Ya, Adsense memang agak cerewet dan strict dalam membenarkan sesebuah blog menyiarkan iklan-iklan mereka. Blog saya sendiri telah hadapi beberapa kekangan awal ketika mula mendapatkan semula Adsense. Munkin ada pembaca yang tidak mengetahui bahawa blog ini telah beberapa kali dibanned oleh Adsense kerana beberapa sebab teknikal yang melanggar terma, syarat dan polisi pengiklanan.

Bukan Semua Template Blogspot Boleh Letak Adsense
Saya telahpun menulis beberapa entri atau artikel berkenaan isu ini sebelum ini. Ada blogspot yang akan hadapi masalah untuk apply akaun Adsense penuh jika template yang digunakan tidak menepati syarat yang ditetapkan.Antara perkara utama yang perlu anda tititk-beratkan dalam memilih template blogspot yang sesuai dengan syarat Adsense ialah:
- Template yang kemas susun atur.
- Template blog yang mesra SEO dan responsif - satu advantage dan Adsense sangat suka.
- Template yang memudahkan anda untuk mempunyai ruangan contact, disclaimer (penafian) dan juga polisi blog.
- Kedudukan menu di dalam blog. Ia mestilah di bahagian atas dan mudah untuk diakses.
- Penggunaan jenis font yang mudah dibaca.
- Kawasan ruang iklan yang sesuai untuk diletakkan kod Adsense. Mestilah di bahagian atas sidebar, atau di bawah header blog, atau di atas/bawah post entri. Anda juga boleh letakkan kod adsense di dalam entri.
- Isikan ruangan sidebar dengan widget-widget yang kayakan konten blog seperti widget entri terkini, widget entri ikut label, popular post, dan juga kategori entri (label).
Perkara-perkara di atas jika tidak tersedia di dalam template yang anda gunakan, anda perlu cari inisiatif dengan mengubah beberapa struktur template blogspot anda terutama mengenai susun atur, kedudukan menu, dan penggunaan widget yang sesuai. In Sha Allah, blog anda akan diterima untuk memperoleh akaun Adsense penuh.
Baca juga 4 Perkara Penting Sebelum Memohon Google Adsense
Adsense mementingkan sebuah blog yang kaya dengan kandungan dan artikel. Anda kena pastikan ratio teks dengan gambar adalah lebih 50 peratus.
Di bawah ini adalah merupakan salah satu contoh blog atau template blogspot yang ditolak oleh Adsense. Cuba lihat komen yang diberikan oleh Adsense mengenai blog di bawah ini. Blog ini dipunyai oleh rakan blogger - http://ekjozbuluh.blogspot.com/


Rajin-rajinkan diri anda untuk langgan newsletter dari Google Adsense, dan sesekali jenguk forum Google Adsense, ada banyak tips diberikan di situ selain perbincangan dengan mereka yang memang dah berjaya jana income blog dengan Adsense ini. Kadangkala, masalah-masalah berkaitan Adsense juga ada dibincangkan, dan diberikan jalan penyelesaian.
Saya harap entri ini sedikit sebanyak membantu mana-mana blogger yang masih lagi bergelut dengan masalah untuk mendapatkan akaun Google Adsense bagi tujuan menjana income dari blog.
Thanks again sifu HH untuk artikel yang amat informatif. Saya memang dah lama dapat slot iklan adsense ni, cuma tak maksimumkan kegunaannya. Cuma lately, saya pasang balik iklan Adsense dan block iklan dari advertisers tertentu. Faham2 ajelah...saya tak nak certain iklan muncul dalam blog...hihi
BalasPadammemang..Fida pun dah berpa kali try..asyik kena tendang ja..terus fedup...huh
BalasPadamikutkan, dah fedup nak apply adsense
BalasPadamhttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/05/air-selusuh-untuk-memudahkan-bersalin.html
good share..bgus google adsense ni utk naikan view dan SEO
BalasPadamYe ada juga template blog yang penah dibanned diguna pakai oleh org lain..sebab tu antara faktor utama tak lulus Google Adsense..semoga kita berhati2 kerana setiap karya perlu disemai dengan budinye serba sedikit pun jadilah...
BalasPadamAlhamdulillah lepas 3 kali kena reject dengan google adsense akhirnya lepas, dah sebulan iklan dari google menari-nari dalam blog :D
BalasPadamTerima kasih kerana menjawab persoalan saya. Saya aku cuba perbetulkan dahulu menurut saranan bro HH. Jika ditolak lagi atas sebab yang sama, nampaknya kenalah saya tukar template yang mesra adsense pula.
BalasPadamsaya punya templete rasa-rasanya lepas tak? hehe..
BalasPadamjom jenguk sini pulak.. heheheee...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.