Syoknya Sabun Herba Pewiit

Syoknya pakai Sabun Pewiit, sabun herba terbaru. Alhamdulillah, saya berkesempatan mencuba sabun herba ini, nyata Sabun Pewiit sangat syok dipakai. Dah tu, ada kesan sampingan yang membuatkan kerja-kerja menulis blog saya makin seronok. Nanti saya ceritakan lagi di dalam entri ini.

Tak kenal sabun herba Sabun Pewiit? Aha, ini sabun banyak istimewa sebab kandungan sabun ini bukan seperti sabun biasa. Ia sabun istimewa kerana dibuat daripada ekstrak bunga cengkih, ekstrak kulit kayu manis, kolagen tumbuhan dan diperkaya dengan vitamin C yang memang terbukti secara saintifik bagus untuk kesihatan kulit.

Syoknya Sabun Herba Pewiit

Sabun Herba Sabun Pewiit
Sehingga entri ini ditulis, saya telah menggunakan Sabun Pewiit lebih kurang seminggu. Tak nampak banyak beza pada muka saya, disebabkan muka saya memang tak ada jerawat .. hoho .. tapi saya ada baca, ramai pengguna yang bermasalah jerawat dan jeragat dapat kesan yang bagus selepas menggunakan sabun herba ini. Anda boleh lihat di sini - Kesan Guna Sabun Pewiit

Kesan Sampingan Syok Sabun Pewiit

Cuma, saya nak bagi satu kesan sampingan selepas gunakan sabun ini.

Setiap kali saya bangun pagi atau rasa mengantuk selepas berjam-jam mengadap komputer, saya akan gunakan sabun ini untuk mencuci muka. Pergghhh .. lepas guna, muka rasa segar bugar. Bau harum daripada herba cengkih dan kulit kayu manis memang membuatkan rasa mengantuk hilang. Selepas cuci, akan rasa kedinginan dan kulit muka terasa macam kuih apam ... lembut gebu-gebu gitu .. haha.

Hoho. Tadi awal saya beritahu mengenai wajah saya yang memang semulajadi tak ada jerawat. Alhamdulillah. Tapi saya ada masalah dengan white head yang banyak melepak sekitar batang hidung yang 45% mancung ni. Jadi, setiap kali pakai, terasa biji-biji white dah berkurangan. Kalau nak picit pun tak sesusah sebelum ini, tak ada sampai nak berair biji mata kalau saya minta wife tolong picitkan.
Sabun Herba Sabun Pewiit
Sabun Herba Sabun Pewiit
Sabun Pewiit merupakan sabun yang boleh mencantikkan wajah dengan memberikan kelembapan dan mengecilkan ruang-ruang pori. Bagi sesetengah pengguna, ia boleh membantu untuk menghilangkan jerawat dan parut jeragat.

Seperti sabun biasa lain, Sabun Pewiit mengeluarkan buih semasa menggunakan. Cuma bezanya ialah, anda akan ada rasa sedikit kasar bila gosok-gosok di tangan untuk keluarkan buih. Ini memang ciri biasa bagi sebuku sabun herba. Dengan buih-buih yang berbau harum herba, sapu di wajah atau gunakan pada badan. Syok.

Sabun Herba Home Made

Ok. Dah banyak saya cerita. Cerita je tak guna kalau anda tak cuba. Cubalah sabun herba Sabun Pewiit ini. Abaikan segala testimoni, tapi cuba sendiri produk keluaran tempatan - home made lagi, in Sha Allah, semua kandungan sabun adalah halal.
Sabun Herba Sabun Pewiit
Berminat nak cuba sabun herba ini? SMS/Whatsapp:
  • Dayah - 018 905 2802 
  • Syamimi - 014 5041016 
  • Arda - 011 26093727
atau tinggalkan mesej anda di Facebook - Pesanan Pertanyaan Sabun Pewiit

Anda juga boleh dapatkan beberapa info mengenai sabun herba Sabun Pewiit itu di blog ini -

  1. Sabun Pewiit
  2. Info, Testimonial dan Gambar Berkaitan Sabun Pewiit

Hoho. Syoknya Sabun Herba Pewiit. Agak-agak boleh tak lawan muka kacak Izzue Islam? hehehe...

2 comments.. read them below or add one

izzeyda izzeyda March 13, 2015
menarik sabun nih.. dulu pernah jugak guna sabun sebegini.. best guna.. tapi sekarang, akak tuh dah tak buat sabun sebegini, jadi putus stok dah..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 13, 2015
Hmm ni sabun herba kedua saya guna, sebelum ni pernah guna tapi jenis lain. Memang best ... lagi2 kalau nak hilangkan panau dan kurap, ada sabun herba yang in SHa Allah, boleh hilangkan. Yang Sabun Pewiit ni tak tahu lagi sbb bbaru je pakai ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.