11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

Petua pintu rezeki dibuka. Setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama - 24 jam, tiada seorang pun ada lebih, mahupun kurang. Tidak kira siapa anda, samada Sultan, Raja, Presiden, wanita Muslim terkaya di dunia, awek penebar roti canai yang cun, kanak-kanak, pemandu lori, selebriti, ustaz, hakim mahupun yang cacat, yang sempurna akal semuanya ada kitaran masa yang sama. Begitu juga dengan pintu rezeki, semua orang ada pintu rezeki masing-masing. Tapi mengapa setengah orang pintu rezekinya mudah terbuka, dibandingkan dengan orang lain?

Ok. Menerusi entri ini, saya nak kongsikan 11 tips petua pintu rezeki dibuka.
11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

Sebenarnya tips dan petua pintu rezeki ini saya peroleh dari artikel Irfan Khairi di Facebook, cuma saya olah sedikit untuk tatapan dan bacaan anda. Irfan Khairi tu dah jutawan, style dia lain sikit .. haha.

Saya pernah menulis mengenai Rahsia Rezeki Seorang Blogger, di dalam entri itu saya munculkan contoh blogger yang pintu rezekinya sentiasa terbuka luas, alhamdulillah sehingga sekarang mereka ini diberikan laluan mudah menerima rezeki dari Allah S.W.T.

Apakah 11 petua untuk membolehkan pintu rezeki dibuka seluas-luasnya atas izin Allah S.W.T?

  1. Redha seandainya ada pintu rezeki yang tertutup. Dah elok nak masuk dalam mulut, tetapi terjatuh ke lantai, maka istifar banyak-banyak, jangan tahu nak komplen dan mengeluh. Anggap sahaja ia bukan rezeki kita. Mungkin pada saat itu, ada kucing atau semut sedang menanti benda yang nak masuk dalam mulut kita itu - jadi itu rezeki mereka. In Sha Allah, akan ada tingkap rezeki lain yang terbuka.
  2. Mencari duit? Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Barulah boleh dapat duit, mana ada cara goyang kaki, kecualilah kalau kerja anda perlu menggoyangkan kaki seperti menjahit baju kurung. Rezeki tidak datang bergolek ye.
  3. Hati kena tenang. Cuba amalkan memaafkan salah dan silap orang lain sebelum tidur setiap malam. Jika ada laman sosial, sebelum tidur cuba anda tulis status meminta maaf dan memaafkan, in Sha Allah, esok-esok ada rezeki tidak diduga yang Allah S.W.T akan berikan.
  4. Lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah. Cara ini juga akan bantu memudahkan anda dalam kerja seharian anda.
  5. Hati tak mahu busuk. Sebagai manusia yang ada agama sebagai pedoman hidup kita perlulah  bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. In sya Allah ramai akan doakan kita kembali.
  6. Tunaikan hajat orang lain. Bantu orang lain untuk capai impian dan matlamat mereka. Menerusi blog, anda boleh lakukan untuk tolong dan bantu selesaikan masalah orang - samada secara langsung mahupun tidak langsung.
  7. Sedekah dan derma. Jangan lokek untuk bersedekah kepada orang lain. Anda tidak akan jatuh papa kedana atau muflis sebab bersedekah ini.
  8. Apabila buntu, berdoalah pada Allah S.W.T. Sholat istikarah adalah salah satu cara untuk memohon pertolongan Allah S.W.T bila kita buntu untuk selesaikan satu-satu masalah. Selepas itu, barulah cari mereka yang dapat membantu anda.
  9. Menunaikan tanggungjawab dan amanah. Apakah tanggungjawab anda sebagai seorang Islam, seorang isteri, seorang suami, seorang anak ... seorang ayah dan ibu, dan apakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang manusia di muka bumi ini? Pastikan anda berniat dan menjalankan tanggungjawab dan amanah itu dengan bersungguh.
  10. Bersikap rendah diri. Jangan bongkak dan takbur dengan apa yang anda ada. Jadilah seorang yang sentiasa rendah diri dan bersyukur kerana ia akan menjadikan anda lebih dihormati dan disanjungi, bukan pangkat, harta mahupun gelaran.
  11. Jujur dan telus dengan orang di sekeliling anda. Elakkan diri dari mengambil kesempatan atas kepercayaan yang telah diberikan.
11 Petua Pintu Rezeki Dibuka
Semoga perkongsian 11 petua pintu rezeki ini akan membantu diri saya dan anda untuk menilai kembali apa yang telah kita buat di dalam tempoh masa 24 jam hari ini, esok dan semalam. Seandainya rasa kesempitan untuk mendapat rezeki yang telah Allah S.W.T tentukan, cuba lihat 11 perkara tadi ... in Sha Allah, sama-sama kita peroleh kebaikan.

Moga rezeki anda juga akan dipermudahkan dan dibuka seluas-luasnya apabila kongsikan entri ini di laman sosial milik anda. Syukran.
 

4 comments.. read them below or add one

Maria Firdz Maria Firdz April 17, 2015
Perkongsian yg bermanfaat.. Terima kasih atas perkongsian..
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI April 17, 2015
Pintu rezeki sentiasa terbuka andai kita sentiasa membantu org lain dengan ikhlas...
Oneyani Deankayree Oneyani Deankayree April 18, 2015
sama samalah kita mncari rezeki yg halall..tak gitu? hehe
si bongkok si bongkok April 19, 2015
rezeki dapat sedikit tetapi dari sumber yang halal jauh lebih bermakna dari bergunung2 duit yang dikaut dari sumber yang salah... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.