iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

AI Trade
Kenapa iFrame tidak bagus untuk SEO? Dalam entri ini saya akan beritahu mengenai iframe dan kesan terhadap SEO (Search Engine Optimization). Dulu, saya pun tak tahu apa ke bendanya iframe ni. Tapi selepas saya gunakan tools Chkme untuk periksa kebolehan blog ini untuk SEO, barulah saya tahu serba sedikit mengenai iframe ini.

Sebenarnya tidak salah pun untuk menggunakan iframe di dalam blog anda, terutama apabila anda menulis entri yang terpaksa menggunakan fungsi iframe ini. Contoh entri yang wajib gunakan iframe ialah perletakkan dokumen seperti pdf dan juga video.

Video-video yang anda kongsikan di dalam entri yang datang dari YouTube terutamanya akan menggunakan koding HTML berbentuk iframe ini. Saya pernah ceritakan satu teknik untuk tidak menggunakan iframe untuk YouTube, tetapi kini fungsi tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi secara direct dari YouTube. Kalau mahu guna pun, anda perlu lakukan secara manual (untuk tidak menggunakan iframe).

Kesan iFrame Untuk SEO

Apakah kesan iframe ini untuk SEO?
iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

Secara amnya ia tidak ada kesan langsung kerana iframe tidak akan diindeks oleh enjin carian, atau dengan kata lain robot-robot enjin carian tak ambil kisah pun. Makanya, apabila anda letak video atau pdf dalam entri blog anda, ia tidak akan beri kesan atau berikan kredit kepada entri tersebut untuk SEO.

Saya menggunakan iframe untuk menkayakan entri saya, dan untuk berikan pemahaman untuk pembaca blog saya.

iFrame 'Curi' Trafik Blog

Cuma satu je isu mengenai iframe ini. Ia 'mencuri' trafik blog anda! Katakan anda letak iframe video YouTube dalam entri, setiap kali pengunjung singgah baca entri blog yang ada video ini, maka video ini akan dapat hits. Dan seandainya tuan punya video itu di YouTube telah monetize videonya, nah ... mudah-mudah ia sudah dapat impression untuk Google Adsense yang membolehkan pemilik video tersebut menjana income.

Video merupakan salah satu teknik dalam cara buat duit dengan Adsense. Hanya menerusi video di YouTube, anda boleh jana income ribuan ringgit. Dapatkan Panduan Adsense untuk ketahui lebih lagi mengenainya.

Itu sebab saya suka ambil video YouTube dan kemudian muat naik kembali ke dalam akaun YouTube saya sendiri, dan barulah dikongsi seperti biasa di dalam entri yang memerlukannya.

Salah satu entri yang saya gunakan video ialah entri ini - Video Viral Gadis Roti Canai Singapura

Adakah iFrame Beri Kesan Pada SEO?

Maka, jika ditanya adakah iframe tidak bagus untuk SEO? Saya akan jawab:
Ia tidak ada kesan atas SEO tetapi ia satu kerugian untuk sesebuah entri jika tidak dioptimasikan untuk SEO terutama untuk On Page SEO.

Nasihat saya cuma satu, ia segalanya berbalik pada konten blog anda. Kayakan blog anda dengan kandungan terbaik dan original, mana-mana entri yang ada gunakan iframe ini pula boleh anda optimasikan untuk hasilkan backlink sesama entri dengan tajuk yang hampir sama.

Semoga bermanfaat.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

27 Comments

  1. Kakcik masih belum faham tentang apa sebebarnya itu SEO? ... :(

    ReplyDelete
  2. bro kalau buat macma tips yang saya pernah bagi tau bro dekat pm tu macam mana pula bro...ada efek kena curi trafik juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lupa pula tips yang mana satu, nanti saya tgk balik.

