Jadi hamba wang. Elakkan diri dari jadi hamba wang, ia tidak akan bawa bahagia, percayalah. Jika kita telah set minda kita hanya untuk wang, maka perjalanan hidup kita akan terasa sukar dan payah. Tak percaya? Anda akan percaya bila tiba masanya nanti.

Saya buat tajuk ini adalah untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh rakan blogger Aminin. Rakan blogger saya ini mushkil bagaimana saya menguruskan rumahtangga house husband dengan bekerja dari rumah, sebagai seorang blogger sepenuh masa.

Jadi Hamba Wang

Jadi Hamba Wang
Soalan Aminin - "Boleh share skit tak? Selalunya bila dah berumahtangga ni banyak masalah selalunya berkait dgn wang. Jadi sy pelik mcmana bro leh handle dlm pengurusan ekonomi rumahtangga hanya melalui blog sahaja? cth bil rumah lektri dan air, yuran sekolah anak dan mesti bro ada kereta so camana tu ye? Tak membebel ke orang rumah dlm isu duit or kerja.."

Ok. Pertama sekali, di dalam hidup kita, Allah S.W.T telah berikan pilihan. Pilihan ini meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian kita, dari memilih untuk makan, pilih untuk beristeri dan berkeluarga, pilihan untuk jadi kaya, pilihan untuk hidup bahagia dan macam-macam lagi.

Masalah Rumahtangga Bukan Disebabkan Wang!

Jangan jadi hamba wang. Ramai yang anggap masalah rumahtangga itu berpunca dari wang. Tapi saya hairan, orang dedulu bukannya semuanya kaya raya dengan wang, tapi hidup mereka bahagia. Malah, mereka ada anak-anak yang ramai. Nak kata susah, tak adalah sampai ada yang mati kelaparan dan hidup melarat.

Maaf kata, mereka yang anggap satu masalah rumahtangga itu timbul disebabkan oleh wang adalah mereka yang sudah terjerumus menjadi hamba kepada wang dan harta.

Saya bukan nak kata saya ni bagus sangat, statement poyo konon wang tidak penting dalam kehidupan apatah lagi dalam berumahtangga, tetapi semakin lama anda hampir kepada mati ... maka anda akan nampak bahawa wang itu nilainya sangat kecil dalam membina sebuah keluarga bahagia.

Ok. Realiti kehidupan saya sebagai seorang blogger sepenuh masa dan seorang house husband.

Pendapatan saya menerusi blog memang tidak tetap, adakala baik, adakala tidak baik. Tetapi saya tidaklah mengeluh kesah dengan apa yang saya dapat dan miliki. Saya percaya bahawa Allah S.W.T sentiasa akan bantu hambaNYA yang sentiasa berusaha. Jadi, itulah yang saya lakukan setiap hari. Saya berusaha dari kosong menjadi bukan lagi kosong.

Pendapatan Blog Tidak Tetap dan Tidak Menentu

Dari dapat income seringgit dua menjadi ratus dan meningkat menjadi ribu. Tapi itulah, kalau dapat ribuan ringgit pun, ia datang dalam tanpa sedar. Wang itu datang bukan dalam bentuk gaji yang akhir bulan kita nampak banyak angka kosong kosong dan kosong di ATM dan buku bank. Apa yang lebih utama ialah wang dari pendapatan itu mestilah sumber halal dan diberkati, in Sha Allah.
Jadi Hamba Wang

Awal mengambil keputusan untuk jadi house husband dan menjadikan blog sebagai mata pencarian memang sukar nak diterima oleh ahli keluarga, apatah lagi sebelum ini kehidupan rasa agak selesa disebabkan makan gaji.

Apabila sudah tidak ada pendapatan tetap, dan kemudiannya pula menjadi seorang house husband duduk di rumah, cari income online menerusi blog - seperti macam tidak logik boleh menyara keluarga. Mana mungkin dengan blog boleh bayar segala bil elektrik, bil air, bil itu bil ini.

Namun, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Ok, saya akui awal-awal memang sukar. Isteri saya memang sering bertanya, tetapi dia faham kerana awal perkahwinan kami, masalah ini pernah kami hadapi. Tetapi kami sabar dengan ujian yang Allah S.W.T berikan. Kami syukur dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Ada ketika memang terasa sempit hidup kerana bajet lari, dan pendapatan seperti tidak mencukupi. Namun, Allah S.W.T berikan jalan penyelesaian kepada setiap dugaan dan ujian. Alhamdulillah, semuanya dapat ditempuhi dengan baik.

