Teknik JV Untuk Tingkatkan Trafik Blog

Teknik JV untuk tingkatkan trafik blog. Sebenarnya saya sudah pernah bercerita mengenai kaedah dan teknik ini untuk tingkatkan trafik blog. Mungkin ramai yang terlepas pandang teknik ini, al maklumlah kebanyakkan tips blogging dan panduan blogger yang saya tulis tu dah masuk dalam arkib - ditulis dan diterbitkan dalam blog sekitar tahun 2011 - 2012.

"Apa maksud JV tu Bro HH?" ... mungkin ada yang masih baru, tak berapa nak faham singkatan JV ini.

Ok. JV bermaksud Joint Venture, atau bahasa mudahnya ialah kerjasama. Dua perkataan dalam bahasa Inggeris yang berikan maksud satu perkataan di dalam bahasa Malaysia. Kerjasama sesama blogger untuk tingkatkan trafik blog - itu maksud saya.

Kerjasama yang bagaimana?

Teknik JV Untuk Tingkatkan Trafik Blog


Teknik JV Untuk Tingkatkan Trafik Blog

Ada banyak cara dan kaedah. Salah satunya ialah menerusi bloglist, namun bukan semua blog suka letakkan bloglist di dalam blog mereka. Kenapa tak letak? Ada sebab musabab mereka tidak menyediakan bloglist di dalam blog mereka. Bab mengenai bloglist ini pun pernah saya ceritakan sebelum ini. Dan salah satu sebabnya ialah berkaitan teknik SEO - pandai-pandailah anda cari dalam blog saya ni, saya pun dah tak ingat tajuknya apa, tapi dalam entri berkaitan bloglist itu, saya ada ceritakan. Tips - sila gunakan kotak search yang disediakan.

Cara lain untuk JV bagi tingkatkan trafik ialah menerusi perkongsian RSS atau feed. Saya tunjukkan dua buah blog yang gunakan teknik JV ini. Dua blog yang saya maksudkan untuk contoh ini ialah blog Ben Ashaari dan juga blog Dapur Tanpa Sempadan.

Kedua-dua blog adalah dari niche berlainan, tetapi mempunyai pengikut yang sangat ramai, malah trafik kedua-dua blog ini juga sangat menakjubkan. Masing-masing dah lepasi 10 juta pageviews, malah dah puluh-puluh juta pun.

Menerusi kekuatan yang ada pada blog masing-masing, dua blogger berpengaruh ini setiap hari memancing trafik antara satu sama lain.

Cara Nak Buat Teknik JV

Bagaimana nak 'tiru' kaedah atau teknik ini?

Caranya ialah dengan mendapatkan kerjasama dari rakan blogger lain yang tarafnya sama. Maksud saya, masing-masing ada pengikut dan pembaca blog yang ramai. Masing-masing ada kekuatan tersendiri dan pengaruh. Jadi tidak timbul soal cuba 'ambil kesempatan'.

Dan kalau boleh biar beza niche supaya nampak kelainan. Barulah ada kebarangkali yang pengunjung dari blog A akan klik ke entri di dalam blog B; dan sebaliknya. Cara ini juga salah satu cara untuk bina backlink berkualiti secara berkesan dan tanpa kos.

Untuk menggunakan teknik JV ini, setelah anda pilih blog yang dirasakan sesuai digandingkan dengan blog anda, maka buka dashboard blogspot anda, dan pilih layout - add a Gadget dan pilih Feed seperti ditunjukkan di bawah ini:
Di dalam ruangan Feed URL, anda hanya perlu masukkan URL blog rakan blogger anda tadi. Jika blog rakan blogger yang kerjasama dengan anda itu tiada masalah, maka akan keluarlah tajuk-tajuk entri terbarunya seperti contoh di bawah ini:


Kekangan Guna Teknik JV

Untuk peringatan, bukan semua template blogspot boleh gunakan pendekatan JV ini, terutama blog yang ada masalah loading. Dengan menggunakan teknik JV ini, blog anda akan hadapi beberapa kekangan berikut:
  • Blog lambat loading.
  • Ancaman malware.
  • Kena penalti Google Adsense.
  • Tidak mesra onpage-SEO.
Namun begitu, saya sangat syorkan kepada blogger-blogger baru untuk gunakan teknik JV ini bagi meningkatkan trafik blog. Ia juga salah satu cara untuk saling mengenali antara rakan blogger lain, selain menambah jaringan rakan blogger Malaysia.

Saya pernah gunakan kaedah dan teknik ini satu masa dahulu dengan sebuah blog yang paparkan soal cinta remaja. Alhamdulillah, ada pertukaran trafik berlaku dan blog itu pula berjaya dapat 2 juta pageviews kurang dari setahun. Manakala blog saya ketika itu ramai yang follow terutama daripada pembaca blog golongan remaja.

Cubalah teknik JV ini, dan lihat kesannya dalam jangkamasa panjang.


p.s: Siapa guna template catatan.info seperti saya tidak boleh gunakan fungsi ini.

{ 16 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 10, 2015
kejap ek saya fikir nak JV dengan siapa...ramai ni dalam senarai ni kalau ikut-ikutkan...ihikss...
shamiera osment shamiera osment March 10, 2015
ada ke orang nak JV ngn saya ni.. :'(
blogger lelaki blogger lelaki March 10, 2015
untung la ina ainaa..hahaha
BM BM March 10, 2015
HH... Jom kite JV...hehe
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal March 10, 2015
Assalammualaikum.. bro HH,

terima kasih perkongsian nie,,, boleh JV nanti.. siapa agak nyer nak JV dengan mselim3..

mselim3
eyfa writer eyfa writer March 11, 2015
Wah siapa lah yang nk ber JV dengan kita ni hheeehe..saya ada buat bloglist tujuan saya buat bloglist supaya mudah untuk saya BW blog kegemaran saya HH :)
Hero Borneo Hero Borneo March 11, 2015
peluang JV dengan saya dah dibuka..macam promosi pulak
MY HIJRAH PORTFOLIO 0123513407 MY HIJRAH PORTFOLIO 0123513407 March 11, 2015
Perkongsian menarik..tp sy guna template catatan info x blh guna huhuhu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Hahaha... carilah blogger yang retis sikit .. lalalala
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Kena pilih betul2 .. takut nanti trafik blog hilang ke blog yang gaya tajuknya lebih UMPPHHH .. hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Ya. Blog template catataninfo memang tak boleh gunakan teknik JV ini sbb itu ia mesra SEO .. :) jeng jeng jeng ... hadkan bilangan URL dalam satu2 blog
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Tu la pasal .. untung blogger AIna ni kan kan ... hmm ...
suhaila Johar suhaila Johar March 11, 2015
Wah..nice tips..sape sudi nk jv dgn sy..hihi
Kang Dadan Kang Dadan March 11, 2015
Karena blog saya menggunakan template yang sama dengan blog HH berarti tidak bisa gunakan teknik ini :)
Inspirasi Huda Inspirasi Huda March 11, 2015
Teknik ni dah menjadi trend sebahagian blogger, kebaikannya antara lain dapat memupuk persahabatan antara satu sama lain.
Noor Akma Noor Akma March 11, 2015
Bagus nih.... dah lama nak buat macam ni... dapat tau je terus buat. Saya ada dua blog yang berlainan... satu blog masakan... satu blog personal... gandingkan ajelah... bolehkan! thanks a lot!!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.