Apa Itu CTR?

Apa itu CTR? Haa .. CTR atau Click-Through-Rate ialah salah satu istilah penting kalau anda mahu jana income blog menerusi ruang pengiklanan. CTR inilah yang akan memancing pengiklan untuk terus kekal tetap dan memilih blog anda untuk meletakkan iklan terutama iklan berbentuk banner yang ada pelbagai saiz.

CTR ini juga berkait rapat dengan kedudukan banner iklan kita. Anda seharusnya tahu untuk meletakkan banner iklan berkesan di lokasi yang betul dan strategik supaya dapat tingkatkan nilai CTR ini.

Ok. Tak faham CTR kan?

Apa Itu CTR?

Apa Itu CTR?
Click-Through-Rate ialah peratus orang klik pada iklan atau kempen pemasaran kita, ini termasuklah iklan berbentuk teks link dan juga banner, dan boleh juga untuk mengukur tahap keberkesaan blog post yang berbentuk advertorial.

Cara Kita CTR Iklan Dalam Blog

Bagaimana nak mengira CTR ini? Asasnya cukup mudah.

Katakan 100 orang lihat iklan banner di blog. 10 orang klik iklan banner tersebut. Maka CTR untuk banner iklan tersebut ialah 10% (100 bahagi 10). Fahamkan? Simple matematik je ni ... student darjah enam pun boleh buat sambil tutup mulut .... hoho .. :P

Nilai CTR ini boleh dijadikan sebagai sumber kekuatan blog kita seandainya kita mahu approach pengiklan. Ia adalah simbol tarikan (attraction). Lagi tinggi CTR, bermakna sesiapa yang singgah blog kita suka nak klik iklan banner atau teks yang kita letakkan.

Nilai CTR ini juga yang menjadi antara modal atau pengukur untuk peluang diberikan pengiklanan lebih lumayan dari medium pengiklanan blog seperti Nuffnang, Innity, Advertlets, H12, Komli malah affiliate seperti Lazada. Seandainya satu-satu banner yang dipaparkan menerusi platform pengiklanan ini ada CTR yang bagus, maka akan keraplah banner iklan itu keluar di blog. Sekaligus meningkatkan potensi income dijana hasil dari pengiklanan ini.

Jadi, adalah penting untuk memastikan CTR banner blog anda mendap nilai yang tinggi ...  caranya, nanti saya akan ceritakan di lain episod entri ... :)

{ 9 comments.. read them below or add one }

Wan Fatihanum Wan Rusli Wan Fatihanum Wan Rusli January 27, 2015
ala baru nk syok baca dah habis hehehe
Nani Nani January 27, 2015
ada sambungan lagi rupanya....
Najib Ariyan Najib Ariyan January 27, 2015
tengkiuuu... info yg sangat bermanafaat
Hajar Rash Hajar Rash January 28, 2015
tak sabar nak baca entri sambungan =)
Along Polimas Along Polimas January 28, 2015
Terima kasih HH..
Banyak info yg berguna..
CTR nie lbh kpada berapa org yg klik bukan base kpada traffic visitor..persoalan saya..adakah pihak pengiklan melihat kpada traffic visitor???
Mama Lina Mama Lina January 28, 2015
Pendapat sy, traffik penting, semakin tinggi traffic semakin tinggi 'kebarangkalian' visitor akan klik iklan di website kita, hoho mmg dah ala matematik dah ni :)
muhammad hafizi muhammad hafizi January 30, 2015
dah lama tak singgah blog ni, wau teruja dengan apps klik klik heheh. CTR famous untuk google ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.