Jana income blog dalam USD. Kalau anda seorang blogger yang mahu benar-benar buat duit dengan blog, saya syorkan anda untuk bina blog anda bagi mendapatkan income USD. Bagaimanakah caranya? Ok, salah satu cara nak jana income blog dalam USD ialah menerusi Google Adsense.

Saya ada beberapa kali berikan tips untuk jana income dalam USD ini menerusi Google Adsense. Ini termasuklah yang terkandung di dalam ebook terlaris berkaitan Google Adsense iaitu Jana Wang Adsense.

Jana Income Blog Dalam USD Menerusi Google Adsense

Ebook yang saya fikir paling lengkap yang memberikan strategi terbaik untuk menjana income blog dalam USD. Malah, anda bakal ketahui beberapa tips penting berkaitan SEO yang menjadi nadi untuk buat duit blog dalam USD ini.
Jana Income Blog Dalam USD

Anda beruntung ada panduan ini, tidak seperti saya yang mula ada akaun Google Adsense ini sejak dari 2007 tetapi melakukannya dengan semborono tanpa teknik yang betul. Walaupun teknik yang ntah ke mana hala, saya masih lagi mampu jana income menerusi laman web dan blog milik saya yang trafiknya tidak sekencang blog ini (hasrulhassan.com). Jadi mengapa tidak anda?

Kalau anda benar-benar mahu buat duit dalam USD menerusi blog, pastikan anda guna pakai segala teknik dan taktik terbaik yang terkandung di dalam ebook ini.

Bantu Ramai Blogger Buat Duit USD Sejak 2010

Ebook yang telah berada di dalam pasaran online sejak 2010 ini telah banyak membantu blogger-blogger bawah tanah jana income sehingga ratusan malah ribuan ringgit setiap bulan. Cek-cek yang diterima dari Google memang best dan membuatkan hati berbunga-bunga.

Tidak Perlu Mahir Bahasa Inggeris

Anda tidak perlu mahir dalam bahasa Inggeris untuk jana wang USD menerusi blog. Paling penting ialah anda tahu mengenai niche yang boleh mendatangkan income kepada blog anda walaupun blog tersebut hanya berusia sebulan dua dalam dunia blog.
[Baca] Panduan Lengkap Buat Duit Blog USD Menerusi Adsense
Menerusi ebook Panduan Raja Adsense Revive (2017), anda akan ketahui cara nak jana trafik blog, pilihan template yang sesuai untuk Google Adsense, keyword yang boleh berikan income USD lumayan dan banyak lagi.

Mahu jana income USD menerusi Google Adsense di blog anda?
Jana Income Blog Dalam USD

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

Belum pernah dapat income dengan bayaran USD. Dah daftar google adsense tetapi ditolak. Mungkin kena buang segala macam iklan yang ada di bloh kot baru boleh cuba daftar semuala.

Reply

Sekarang lagi best dgn Google Adsense ni sebab dah tak perlu pergi withdraw melalui Western Union atau cek. Direct transfer ke local bank terus je. Bagus betul Google ni. Rugilah kalau tak ambil peluang, especially bila Ringgit Malaysia sangat murah macam sekarang ni.

Reply

Cuba hasilkan sebuah blog bahasa inggeris terlebih dahulu, dan cuba apply kembali dengan Google Adsense. Cara terbaik, beli ebook Adsense tu .. :P

Reply

Wow. terima kasih hasrul :)
Saya sudah try daftar dengan AdSense tapi of course, ditolak sebab tak cukup jumlah perkataan dalam blog katanya.
Saya baru mula restart blogging. Terima kasih atas segala tips, mudah untuk saya rujuk untuk menaikkan blog saya nanti. :D

Reply

ya @travelog Siti.

Untung kalau cash out skrg dari google adsense..

Reply

ada trafik tinggi, try mobicow..nak senang memang Adsense le..nak mencabar lagi try TLA atau Linkworth la..lagi sedap..:D

Reply

Tak pernah lagi register. Kena buat jugak ni.. rugi je tak grab kan

Reply

Cik akak pernah cuba..tapi..tak memenuhi syarat..kiki

Reply

Sebut adsense, hampir 90% tahu...dari kalangan blogger pro sampailah blogger cap ayam mcm saya nie..

Awal2 adsense agak mudah nak approve...skrg nie...approve jek, silap sket, meragukan sket...zasss aje acc...

dulu ngan sekarang sama jekkk...tapi sejak ada youtube boleh campak adsense nampak mudah sket..

bleh laa kwn2 cuba plak buat duit dengan youtube adsense.. lepas2 bayar bil ngan duit sewa rumah jadilaa kan...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.