Ada seorang rakan blogger saya, dia mengadu kenapa skor SEO beliau dalam Chkme SEO Tools tak dapat 100 peratus macam blog saya (iyolah). Daripada laman web tersebut, tertera masalah berkaitan iFrame. Ya, iFrame memang boleh jejaskan teknik SEO dalam penulisan di blog.

Jejas Skor SEO Chkme Tools

Rakan blogger saya +Shark Kay telah ajukan pertanyaan ini di Facebook saya (dah follow?). Dan saya telah cuba bantu apa yang patut. Akhirnya blogger yang penuh dedikasi ini telah pun dapat penyelesaiannya. Ia adalah gara-gara satu video YouTube yang dikongsikan dalam blog.

Saya juga telah membuat satu ujikaji. Saya telah gunakan satu kod YouTube iframe untuk salah satu post blog saya, dan hasilnya, skor SEO blog ini telah menjadi 95 peratus. Dalam Chkme SEO Tools, ia mengambil kira iframe sebagai salah satu punca untuk blog untuk tidak mesra SEO.
SEO Score CHKME Tools
Rakan blogger +Shark Kay telah ubahsuai kod untuk YouTube, dan walla .. hasilnya blognya adalah 100% SEO compliance. Blog - citershark.blogspot.com
SEO Score CHKME Tools

Jadi, bagaimana teknik betul untuk kongsi video YouTube dalam blog?

Teknik Betul Kongsi Video Youtube Dalam Blog

Ok, caranya ialah dengan menggunakan kod HTML object. Elakkan guna kod iframe untuk entri dan blog anda. Lihat contoh di bawah ini:
Teknik Betul Kongsi Video Youtube Dalam Blog
Apa yang perlu anda lakukan untuk kongsi video YouTube ialah dengan memilih pilihan seperti tertera di atas.

Iaitu Use old embed code. Anda juga digalakkan klik bahagian Enable privacy-enhanced mode untuk jaga sensitiviti pengunjung blog anda. Gunakan Custom size supaya sesuai untuk entri di dalam blog anda.

Salin kod tersebut dan letakkan di dalam entri yang anda mahukan video itu dipaparkan. Anda perlu copy dan paste kod yang diberikan dan letakkan dalam entri dalam HTML entri. Contoh seperti di bawah:
Teknik Betul Kongsi Video Youtube Dalam Blog
Mudah je kan? Saya memang guna kod ini untuk semua entri yang ada video dari YouTube.

IFrame memang tidak baik untuk sesebuah blog yang mahukan SEO friendly. IFrame boleh jejaskan robot untuk gelintar kandungan blog kita. Antara aplikasi yang gunakan IFrame dan selalu diletakkan di dalam blog ialah Facebook LIKE, Facebook Fanpage LIKE, platform pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Advertlets dan seumpamanya.

Jadi kalau boleh elakkan gunakan iFrame dalam blogspot anda ye ...

Oh ya, cuba check balik skor SEO blog ini di Chkme SEO Tools... hehehe..

Moga bermanfaat.



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement