Skip to main content

Awek Itali Jadi Penebar Roti Canai

Awek Itali jadi penebar roti canai. Uhh siapa sangka ye kan? Disebabkan awek cun dari Italy bernama Chantal Viola ini, ia telah menarik minat orang ramai, lalu melariskan gerai atau warung roti canai.

Bukan setakat tu je, gambar-gambar yang merakamkan aksi Chantal Viola telah dimuat-naik ke laman sosial dan telah menjadi viral di beberapa page tertentu. Maka, makin larislah warung roti canai tempat Chantal Viola menunjukkan skillnya.

Awek Itali Jadi Penebar Roti Canai

Awek Itali Jadi Penebar Roti Canai
Sebenarnya awek Itali ini merupakan pelajar yang mengikuti satu program pertukaran pelajar di Kedah. Dia dikatakan membantu jirannya berniaga di warung roti canai di waktu hujung minggu. Penampilan awek Itali ini yang bertudung juga merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung ke warung roti canai tersebut, walaupun sebenarnya dia bukan beragama Islam.

Awek yang dikatakan boleh berbahasa Melayu ini yang berasal dari Rome, Itali mengambil ikhtiar untuk membantu jirannya kerana mahu memahirkan diri dalam penguasaan bahasa Melayu, selain belajar mengenai cara berkomunikasi dengan orang kampung. Bertudung adalah salah satu cara untuknya lebih mudah dan mesra berhubung dengan penduduk kampung dan pelanggan gerai roti canai tersebut.
Gadis Itali Jadi Penebar Roti Canai di Kedah
Gadis Itali Jadi Penebar Roti Canai di Kedah
Hmm .. ini bukan pertama kali kisah gadis cantik, awek 'mari' jadi penebar roti canai, dan jadi viral di internet. Sebelum ini kisah gadis cantik jadi penebar roti canai di Singapura juga telah jadi viral dan berjaya menaikkan nama kedai ibunya seantero Singapura. Anda boleh saksikan video gadis penebar roti canai dari Singapura tu di sini - Kisah Gadis Penebar Roti Canai di Singapura

Saya nak highlight bagaimana gambar serta video boleh menjadi pelaris untuk sesebuah perniagaan dan bisnes. Apatah lagi apabila ia dikongsikan di laman sosial seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Comments

  1. memang laris la kedai tu ...pandai die tebar roti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. tebar roti susah ke ehh?

      Delete
  2. yang pasti awek itali itu sangat cantik..walaupun bertudung..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haha. Ye, pelaris ... wanita memang pelaris.

      Delete
  4. Memang havoc cerita penebar roti canai dr Italy yg bertudung manis di laman sosial.

    ReplyDelete
  5. pandai dia menebar roti canai tu..brp lama dia belajar utk jadi pandai....motivasi utk semua, jika ada kemahuan pasti ada jalan..

    ReplyDelete
  6. Agaknya makan sekeping pun tak cukup roti canai tu kalau minah Italy ni tebar...

    ReplyDelete
  7. Dia ikhlas nak tolongnya.... semoga dia mendapat hidayah Allah.

    ReplyDelete
  8. Serius beliau pandai tebar roti. Memang perlaris terbaik. :)

    ReplyDelete
  9. Jadi bini pun dah boleh ni...mesti terer tumbuk sambal belacan dan buat gulai tempoyak ni...

    ReplyDelete
  10. Ni baru betul2 kawin mat saleh kampung namanye...

    ReplyDelete
  11. Comelnye lahai awek ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.