Langkau ke kandungan utama
Ramadan 2017 Promo

Nak Jadi Kaya .. Nak Jadi Kaya ....

Siapa yang tak nak jadi kaya kan? Ramai rakan blogger yang ikuti blog ini mendoakan supaya saya jadi kaya, kaya dan berjaya. Alhamdulillah, terima kasih atas doa tersebut. Semoga Allah S.W.T akan makbulkan doa-doa kalian semua.

Saya tidak kaya. Saya masih lagi dalam kategori manusia dan rakyat biasa. Masih lagi terkesan jika harga barang harian naik. Masih lagi ada sifat-sifat suka mengeluh jika terpaksa beli barang keperluan yang mahal. Saya tidak kaya, tapi memang ada impian nak jadi kaya ... nak jadi kaya.. hoho.

Nak Jadi Kaya .. Nak Jadi Kaya ....

Tips menjadi kaya raya

Alangkah bagus jika benar saya kaya raya. Tak perlu lagi nak bersungut dan mengeluh. Mengeluh kesah itu bukan perkara yang elok, ia sebenarnya sifat yang patut dijauhkan kerana dianggap seperti tidak redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Jika ada sifat-sifat itu, kalau boleh cepat-cepatlah buang. Mengeluh tidak akan bawa apa-apa perubahan. Mengeluh takkan jadikan barangan yang dijual di pasaraya Mydin jadi murah sekelip mata, ye tak?

Manfaat dan Bahaya Jika Jadi Kaya

Andai kaya, boleh elak riba. Andai kaya, boleh elak hutang. Bila kaya boleh buat ibadah dengan tenang. Tapi kaya boleh datang musuh tak diundang, boleh bawa kepada riak dan tamak haloba. Tak gitu?

Impi nak jadi kaya memang bagus. Malah ia antara perkara yang disuruh pun. Kalau kita kaya, boleh buat macam-macam perkara termasuklah bantu orang lain, berdakwah, buat kebajikan dan macam-macam lagi. Tetapi, jangan kerana impikan nak jadi kaya kita lakukan sesuatu yang buat orang marah pada kita, terutama dari Tuhan. Jangan sampai Tuhan marah sebab kita nak jadi kaya.

Nak jadi kaya, biarlah semua orang suka dan akan mendoakan kebaikan atas kita.

Check Diri Sebab Mahu Jadi Kaya

Bila saya fikirkan benda ini, saya akan cuba check balik diri saya. Adakah saya selama ini melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati dan perasaan, yang membuatkan orang marah, membuatkan orang benci.

Kekayaan tak bererti jika tanpa kejujuran.

Maafkan saya kalau ada yang merasakan saya ini lebih kuah dari nasi. Teguran anda penting. Jangan sangat mengiyakan apa yang saya kata, sesekali tu cuba bagi diri saya sentap dan memikir. Kalau tidak, anda akan lihat saya hanyut tanpa arah, yang akhirnya merugikan.

Umat Islam akan diuji dengan 5 perkara:
1- saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya
2- orang munafiq yang sentiasa membencinya
3- orang kafir yang sentiasa memeranginya
4- syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
5- bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya

Doakan agar kita semua termasuk yang tidak berapa menyukai kita agar terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membinasakan.




Komen Pembaca ...

  1. betul, tapi kaya tapi mendatangkan musuh kalo dari segi harta..baik maintain sederhana, tak miskin tak kaya. Bagi sa dh kira kaya untuk diri sendiri dengan apa yang ada.. huhu

    BalasPadam
  2. Nak jadi kaya dunia dan akhirat. tak dapat dunia akhirat lebih utama... semoga bro hh terus sukses dunia akhirat

    BalasPadam
  3. Kaya dgn sifat2 mahmudah itu yang penting..kaya dgn kebahagiaan dan iman kepadaNya..InsyaAllah pasti rasa kaya itu lebih dari segala2nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Kita seharusnya tahu arah yang betul untuk dapatkan sesuatu, dan kemudian melakukan sesuatu pula untuk kebaikan itu.

      Padam
  4. Terima kasih atas peringatan. Kita harus kaya untuk berjaya di masa hadapan, iaitu hari akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita seharusnya berusaha untuk jadi kaya raya ... dan bukan miskin sehingga ditindas

      Padam
  5. Terima kasih tuan HH atas peringatan ini..

    Ehhh...tuan HH kan dah kaya sekarang nie...kaya sangat2..kaya apa? kaya dengan ilmu blogging...dah laa kaya suka memberi pulak tue...alangkah bagusnya kalo saya pon dapat jadi macam tuan HH... :)

    Kaya ilmu bleh bawa sampai mati...kaya duit nk bawah celah mana dlm kubur tue...silap2 gado anak beranak sebab harta di gohead gostan tue tuan HH... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada pengalaman lihat sebuah keluarga yang dulunya meriah, jadi kucar kacir dan pecah belah kerana harta. Sedih. Sangat sedih.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.