Pasangan 'Bergaduh' Facebook Dapat Tajaan Setahun Zalora

Masih ingat dengan pasangan yang 'bergaduh' mengenai Zalora di media sosial Facebook? Saya ada kongsikan di fanpage blog ini. Status si suami yang menghantar mesej ke pihak Zalora Malaysia itu telah menjadi status viral di internet dan laman sosial Facebook.

Hoho. Saya pun tak sangka bahawa pihak Zalora akan bereaksi dengan status yang dikeluarkan oleh Radzi Ali berkaitan isterinya yang bernama Nuzaimah. Panjang juga interaksi yang berlaku. Serius memang seronok membacanya.

Ramai yang telah kongsikan mesej Radzi Ali ini, dan ramai juga telah memberikan komen-komen yang boleh buat pecah perut. Memang terhibur. Akibat daripada mesej yang telah menjadi viral ini, Zalora semakin dikenali, dan ramai yang mula nak tahu mengenai Zalora online shopping.

Pasangan 'Bergaduh' Facebook Dapat Tajaan Zalora Selama Setahun

Pasangan Virak FB Radzi - Nuzaimah Dapat Tajaan Zalora

Usik-mengusik pasangan sweet Radzi dan Nuzaimah ini telah mencetuskan satu fenomena luarbiasa tanpa disangka. Dan .... mungkin rezeki pasangan ini, Nuzaimah yang sedang sarat mengandung akhirnya menerima kejutan dari pihak Zalora.

Nah .. layan gambar-gambar pasangan ini yang memang nampak syok menerima kejutan dari Zalora Malaysia. Untung badan, kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... ye tak?
Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali

Perghh ... saya yakin ramai pelanggan-pelanggan Zalora terkedu dan rasa _____ sambil nganga mulut melihat pasangan saling mengusik Radzi dan Nuzaimah mendapat pelbagai barangan dan produk dari Zalora ini.

Saya difahamkan Nuzaimah mendapat penajaan selama setahun daripada Zalora kerana pasangan 'bergaduh' ini telah berjaya melonjakkan nama syarikat Zalora menerusi media Facebook. Status Radzi Ali menjadi viral tanpa disangka, dan akhirnya Zalora memberikan penghargaan berbentuk tajaan barangan Zalora kepada pasangan ini.

Nuzaimah Komen Status Mesej Suami

Sempat juga si Nuzaimah ni komen di status Fanpage blog ini ... memang cool je, jadi tak salah kot Zalora berikan penajaan setahun ni ..

Banyak kasut si Nurzaimah ni dapat, harap Zalora tak bagi size kasut yang tak boleh muat dek kaki .. hoho .... :P



Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali
Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi AliZalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali

Saya boleh kata, inilah rezeki tak disangka, mungkin rezeki anak pasangan ini yang bakal lahir. Saya ucapkan tahniah kepada mereka, dan berharap Nuzaimah akan melahirkan anak dengan sempurna dan baik.

Ehem .. jangan bagi nama anak Zalora dah la ye .. hoho .. pilihlah nama anak yang baik, yang ada makna yang bagus ... dan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Oh ya, dengar-dengarnya suami Nuzaimah nak berentap dengan Zalora dengan jenama Levida .. hehehe... adehh nih leh viral gak ni ..


Kredit Gambar: Fanpage Zalora Malaysia

{ 23 comments.. read them below or add one }

blogger lelaki blogger lelaki December 04, 2014
nampak tak diaorang punya permainan...penangan viral laman sosial
Encik SOHO Encik SOHO December 05, 2014
marketing strategy yang baik oleh ZALORA. win win situation. rezeki anak dalam perut tu. hehehe :)
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid December 05, 2014
memang win-win situation sungguh. tersengih saya masa mula2 baca kisah nie.. :D
Aimaniman Ezaiza Aimaniman Ezaiza December 05, 2014
Bijak... teknik menasihati isteri secara berhemah, rumahtangga selamat, isteri semakin sayang dan rezeki pun dapat, so pd suami2 bersikap bijak le menangani karenah isterimu....
mselim3 mselim3 December 05, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

untunglah... rezeki anak.. dapat penajaan daripada zalora.. murah rezeki.. Amin.

mselim3
Aimaniman Ezaiza Aimaniman Ezaiza December 05, 2014
Bijak... teknik menasihati isteri secara berhemah, rumahtangga selamat, isteri semakin sayang dan rezeki pun dapat, so pd suami2 bersikap bijak le menangani karenah isterimu....
Aimaniman Ezaiza Aimaniman Ezaiza December 05, 2014
Bijak... teknik menasihati isteri secara berhemah, rumahtangga selamat, isteri semakin sayang dan rezeki pun dapat, so pd suami2 bersikap bijak le menangani karenah isterimu....
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 05, 2014
Wah bertuah pasangan ni...tu lah org kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu kan...tapi nampak gaya mcm barangan utk org pompuan je...yang lelaki takde barang ke??
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins December 05, 2014
Tak sangka Zalora boleh layan even mesej macam ni ka, kalau macam tu boleh try dengan Lazada pula kot lepas ni
yang baik Ishak yang baik Ishak December 05, 2014
untunglah... boleh bergaduh selalu... hehehe
Abdullah Idris Abdullah Idris December 05, 2014
Assalamualaikum HH,

Apa yang boleh diambil pengajaran dalam cerita di atas ialah kebijaksanaan (kreativiti) kita dalam mempelbagaikan strategi pemasaran.

Kemudian, satu lagi pengajaran yang boleh diambil ialah penghargaan dari pemilik perniagaan terhadap pelanggan mereka.

Apabila pelanggan menerima penghargaan dengan tidak disangka-sangka, percayalah pelanggan pasti akan rekemenkan jenama perniagaan kita kepada rakan mereka,

siti rosnah siti rosnah December 05, 2014
wah...dapat sponsor untuk setahun..dasyatnya..agak kelakar bila official zalora komen 'hahaha'...bagus dapat suami gini..rezeki datang tak disangka-sangka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 06, 2014
Memang syok, setahun tu ... penuh rumah dengan barangan dari Zalora je nanti .. haha
Aminin dotmy Aminin dotmy December 06, 2014
Cuba bagi ayat kat Trivago pula, mane tau dapat hotel n flight ticket ke london plak.. haha
nadia mansor nadia mansor December 06, 2014
bestnya..tu la orang cakap rezeki tak disangka..stok baju n kasut setahun pulak tuuuuuu....nak ajak husband gaduh jugak ..hihi
Denaihati Denaihati December 06, 2014
sangat berbaloilah, senyum sampai ketelingalah jawabnnya....heeeee.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 07, 2014
Terpinga2 laki dia kesukaan...tapi mesti dia bisik kat org umahnye "lepas setahun ni, dah jangan beli kat Zalora lagi tau"...
AZENI AHMAD AZENI AHMAD December 08, 2014
Memang kelakar sangat cerita Zalora nie..
Yela secara tidak langsung promosikan secara free kan zalora sebab tue dapat sponsor kan.
Memang rezeki anak dia la.
Gurau senda di laman sosial yang boleh berikan kebaikan.
Hehe.
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad December 09, 2014
setuju... laman sosial berperanan besar dlm menaikkan bisnes dan blogger ^__^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.