Walaupun saya tidak kaya, isteri saya juga tidak kaya; tetapi setakat hari ini setelah bertungkus-lumus saya berusaha siang dan malam, masalah kewangan dapat diatasi dengan baik. Kami bukan berasal dari keluarga yang kaya raya, jadi apabila ada kesempitan wang, ia bukan satu bentuk halangan untuk kami duduk termenung.
Jadi Hamba Wang

Kita harus tahu kemampuan kewangan kita. Jangan jadi hamba wang. Apabila saya merasakan saya tidak mampu untuk memiliki kereta, jadi saya jual kereta saya. Apabila tidak mampu menggunakan kad kredit, maka saya lupuskannya. Apabila tidak mampu pakai baju mahal-mahal, maka pakailah baju murah-murah. Semua itu adalah pilihan yang boleh kita ikuti, asalkan jangan jadi hamba wang.
Dalam kehidupan suami isteri kena faham keadaan-keadaan ini.

Apabila kita meletakkan wang sebagai syarat untuk hidup bahagia dalam keluarga, maka apa yang kita buat semua berpaksi pada wang. Itu wang, ini wang. Walhal dalam sebuah keluarga yang bahagia, wang itu hanyalah satu alat untuk kita, dan bukannya kita diperalatkan oleh wang.

Sebenarnya lama juga saya nak hadam konsep ini. Bukan mudah. Tetapi Allah S.W.T telah buka jalan dan peluang itu buat saya dan isteri. Walaupun income menerusi blog yang saya terima tidak menentu, tetapi Allah S.W.T kurniakan rezeki berlipat kali ganda kepada isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, saya syukur.
Jadi Hamba Wang

Kami tidak pernah berkira, dan saya pula tidak pernah melupakan amanah yang Allah S.W.T pertanggungjawabkan.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bayar bil-bil di rumah, beli barangan keperluan dapur, dan sesekali belanja isteri dan anak-anak makan dan bercuti.

Nasihat saya - jangan jadi hamba wang, dan banyakkan bersedekah. Jangan lokek walaupun dalam dompet ada note RM5 dua keping. Jika ada yang layak menerima sedekah, berikan sekeping RM5 tanpa ada rasa was-was atau berat hati. Tanamkan dalam jiwa bahawa rezeki itu adalah hak Allah S.W.T, Dia Maha Menentukan dan Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Adil.

Sayangilah keluarga - tidak dapat berikan harta, maka berikan ilmu dan kasih sayang. Ada orang banyak harta, tetapi keluarga porak peranda dan saling bercakaran. Ilmu menjaga kita, dan kita menjaga harta. Dan harta terbaik dalam sebuah perkahwinan ialah anak-anak.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. duit bukanlah segala-galanya...walaupun nak beli segalanya perlu duit..tapi kita hidup dengan cara kita ikut kemampuan kita..tak perlu ikut cara orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kita kena sedar kemampuan diri. Islam sendiri menyuruh kita melakukan sesuatu dengan kesederhanaan. :)

      Padam
  2. alhamdulillah dpt isteri yg begitu memahami
    jdlah insan yg mengamalkan hidup kesederhanaan, tidak berlebihan
    malah nak dpt income menerusi blog, online..jg harus dgn cara yg halal..moga hidup kita sentiasa mendpt rahmat drinya..melalui rezeki yg barokah
    entry yg bagus utk peringatan diri sy juga

    BalasPadam
  3. subhanallah, sweetnya laki bini. hehe smoga kekal ke jannah lah yee

    BalasPadam
  4. Jana wang melalui blog pada awalnya tidaklah menguntungkan kekadang lebih bayar bil api je...namun setelah berusaha sekian lama dan maintain dengan pelbagai artikel menarik dan teknik seperti Tuan HH ni, ianya seperti rezeki yang tak terhingga yang datang dariNya malahan berlipat kali ganda daripada gaji seorang Doktor Pakar. Ingatlah sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas. Ia datang kepada hamba2Nya dari pelbagai sudut dan arah...janganlah kita sempitkan fikiran menjadi hamba wang, tapi ingatlah untuk membantu org lain setelah kita diberi rezeki olehNya selalu....amin..

    BalasPadam
  5. Kerjaya seorang blogger sepenuh masa yang hanya mengadap PC @ smartphone utk cari duit dari blog masih ramai yang tidak mempercayainya.

    Kagum dengan semangat tuan HH mengharungi pancaroba kehidupan hanya berbekalkan sebuah blog peribadi.

    Semoga entri ini menjadi pembakar semangat pada orang lain untuk jadikan kerjaya blogger sebagai kerjaya pilihan mencari duit di masa hadapan.. :)

    BalasPadam
  6. bahaya jadi hamba wang.. wang tak salah. yg salah manusia tue sendiri..

    BalasPadam
  7. Btol tu Admin,, jadi hamba Allah bukan hamba wang... Kalau kita kejar akhirat,, dunia akan follow kita,, saya doakan kejayaan abang dan keluarga.....

    BalasPadam
  8. sekarang ni, kita terlalu mengejar dunia daripada akhirat. dahulukan akhirat dahulu, dunia akan ikut. Allah dh tetapkan rezeki kepada kita. x salah nk jadi kaya but kena ingat Allah, buat amal kebajikan dan bersedekah. dunia ni semntara sahaja,but,akhirat yg kekal.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement