Gambar Bom di KLIA Cetus Panik

Gambar Bom di KLIA cetus panik pada 10 Mac 2015. Pihak polis telah menafikan mengenai satu khabar angin yang berlegar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp bahawa terdapat bom ditemui di sekitar KLIA. Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah bom sebenar, tetapi adalah tag nama seorang kakitangan MASKargo warga Indonesia bernama Bom.

Gambar Bom yang beredar menerusi aplikasi WhatsApp itu telah menimbulkan rasa panik, namun pada masa yang sama ia adalah satu gurauan sendaloka yang membuatkan orang ramai tanpa rasa bersalah menyebarkan ia menerusi aplikasi WhatsApp dan juga di laman-laman sosial.

Gambar Bom di KLIA Cetus Panik


Pada mereka yang tidak tahu menahu dengan lebih terperinci berkaitan tajuk "Bom Dijumpai di KLIA"; maka akan mudah percaya dan panik dengan berita tersebut. Tanpa usul periksa terus menyebarkannya; apatah lagi apabila ada rakan dan sanak saudara yang sedang berada di KLIA atau bertugas di sana.

Rakyat Malaysia Mudah Percaya Tanpa Selidik

Rakyat Malaysia memang begitu, mudah percaya dengan apa jua sebaran di laman sosial, apatah lagi yang mengaitkan emosi. Seharusnya berita-berita seperti ini jangan dilihat pada hanya tajuk tetapi mesti melihat akan isi kandungan, dan kemudian membuat tindakan susulan untuk mengesahkannya.

Gambar Bom KLIA Cetus Panik
Blog saya sendiri pernah beberapa kali terima situasi salah faham hanya kerana tajuk. Memang nampak bahawa ramai yang tertarik pada tajuk yang sensasi tetapi tidak membaca dari A sampai Z kandungan cerita yang dikongsikan.

Gurauan mengenai gambar Bom di KLIA ini memang mengundang; apatah lagi di dalam situasi negara sedang berhadapan dengan ancaman militan IS dan berita-berita yang ada kaitan dengan aviasi negara.

Semoga pembaca-pembaca media online akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Jangan hanya baca tajuk semata tanpa dilihat dari awal sehingga habis kandungan sesuatu cerita itu.

{ 10 comments.. read them below or add one }

idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin March 11, 2015
orang yg bernama BOM ke sebenar nyer?adeh laaa...
Mayang ABDUL RAZAK Mayang ABDUL RAZAK March 11, 2015
adehhh nama org rupanya.... mmg bebetul daboommmm le org tu..
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ March 11, 2015
Hurmm mereka ni suka buat fakta yang boleh buat orang jadi hidup tak tenteram
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Yer. Dengan gunakan gambar ini, dibuat tajuk "BOM DIJUMPAI DI KLIA" terus jadi viral.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Suka dengan ayat - Fakta
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 11, 2015
Hmm mushkil lak leh dapat nama tu
azzahairi sulaiman azzahairi sulaiman March 11, 2015
Adeh, rasa kelakar pun ada...hehe...
akubiomed akubiomed March 11, 2015
Boleh cetus situasi panik apabila tidak mendapat maklumat yang tepat.
Maziah Jamaludin Maziah Jamaludin March 14, 2015
Hihihi..media sosial lebih pantas dari media massa skg ni...APTB...

Rahsia Kaya dan Bahagia Terbongkar!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.