      Delete
  3. Tidak semua iframe tidak diindex oleh google. Bermula januari 2014 google sudah mula mengindeks content di dalam iframe pada disqus komen sebab sedikit masa lalu saya menggunakan feature disqus komen. Maaf saya bertanya , maksud sifu HH yang tidak diindex tu iframe tersebut ataupun konten di dalam iframe itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh saya tak alert pula benda tu. Kalau betul boleh indeks baguslah. Saya suka je. Disqus komen memang indeks, saya pernah guna dulu tapi sbb ramai yang minta guna sistem komen lama, maka saya tukar.

      Maksud saya iframe tersebut. Konten tu memang terindeks dalam carian dalam Google Video. Jika letak dalam blog, maka kita berikan backlinks untuk video tu makin nampak dalam Google. :)

      Delete
  4. Penjelasan menarik, walaupun agak jarang menggunakannya, namun saya lebih suka letak link youtube sahaja dalam blog melalui kaedah yang dikehendaki google.

    ReplyDelete
  5. kalau guna wp...plugin yoast video boleh menghindari masalah ini,dan lebih syok lagi video yang kite letak dalam blogpost tu boleh ranking di google dengan url blog tersebut terpapang di google listing.

    Kalau blogspot ni kurang tahu..selalu pakai embeb code tu jela lagi pun ianya xder bawak keburukan apa-apa pun..even google sendiri pun mengalakan produk youtube mereka di embeb di mana-mana blog jika ianya membawa faedah kepada pelawat blog.

    Tapi kalau nak makan lebih make sure video tu dimonetize dgn adsense atau mana2 MNC kite sendiri.

    ...p/s: Jom la datang blog saya dan baca pos cara buat duit dengan clickbank yang saya tuliskan ini..klik je nama saya kat atas tu.. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP best boleh monetize senang dan mudah.

      Delete
  6. yang ni gua malas nak amek kisah sangat..hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau malas nak upload video sendiri, cuma perlu tukar word iframe tu kepada perkataan object. Manakala src tukar kepada data: < object width="500" height="315" data="https://www youtube com" frameborder="0" allowfullscreen>

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info yang bagus untuk tatapan blogger lain. Terima kasih kerana sudi berkongsi ... moga dimanfaatkan.

      Delete
  8. Setuju dengan pendapat bro tu, berbalik pada konten samaada sesuai ke tidak letak video iframe di blog. Rasa nak bagi reader lebih fun bila baca blog kita, masukkan infografik. Lagi mesra SEO..itupun kalau power edit photoshop la..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO is Good. Konten yang kaya info is Better. Kita nak bagi pengunjung baca bukan robot yang baca.

      Delete
  9. wah perlu diperhatikan ini selama ini saya belum pernah pasang video di blog saya

    ReplyDelete
  10. Ahhh...lantak laa...bubuh iframe ker...tak bubuh ker...blog cap ayam saya tak meletop macam tuan HH pon...

    Kalo bubuh video pemilik video dapat sipi2 traffik ngan income? anggap jek laa amal jariah kita...dah pakai video dier kan...nie cara amal paling mudah dalam blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amal dari video, kena tgk video ttg apa. :) nak lagi beramal yang betul, letakkan video ttg agama, itu lebih baik.

      Delete
  11. Thank you for the tip, glad that I didn't use any iframe for my blog too =))

    ReplyDelete
  12. Info yang, awak sampaikan ni sangat bermanfaat, saya pribadi baru tahu.... salam kenal ^_^

    ReplyDelete
  13. Tak kisah pun nak letak ataupun tidak, kita cuma gunakan youtube untuk pembaca senang nak mereka fahami. Itu saja....

    ReplyDelete
  14. letak boleh, tak letak pun takpe.

    tengok target blog kita.

    ReplyDelete
  15. baru tahu juga tentang perkara ini..

    ReplyDelete
  16. masih belum faham mengenai SEO.. tak pe akan cuba fahamkan slow2..

    ReplyDelete
  17. ooo jadi iframe tidak dibaca google spider google ya

    ReplyDelete
  18. Btw, comment form di blogspot ni pun juga masih pakai iframe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itu sebab apa yang kita tulis dalam komen ini tidak muncul dalam enjin carian .. :)

      Delete
  19. Memang iframe tak bagus untuk SEO.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.