Kursus krew kabin dan bengkel imej diri dari Olives Academy. Berminatkah anda dalam bidang pengurusan kabin kapalterbang? Mahukah anda terbabit dalam sektor aviasi atau penerbangan Malaysia? Atau mahukah diri anda tampil menarik dan pertingkatkan imej diri? Jika ya, anda boleh dapatkan di Olives Academy.

Olives Academy ialah pusat latihan aviation dan hospitality. Ia merupakan pusat untuk melatih mereka yang berminat untuk terbabit dalam bidang aviasi (aviation) dan juga berkaitan hospitaliti. Dan dua bidang ini turut sama disekalikan dengan bengkel untuk pertingkatkan imej diri yang merupakan antara perkara penting di dalam bidang yang telah saya sebutkan tadi.

Krew Kabin Malaysia Terbaik di Dunia

Kursus Untuk Menjadi Pramugari 2016
Mungkin ada yang tidak tahu, Malaysia mempunyai pengiktirafan peringkat dunia di dalam hospitaliti penerbangan dan juga krew kabin pesawat komersil antarabangsa. MAS misalnya telah mendapat beberapa kali anugerah berkaitan ini. Setuju atau tidak, perkara ini sangat baik untuk imej negara terutama dalam industri pelancongan.

Satu lagi perkara menarik yang ramai tidak tahu, krew kabin dari Malaysia mendapat perhatian syarikat penerbangan antarabangsa yang lain terutama untuk penerbangan ke Timur Tengah. Reputasi ini menjadikan permintaan untuk dapatkan krew kabin dari Malaysia adalah tinggi, dan seterusnya membuka peluang lebih kepada mana-mana individu yang bertugas di dalam krew kabin penerbangan Malaysia.

Terlibat sebagai salah seorang krew kabin bukan satu tugas mudah. Penampilan diri, cara komunikasi, teknik melayan penumpang di kabin penerbangan adalah antara perkara yang perlu diambil berat dalam bidang aviasi terutama untuk mereka yang bergelar pramugari dan pramugara.
Kursus Krew Kabin serta Bengkel Imej Diri Olives Academy

Pelancong asing yang datang ke Malaysia, mereka akan terlebih dahulu bertemu dengan mereka yang berada di kabin pesawat.Tanggapan pertama mereka tentang Malaysia akan bermula sebaik sahaja langkah mereka berada di dalam kabin penumpang. Dan dek kerana inilah sangat penting mereka yang bergelar pramugari dan pramugara menampilkan imej diri yang menarik, memikat dan penuh dengan senyuman manis.

Kursus Krew Kabin Bengkel Imej Diri Olives Academy

Olives Academy boleh bantu melatih untuk menjadi seorang krew kabin yang terbaik di mata dunia. Malah, bukan setakat menjadi seorang krew kabin yang mesra, bertanggungjawab, ramah dan sopan tetapi juga menampilkan imej diri yang membawa kepada imej yang sangat baik untuk negara.

Olives Academy menyediakan tempat latihan dan praktikal yang selesa di samping kemudahan lain untuk merealisasikan mereka yang belajar menjadi seorang krew kabin terbaik. 
Kursus Krew Kabin Bengkel Imej Diri Olives Academy
Tidak hanya menumpukan kepada kursus krew kabin (cabin crew), Olives Academy juga memberikan peluang kepada mereka yang mahu tampil menarik dan pertingkatkan imej diri untuk lebih persona, lebih karisma dan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.

Olives Academy (1100079-W) adalah sebuah syarikat berdaftar yang menyediakan kursus berkaitan persediaan menjadi krew kabin, hospitaliti dan juga bengkel untuk meningkatkan imej diri tampil menarik.

Olives Academy provides Airlines Cabin Crew Course, Hospitality, Customer Service, Interviewing Skills and Leadership Skills.

Trainers are former airline employees with extensive experience in recruitment, training and management of cabin crew.

Head of trainer formerly has extensive and exposure experience in Operation Management, Project Planning, Customer Interactions, Retail, F and B Management, Sales and Marketing, Training Development , Recruitment and Hiring for Cabin Crew, Pilot, F and B Staffs and had exposure working in Kuala Lumpur, Penang, London, Dubai and Jeddah.

Berita sangat baik. Kursus krew kabin serta bengkel imej diri oleh Olives Academy sedang ditawarkan kepada mereka yang berminat. Pengambilan peserta atau pelajar untuk kursus krew kabin akan dimulakan pada awal 2016.

Untuk info lanjut:
Kursus Krew Kabin serta Bengkel Imej Diri Olives Academy



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement