Tua Penyakit Datang

Bila dah tua, maka mudahlah penyakit datang. Benda ni sejak dari dulu dah ada dalam kepala otak saya. Namun, sebenarnya penyakit boleh datang bila-bila, tak kira umur pun. Tapi, bila dah makin meningkat umur, sistem pertahanan badan pun mulalah menyusut.

Bukan kerana sistem pertahanan atau imun badan sahaja, tetapi juga disebabkan bila dah semakin meningkat umur, dah macam-macam benda tarok dalam badan... hoho .. lagi kalau tidak jaga kesihatan diri macam tidak bersenam, tidak beriadah, suka melepak, amalan tidak sihat seperti jaga larut malam tak tido-tido .. itu semua boleh mendatangkan mudarat.

Tua Penyakit Mudah Datang

Siapa yang mahu sakit ye tak? Kalau bayi yang baru lahir tu boleh cakap dan fikir, dia pun akan cakap tak mahu sakit... hoho.
Tua Penyakit Datang
Tua penyakit datang. Macam-macam penyakit boleh datang. Dari penyakit nampak kepada penyakit yang main sembunyi-sembunyi. Bila dah tua, nak buat prevention pun dah kira macam terlambat, hanya ubat-ubatan dan juga pantang-larang je la kena ikut. Hmm .. itupun kalau ikut. Dah tua-tua ni, penyakit degil pun makin menebal. Ye tak?

Buat anda yang masih muda belia, sila-sila ingatkan diri sendiri untuk elakkan tubuh badan dari mudah terkena penyakit bila umur sudah masuk era otai (old taimer). Prevention is the best cure (betul ke nih?). Jika tidak beringat sekarang, nanti bila dah naik umur macam saya, sure jadi susah punya.

Oh ya, andai dalam famili ada keturunan penyakit kencing manis ke, lemah jantung ke, darah tinggi ke, darah rendah ke, kanser ke, apa-apa penyakit merbahaya, maka sering-seringkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Nasihat ini adalah percuma. :)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (H.R al-Hakim dan al-Baihaqi). 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin January 23, 2015
bila dah tua macam-macam penyakit datang, semuanya terpulang pada gaya hidup jugak. memang betul kalau dulu masa remaja rajin jugak nak main badminton ke lari-lari anak ke..dah makin tua banyak pula tanggungjawab lain kadang-kadang tak sedar eh dah setahun aku tak berlari hehehe
salmiah awang salmiah awang January 23, 2015
saya asma tapi bukan asmahani hussain atau asma ul husna.penyakit datang tanpa diundang
aRz MoHa aRz MoHa January 23, 2015
ramai anak muda hari ini bersenam pun tak berpa mahu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Hmmm memang ada kebenarannya .. bila dah tua, ada anak-anak ... masa tu agak terbatas, cuma kalau boleh dibuat pun masa cuti atau hujung minggu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Hmmm sama macam anak sedara sayalah. Asma. Tak boleh aktif sikit .. mulalah kena hantar klinik kasik oksigen
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 23, 2015
Lagi2 kalau dah gila gajet.
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid January 25, 2015
saya masih dalam mode terkejut sebab kawan sekelas baru khabarkan buah pinggangnya dah rosak. :( umur masih awal 30-an..
bila dah sakit, baru kita terasa mahalnya nikmat sihat nie. memang kena jaga dari muda lagi..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.