatan usaha org lain...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.