Fenomena Amran Fans. Ramai yang mahu tahu siapakah sebenarnya Amran Fans sehingga ramai yang datang dari jauh ke PWTC. Ada yang datang dari Kelantan, Johor dan Perlis kerana mahu mengenali diri dan identiti sebenar Amran Fans. Saya dan isteri juga sempat ke PWTC pada 24 April 2015 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLiBF) 2015. Individu yang dikatakan Amran Fans dikatakan akan muncul di KLiBF sebagai merasmikan dan mempromosikan buku Amran Fans terbitan Dubook Press.

Sayang seribu kali sayang, penantian ramai peminat Amran Fans bagai sia-sia. Wajah sebenar Amran Fans tidak dapat diketahui walaupun ada yang menanti sebelum suboh menjelang. Sadis. Buku Amran Fans laris, tetapi persoalan siapa sebenar Amran Fans masih belum terjawab secara total. Masih banyak misteri di sebalik Amran Fans.

Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab?

Cara ketahui siapa sebenarnya Amran Fans

Walaupun ada peminat Amran Fans yang marah-marah dan bercelupar di ruangan Fanpage Amran Fans, namun Amran Fans tetap kekal kacak dan bukunya bagai perlu dicetak kali kedua untuk penuhi permintaan sana sini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, termasuklah peminat-peminat dari negara seberang Tangkak.
Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab ..

Amran Fans di KLiBF 2015

KLiBF telah bermula sejak 24 April 2015, dan bakal berakhir pada 3 Mei 2015. Saya dan keluarga sempat menyesakkan diri ke KLiBF ini untuk merasai sendiri kemeriahan yang ada di salah satu pesta buku terbesar di Malaysia. Memang ramai orang yang datang sehingga nak bergambar pun kena singgul-singgul punggong dengan budak-budak sekolah dan remaja yang menjadi majoriti pengunjung.

Tak sempat saya dan isteri untuk dapatkan pelbagai buku menarik yang dijual dengan harga diskaun. Serius memang banyak sangat buku dan majalah yang ada, dari pelbagai genre - komik, buku ilmiah, novel, majalah dan banyak lagi. Malah, boleh dapat hadiah iringan pula dengan pembelian dan tempahan. Ada juga sessi penulis bertemu peminat. Saya dan isteri sempat jumpa dengan Ustaz Zahazan dan kumpulan inTeam yang turut sama hadir mempromosikan buku tulisan mereka pada hari tersebut (25 April 2015).

Kalau anda masih belum ada kesempatan ke KLiBF 2015, bolehlah hadir untuk melihat pelbagai buku-buku yang dijual di sana. Manalah tahu, kot-kot datang nanti boleh jumpa dengan Amran Fans yang selama ini menjadi misteri.
Amran Fans ialah Fadzil Zahari - Suami Yana Shamsudin

Oh ya, ada yang kata Amran Fans ada 'skandal' dengan Yana Shamsudin .. itu sebab Yana Shamsudin selalu sahaja mempromosikan Amran Fans di laman sosial. Malah, ada yang mendakwa identiti sebenar Amran Fans dikaitkan dengan Fadzil Zahari, iaitu suami kepada Yana Shamsudin. Fadzil Zahari turut kelihatan berada semasa pelancaran buku Amran Fans di PWTC... hoho .. kebetulankah? Fadzil Zahari adalah pemilik Prokuya Studios yang terbabit dalam pengiklanan secara online, event dan talent management dan terbitan iklan komersil.

Kemunculan Lelaki Bertopeng Dikaitkan Dengan Amran Fans

Update. Lelaki bertopeng muncul semasa majlis menandatangani buku Amran Fans. Adakah dia benar-benar Amran Fans atau sekadar penyedap rasa hati jiwa peminat yang sentap? Haha ..

Identiti Amran Fans hampir diketahui, individu di bawah ini muncul di majlis tandatangan buku Amran Fans yang laris di PWTC baru-baru ini (kiriman salah seorang pembaca blog ini). Adakah lelaki ini Amran Fans? Bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan Fadzil Zahari suami kepada Yana Shamsudin adalah 'pemilik sebenar' Amran Fans yang menjadi fenomena laman sosial di Malaysia?
Lelaki bertopeng di KLiBF dikatakan sebagai Amran Fans
Bak kata Amran Fans, biarlah dirinya menjadi misteri ...

