Untuk ketahui mengenai demografi blog anda, seharusnya anda gunakan tools yang disediakan di dalam Google Analytics yang ada perincian dan butiran mengenai faktor ini.
Apa maksudnya mengenai menulis entri menyentap emosi bakal pengunjung blog ini?
Ok.
Tarik Trafik Menerusi Entri Menyentap Emosi
Saya berikan contoh entri yang berikan trafik tinggi untuk mudahkan anda faham mengenai cara dan kaedah tarik trafik ini.Cara Buat Rayuan BR1M 2015 - Tajuk entri ini nampak biasa-biasa, tetapi sebenarnya ia mengundang kelompok golongan pembaca yang beremosi mengenai perasaan terdesak. Emosi pengunjung yang mahu berjaya lulus permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ada rasa ingin tahu bagaimana cara untuk buat rayuan dalam BR1M.
Borang Rayuan BR1M 2015 - Entri yang terkait dengan tajuk entri dalam contoh pertama tadi. Apabila pengunjung dah baca entri Cara Buat Rayuan BR1M 2015, mereka akan ada rasa mahu cepat-cepat dapatkan borang rayuan BR1M, emosi mereka digunakan supaya klik entri ini dan muat turun borang rayuan berdasarkan cara-cara yang telah diceritakan di dalam entri pertama.
Ada pemohon yang gagal dapat BR1M 2015, emosi mereka nak tahu kenapa permohonan ditolak, lalu entri 36 Sebab Permohonan BR1M 2015 pula menjadi sasaran pengunjung dan pembaca.
Anda faham tak maksud saya? Anda mengunakan tajuk entri yang menarik emosi pengunjung untuk baca entri-entri anda.

Tulis Entri Berkaitan Emosi Menggunakan Stats Demografi Blog
Jika demografi blog anda menunjukkan ramai pembaca blog anda adalah remaja, maka entri berkaitan BR1M 2015 adalah tidak relevan untuk mereka. Mungkin anda boleh kongsikan entri-entri berkaitan drama atau movie berkaitan cinta remaja, atau movie action dengan tajuk seperti - "Kecewa Tonton Movie Doraemon". Anda boleh juga menulis mengenai puisi, novel dan sebagainya yang menjadi tarikan emosi pengunjung blog remaja.Teknik yang sama juga digunakan untuk pancing pengunjung dan pembaca dari luar negara - contohnya entri mengenai MH17, entri MH370 yang boleh mengundang trafik dari China dan juga penulisan yang bermain emosi rasa ingin tahu dan juga ketakutan. Entri yang menggunakan tarikan emosi ketakutan (fear) adalah seperti entri mengenai virus ebola, denggi, tsunami, MERS, gempa bumi dan macam-macam lagi.
Anda boleh lihat dan baca entri-entri yang menyentap emosi yang telah saya tulis ini:
- Kisah Benar Realiti Blogger Hidapi HIV Aids
- Ibu Bapa Kecewa Dengan Karnival Upin Ipin
- Anugerah Menipu Blogger Malaysia
Contoh-contoh entri ini semuanya mendapat jumlah trafik yang tinggi, melebihi 1000 pageviews, dan ada di antaranya melebihi 10,000 pageviews dalam masa seminggu.
Saya harap tips blogging kali ini boleh membantu ramai blogger Malaysia untuk hasilkan sebuah entri yang boleh mengundang trafik dan membantu hidupkan blog.
usaha pasti ada hasil
BalasPadamTerimakasih HH.. mendapat ilmu disini pagi ini..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.