Mungkin pada blogger baru yang masih mencari tapak dalam dunia blog tidak ambil peduli tentang perkara ini. Mereka lebih suka sambil lewa, dan hanya tinggalkan komen untuk suka-suka. Tahukah bahawa dengan meninggalkan komen dengan betul, anda boleh menyerlahkan identiti anda sebagai seorang blogger yang ada kredibiliti?
Saya pernah berkata, komen yang agak keterlaluan boleh membunuh semangat berblogging. Saya pernah melihat ada blogger rasa kecewa kerana menerima berjujukan komen yang kasar, yang kurang membina, sehingga membuatkan blogger itu tidak lagi berkongsi sesuatu bermanfaat di alam maya.
Seni Komen Bina Kredibiliti Blogger

Bila nak tinggalkan komen, paling perlu adalah sifat sabar dan kawal kemarahan ketika nak buat sesuatu komentar. Penting untuk menjadi pemberi komen yang sentiasa bersangka baik. Jangan terburu-buru tinggalkan komen selagi anda tidak hadam apa yang sedang dibicarakan.
Jika anda ikut perasaan, tak baca habis, suka melulu dan bertindak rakus, beginilah yang berlaku pada blogger ini - Terima Kad Kuning Kerana Komen Tak Berhemah. Sesal dahulu tiada gunanya, apa yang penting kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku, dan bertindak untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Anda patut baca apa yang telah disampaikan oleh blogger yang terima kad kuning kerana komen tak berhemahnya tu, banyak yang boleh anda pelajari!
btol apa yg bro HH kata kan.....seni.....hidup ini juga satu seni
BalasPadamberfikir sebelum bertindak.. terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata punah binasa
BalasPadamitu lah.. tapi sebenarnya perkara-perkara sebegitulah yang mematangkan seorang blogger.. daripada zero, seorang blogger itu akan belajar sikit demi sikit melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri. :)
BalasPadamBenar @google-b102a8784b6d515568951e1e289e58ae:disqus ... kalau kita tak lakukan kesilapan hasil dr usaha yg kita buat, kita takkan tahu
BalasPadamTerlajak makan ... badan jadi tong dram .. hahahhaa
BalasPadamHidup memang penuh dengan seni, kena laluinya dgn hati2 .. tak boleh kasar2
BalasPadamTerima kasih atas petua diberi :)
BalasPadamSalam Rakan Media,
BalasPadamSememangnya Blog anda punyai daya tarikan tersendiri dalam
menyampaikan maklumat kepada rakan2 blogger dan media baru.
Mohon jasa baik anda agar dapat menyenaraikan Laman Portal KLPOS dalam
senarai (link) blog pilihan di blog anda.
Hopefully dapat berkongsi maklumat terkini dan isu2 semasa menerusi
laman portal KLPOS.
TQ n Salam Persahabatan.
http://klpos.com/
KLPOS News Portal
komen yg baik dan ada teguran yg membina utk empunya blogger mmg sgt bernilai.
BalasPadamterasa entri kita dihargai.!!
Terima kasih kerana menunjukkan minat pada blog yang tidak seberapa ini
BalasPadamSama-sama ...
BalasPadamBetul. Tunjukkan bahawa blog kita dibaca dan difahami
BalasPadambetol tu blogger baru memang pandang sambil lewa je bab-bab ni..kami baru lagi memang tak tahu menahu pasal seo dan lain-lain..terima kasih atas tips yang diberi.
BalasPadamsemoga menjadi panduan buat aku yang memang selalu juga berikan komen di blog-blog rakan
BalasPadambab ni menakutkan...tu sebab kalau mood tak bagus..saya arang nak blogwalking dan tinggalkan komen..takut tersilap komen
BalasPadamLepas ni ena kena perbaiki komen komen ena di blog orang lain. Kadang kala tak tahu nak komen macam mana. Nak luahkan tapi tak terluah luah. Terima kasih abang HH
BalasPadammuhasabah diri pagi jumaat ni.
BalasPadamkomen = hak bersuara..kerana mulut badan binasa, jangan komen over ok..hihi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.