Buat apa nak ada blog, buat apa susah-susah cari rujukan dan panduan untuk bina dan buat blog mudah, seandainya dalam diri tak minat sangat untuk menulis. Konsep penting untuk menjadi seorang penulis blog yang bagus dan terbaik tahap singa kelaparan melahap kambing berehat di bawah pokok ialah kena ada minat untuk menulis.

Jika ada baca Rahsia Mudah Dapat RM1000 Sebulan Dengan Menulis, tentu dah tahu kriteria penting ini. Tak minat, jangan tulis; lagi-lagi andai fikir nak jadi penulis blog semata nak buat duit online. Tak akan menjadi punya. Mesti ... mesti nak ada minat. Dari minat itu akan datang skill termasuklah skill untuk menulis untuk tujuan robot Google suka dan sayang ketat-ketat.

Jangan Jadi Blogger Jika Tak Minat Menulis!

Dengan minat yang tersangat mendalam, skill akan digilap dengan sangat mudah. Minat membawa kepada iltizam dan usaha kuat berterusan. Tak putus asa walaupun bertalu-talu dikecewakan. Dunia blog memang kejam, tapi tidaklah sekejam zionist Israel.

Saya tertarik dengan blog ini - http://goo.gl/Ydmkc7

Kerana apa? Sebab dah nampak jalan terang dalam dunia blog. Sedar silap diri kat mana, walaupun nyata mahu jadi diri sendiri di dalam dunia blog Malaysia. Bagus begitu.
Saya nampak minat itu ada, itu sebab dari kelam mula nampak terang. Bila dah ada semangat nak teruskan minat dalam dunia penulisan blog, maka perkara-perkara berkaitan dengan blog akan kita cari dan gali.

Semua blogger dah tahu ada pelbagai cara nak dapat duit dengan blog. Maka, kena fokus satu persatu untuk tingkatkan kemahiran. Jadikan satu-satu target itu buat sehingga berjaya. Katakan mahu jana income menerusi affiliate KlikJer.com; pastikan anda terima komisen pertama dari KlikJer.com. Kena. Perlu. Wajib kena capai.

Menulis Blog Kena Ada Disiplin

Menulis blog kena ada disiplin. Mesti tahu menguruskan masa dengan baik. Jika nak belajar mengenai pengurusan masa, jangan tunggu-tunggu boleh baca sambil baring Panduan Menguruskan Masa. Tak kiralah anda student ke, anak dara tumit merah jambu ke, mak budak yang dah beranak lima ke, kalau bab pengurusan masa tak dijadikan benda penting untuk disiplin diri sebagai penulis blog, anggap sahaja dunia blog anda akan kelam selamanya ... hoho.

Mahu dapat ilmu-ilmu percuma tentang dunia blog ... maka harus wajib kena sering singgah dan baca blog blog rujukan dan panduan. Rajinkan diri komen dalam bentuk pertanyaan. Nak lagi mudah, langgan newsletter atau bookmark blog tersebut untuk rujukan akan datang.

Jangan jadi blogger jika tak ada minat menulis. Bab penting dalam diri seorang blogger yang mahu berjaya cemerlang dan gemilang dalam apa jua misinya.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

15 Komen

saya memang minat menulis walaupun hasil penulisan belum mencapai mutu terbaik

Reply

Bro HH...saya suka hujah bro yg ringkas ini, saya ni bro mmg kuat bercakap...saya suka bercerita, itu sebab saya suka menulis...lega bila dapat menulis apa yang hati kita nak luahkan...maksud saya pengalaman kita...itu yg boleh bg input kepada orang lain...

Reply

best....menulis itu yang bestnya....dapat mencurahkan idea kita.

Reply

Kena tgk apa yang ditulis, sebb bila menulis kita juga belajar ...:) macam kita buat nota ringkas time belajar2 dulu

Reply

Ya. betul. Pengalaman kita semua tak sama, macam apa yang Julia katakan, mungkin tajuk sama, tapi hujahnya lain - ada pendek, panjang ... hoho

Reply

betul tu.. jika berblog sbb ikut kwn mmg xkn jadi apa..

Reply

bab displin tu memang betul sangat. kena pandai uruskan masa kalau dah `terjebak` dengan blogging nie. mencabar jugalah..hehe..

Reply

input yg berguna bro HH.. saya suka menulis.. dan saya suka pelbagaikan..cuba tulis sesuatu yang baru.. masih lagi dalam peringkat baru nak mengenal dunia penulisan..huhu... saya setuju bab disiplin tu..

Reply

terbaikk . lama dah follow blog tu :)

Reply

Satu 'tempelak' yang benar. A wake up call. Well said, bro. Saya jelak dan menyampah bila ada blogger yang merungut sebab kena menulis entry. Malas nak menulis, takder idea nak tulis..dan sebagainya. So why at the first place you decided to be a blogger? Macam nak survive dalam hidup. Nak kerja makan gaji, or nak bisnes. Kalau bisnes, nak bisnes apa. Something that derive from our interest andddd our skills. So, kalau tak minat, tak ada skill, kenapa nak cuba2?

Sorry, saya masih blogger yang hanya di lingkungan luar. Mungkin tak layak berkata panjang lebar di sini. Objektif saya ialah untuk menulis. Sedari awal..itulah objektif saya. Perlu rekodkan beberapa kejadian hidup, perlu berkongsi pendapat dan perlu berkongsi panduan selain diselitkan sesi luahan hati. Namun, income belum mampu saya nak kejar. Saya cuma enjoy menulis. Basically, to blog is to write. A basic principle. Agree?

Reply

Ya, saya setuju. Semasa awal saya menulis blog, hari2 saya tulis blog tanpa jemu, masa cuti pun saya menulis dan update blog. Masa tu kegilaan update entri sehari berbelas memang jadi rutin.

Saya suka menulis ... malah saya ingin menulis setiap apa yang berlaku dalam hidup, apa yang saya suka buat, tidak suka .... dan macam2 lagi termasuk berkaitan anak-anak.

Blog adalah ruang untuk meluahkan sesuatu yang kita tidak biasa cakap di luar kerana ada masa kata-kata itu bahaya untuk diucapkan. Jika menulis, kita boleh padam dan semak apa yang kita nak cakap.

Reply

serius, memang tak berapa minat sebenarnya.

hehe

Reply

Minat menulis sebab tu berblogging. Cuma takde banyak yang nak diceritakan dalam blog ;D hehe

Reply

saya baca entri ni petang tadi. Kena la kat batang hidung ni. Terima kasih kat bro HH sebabkan entri ni saya berjaya publish 1 entri utk blog yang sekian lama lumpuh tu. Dan malam ni jugak dah siap beberapa entri lain dalam draf. Thanks, bukan setakat wake up call tapi, terasa macam kena hukum pulak. Sedih bila tengok blog sendiri terbiar.
-Cuma, saya bukan blogger la...

Reply

setuju, kalau takde minat mendalam bukan senang nak disiplin tulis entry..kalau ada minat mendalam, tak tulis tu yg buat kita tak senang duduk

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.