"Biarlah misteri disebalik Amran Fans ini kekal menjadi sebuah misteri. Semoga ianya mampu duduk sebaris dengan misteri misteri lain yang wujud di dalam negara ini seperti misteri pembunuhan Altantuya dan jugak kehilangan MH370." - Amran Fans

Amran Fans vs Blogger

Siapa Amran Fans tidak diketahui - di sebalik ramai yang rasa kecewa dan hampa nak tahu identiti sebenar Amran Fans mahupun Amran Pekida ...  buku Amran Fans tetap laris.... anak kecil pun beli buku Amran Fans... hoho. Disebabkan Amran suka juga menempel bersama rakan-rakan blogger popular seperti Hanis Zalikha, maka ramai jugalah blogger yang menulis mengenai diri Amran Fans ini sehinggakan ada rakan blogger yang buat pembongkaran sendiri, boleh bacanya di sini - Siapakah Watak Sebenar di Sebalik Amran Fans

Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab ..
Siapa yang dah miliki buku Amran Fans? Kata Dubok Press, identiti dan bayangan siapa sebenarnya Amran Fans ada diceritakan di dalam buku ini, benarkah? Atau statement tersebut adalah sekadar statement bagi melariskan buku Amran Fans yang ada ratusan ribu malah jutaan peminat di rantau Asia Tenggara ini? .. hoho ..

Ada cerita mengenai Amran Fans? Sila kongsikan di ruangan komen.



19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Lama dah follow amran fans ni, mmg fenomena sgt la..tp tu lah, siapa lah d sebalik amran fans tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak fanpage parodi Amran fans wujud dah pun ..

      Padam
  2. Kadang2 aku marah juga dengan Amran nih kerana statusnya. Kadang2 nak gelak pun ada. Kadang2 boleh biul otak aku dengan Amran ni. Yang pasti, bukan semua boleh terima troll Amran. Aku? Tak kisah pun. Jangan Amran Fan ilang lagi di muka buku. Hahahah

    BalasPadam
  3. huhu.. bila laa nak terungkai persoalan siapa amran fans ni.. nak tau jugakkk..

    BalasPadam
  4. Sebenarnye aku pun minat gak baca amran fans..tapi sedar x kita beli sesuatu yg mengaibkan orang lain..mcm xpatut je..apelah perasaan keluarga dia ..feel sorry

    BalasPadam
  5. ohh..mybe dia suami yana..sbb byk btul berkait dengan yana..huhu..mybe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm setakat ini belum ada bukti kukuh Amran Fans itu suami Yana Shamsudin

      Padam
  6. sat lagi abis la baca..hoohho..memang lawak..

    BalasPadam
  7. Budak tu, namanya Faseh. Anak kepada Fdaus Ahmad yang juga seorang penulis di Dubook Press. Kemungkinan Faseh jugalah yang menjadikan watak Qaseh. Dan Fdaus Ahmad juga bekas pekerja Petronas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm satu fakta menarik yang boleh disalingkaitkan dengan identiti sebenar Amran Fans ni.

      Padam
  8. Haha.. siap boleh buat buku, Dubook mu memang kental.. Mutalib the best ! :P
    Amran fans ni power sebab bahasa dia sarkastik tahap lebih dari Ahmad Maslan..Saya tak pasti berapalah CGPA Amran ni sebab dia keja Petronas tu.. cari gali :P

    BalasPadam
  9. Hahaha..
    Walaupun nampak bodoh tapi berakal bg mereka yg ada akal.
    Hehehe..

    BalasPadam
  10. Buku dia pasal apa sbnrnya? Nak tau..

    BalasPadam
  11. Tak boleh masuk dengan buku ni.baca sekali imbas je.untuk sesiapa yang suka buku lawak2 dan sarcastic boleh cuba baca

    BalasPadam
  12. Amran lahir lewat 80-an. Belajar dan bekerja dalam bidang teknikal. Bergiat secara aktif dalam blog selepas habis spm awal 2000an. Sekarang berkerja di sektor swasta di lembah klang. Berkeinginan tinggi untuk berkerja dalam bidang oil and gas.sebab gaji lumayan. Juga disebab kan imiginasi yang tinggi nak pakai kereta sukan dan superbike.
    Agak pemalu dan gelabah ayam di khalayak ramai. Imiginasi sex yang tinggi. Tapi tidak beronani.
    Berakhlak baik juga. Nampak berani tapi agak penakut. Ada makwe sorang. Bercita cita untuk menamatkan zaman bujang. Sedang struggle kumpul duit.
    Sapa blogger yang korang rase meletop awal tahun 2005-2010?
    Yang dalam blog tulisan agak melucah tapi gaya sarkastik dan berfaedah. Byak tulisan berdasarkan pengalaman habis sekolah. Pengalaman ipt.
    Dan amran ada rupa. Tak kacak sgt. Lebih kepada cute.
    Selamat berteka teki

    BalasPadam
  13. Sebenarnya solehah kenal sape amran fans tu. Tapi identitinya terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke? Wahh bagus tu kalau tahu... boleh siap2kan draft dalam entri, bila tiba masa leh dedahkan .. huhuhu...

      Padam
  14. Masyarakat sekarang lebih mencari sesuatu yg bukan2... Apelah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement