Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat

Komik Abu Nuwas mendidik menjadi insan hebat, itulah kata hati saya apabila menerima nashkah pertama pada pertengahan Disember 2014. Terima kasih kepada Projek Iqra' kerana berjaya menerbitkan sebuah komik yang penuh dengan ilmu dan pengajaran.

Komik Abu Nuwas cukup menarik untuk dibaca. Bukan sebuah komik biasa. Ia sebuah komik berkualiti terbaik fizikal dan rohaninya sesuai dibaca semua peringkat umur. Tua, muda, kanak-kanak semua boleh. Walaupun ada bait-bait ayat dan dialog yang sedikit mendalam, namun in Sha Allah, jika komik itu dijadikan bacaan sekeluarga, ia akan dimanfaatkan segala isinya.

Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat

Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat
Komik Abu Nuwas boleh didapati secara online menerusi laman web Projek Iqra'. Ia merupakan komik yang diterbitkan untuk menjana dana untuk aktiviti kebajikan Projek Iqra'. Ini bermakna, sesiapa jua yang mendapatkan komik Abu Nuwas, pada masa yang sama telah membantu melaksana amal buat anak-anak yatim dan tidak bernasib baik seluruh Malaysia.

Anak saya Amri siap bertanya ..."Abah, tak logiklah Abu Nuwas ni, kat padang pasir ada KLCC" - merujuk halaman 12, Abu Nuwas #1.
Saya kata ... "Jangan lihat gambar dia, tapi baca dialog dia tu ... faham betul-betul..."
Anak saya diam, kemudian berkata ...."Ok... faham faham ..."
Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat
Banyak dialog yang sinis tetapi tepat maksud penyampaian, dan lagi ia mengajar dan mendidik untuk menjadi insan hebat, bukan di mata manusia, tetapi di 'mata' Maha Pencipta. Malah, komik yang mempunyai 54 halaman berwarna ini mendidik untuk menjadi insan berguna dan bermanfat terhadap alam sekeliling dan makhluk Allah yang lain. Memang terbaik!

Harga Tidak Ternilai Komik Abu Nuwas

Sebuah komik yang mendidik, lalu ia bukan jadi harga untuk satu perkara yang boleh dimanfaatkan seumur hidup.

"Kita memberi bukan kerana jumlah, tetapi kerana Allah" - Abu Nuwas #1, halaman 15.

Di halaman 22 komik Abu Nuwas, saya tertarik dengan paparannya bilamana kita sebagai manusia boleh memanfaatkan alam untuk kebaikan dan kegunaan orang lain walaupun ia merupakan sedekah beberapa biji batu!

Halaman 24 memaparkan pula bagaimana seorang budak boleh jadi lebih kaya daripada seorang berharta dunia.

"Setiap manusia lahir dalam keadaan baik. Tetapi tidak akan menjadi lebih baik tanpa ilmu dan pengalaman" - Abu Nuwas #1, halaman 52.
Review Komik Abu Nuwas
Ok. Anda tentu tertanya-tanya mengenai apa yang saya perkatakan di atas, maka adalah lebih molek jika anda sendiri mendapatkan komik Abu Nuwas ini. In Sha Allah, anda akan melakukan sesuatu yang lebih dari segala membaca sebuah komik kisah-kisah alaf baru.

Komik Abu Nuwas terbitan pertama ini telah pun capai penjualan sebanyak 1000 nashkah, ia sebuah komik dengan gred kertas berkualiti art card 128gsm. Halaman 100 peratus berwarna 54 muka, dalam saiz A5 yang dibinding sempurna.

Cara Nak Dapatkan Komik Abu Nuwas

Setakat entri ini ditulis, bagi yang berminat nak mendapatkan nashkah pertama komik Abu Nuwas boleh lakukan sekarang menerusi pautan ini - http://www.projekiqra.com/product/komik-abu-nuwas-siri-1/

Dan setelah memdapatkan komik ini, boleh join komuniti Abu Nuwas di sini - Gang Abu Nuwas

Anda juga boleh support Projek Iqra' yang lain dengan mendapatkan info di laman web Projek Iqra' dan juga Facebook Projek Iqra'.
Komik Abu Nuwas best

p.s: Kantoi anak saya Zikri kuku panjang ... lepas ambil gambar terus nak potong kuku ... haha.

2 comments.. read them below or add one

weschairs weschairs January 07, 2015
Kecik Kecik dulu rajin baca kisah abu nawas ni... Memang best banyak unsur unsur pengajaran dan tauladan
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy January 11, 2015
wau bgus untuk kanak2 - kedaionlinemy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.