Bisnes Online Mudah

Wujud tak bisnes online mudah? Jika ada yang tanya saya, saya akan katakan memang wujud bisnes online yang mudah. Mudah yang saya sifatkan ialah tidak perlu ada modal besar, dan tidak perlu ada kedai. Apa yang perlu anda ada ialah kerajinan dan sedikit kreativiti.

Inilah kelebihan memiliki bisnes sendiri secara online. Anda boleh ada bisnes dan perniagaan sendiri dalam masa 24 jam. Bukan bisnes tangkap muat, tetapi bisnes yang benar, bisnes yang berdaftar. Bisnes online yang saya maksudkan bukan bisnes tipu, bukan skim cepat kaya, mahupun bisnes MLM.
Bisnes Online Mudah
Bisnes online mudah yang saya mahu ceritakan ialah bisnes menjual produk orang lain menerusi affiliate. Bisnes yang tidak perlu fikir soal modal besar. Bisnes yang tidak perlu fikir soal mempunyai kedai, kena bayar bil itu ini, atau untuk simpan stok.

Affiliate - Bisnes Online Mudah

Apa itu affiliate? Affiliate ialah bisnes di mana seseorang itu mendapat komisen hasil jualan produk yang dipromosikan. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda, dan kemudian peroleh komisen seandainya ada yang membeli produk tersebut.

Saya suka buat duit online dengan affiliate. Ia merupakan antara bisnes online mudah yang boleh diceburi hanya dalam masa kurang 10 minit! Tanpa perlu susah payah nak hantar produk, tanpa perlu susah payah nak terima bayaran, segalanya automatik diproses oleh sistem affiliate yang digunakan.

Ramai blogger yang telah berjaya buat duit online menerusi affiliate ini. Ia bisnes online yang menguntungkan. Ini adalah kerana anda dibayar komisen yang tinggi, ada sehingga 70 peratus daripada harga produk. Bayangkan ada produk affiliate laris dijual dengan harga RM100; dan anda mendapat komisen RM70 untuk satu produk terjual! Satu produk sehari, jika 10 hari sudah dapat RM700. Agak-agak cukup tak bayar duit kereta seperti Perodua Axia?

Bisnes online mudah menerusi affiliate anda tidak perlu ada blog atau laman web seperti sesetengah perniagaan online. Guna SMS pun anda boleh buat duit dengan affiliate ini. Ia bisnes yang mempunyai seribu satu cara untuk dipromosikan, dan membolehkan anda menjana income yang lumayan seandainya ia laris bak pisang goreng panas.

Ada di antara anda mungkin dah ada bisnes sendiri. Namun, jangan sesekali pandang sepi kelebihan promosikan produk affiliate di halaman web atau blog bisnes anda itu. Ia mungkin boleh menjadi pendapatan sampingan yang baik. Apatah lagi seandainya anda tahu memilih produk affiliate yang ada kaitan dengan bisnes hakiki anda, atau bisnes online utama anda.

Nak bisnes online sendiri? Daftar percuma, modal juga tiada - http://bit.do/involve-asia

Memang ada banyak bisnes online berbentuk affiliate yang boleh anda promosikan berkaitan dengan produk atau jenama sendiri. Contohnya, anda buat bisnes online mengenai kek; maka bolehlah anda promosikan mengenai produk affiliate cara buat kek coklat atau panduan buat kuih raya.

Oh ya, lupa nak bagitahu, pendaftaran affiliate ini adalah percuma, anda tidak perlu bayar sesen pun untuk dapatkan komisen jual produk online ini. Menarik bukan? Dah la daftar percuma, pastu leh buat komisen sampai 70 peratus, pastu tak perlu nak susah payah fikir macamana nak dapatkan komisen, kerana segalanya automatik.

Affiliate pula tidak akan jejaskan status Glitterati untuk blog atau laman web yang ada platform iklan Nuffnang. Malah, ia tidak akan ganggu sedikit pun dengan mana-mana platform iklan. Affiliate boleh dikirakan sebagai binses online mudah anda sendiri, tanpa perlu orang lain kacau daun tentangnya.

Maka, seandainya terfikir nak mulakan bisnes online sendiri dengan mudah, fikirkanlah mengenai affiliate ini.

{ 25 comments.. read them below or add one }

Aminin dotmy Aminin dotmy December 06, 2014
Satu perkongsian yang agak menari untuk menjana pendapatan melalui online.
Baru nak mula ni... tolong support
zaza zehra zaza zehra December 06, 2014
baru je try affiliate ni..tp belum promosikan lagi..hehe...kena kena rajin sikit la zaza ni jawabnya nti :D
nadia mansor nadia mansor December 06, 2014
wow..kita first time tau sistem affiliate ni boleh apply kat blog dgn hasillkan entry yang best..betapa naifnya aku..

insyaallah ,nak jugak mencuba
Hypnotist Blogger Hypnotist Blogger December 06, 2014
Dapat ilham mulakan blog selepas baca blog HH. tq.
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin December 06, 2014
terpengaruh plak rasa nak cuba affiliaite setelah HH menyebut walau dah ada blog melariskan vitamin shaklee ni hehehe.mmg mak jemah boleh dikata 100% bergantung pada blog untuk melariskan jualan shaklee, namun idea affiliate menarik juga untuk dicuba sebagai penambah perisa dalam blog, nak dapat duit kena sentiasa bijak spt HH hehee
Sally Yatiey Sally Yatiey December 06, 2014
Affiliate ni memang menarik jugak kan ;D
Denaihati Denaihati December 06, 2014
Ramai yg dah berhasil, yg belum selamat memulakan bisnis affiliate ni.
Etuza Etuza Etuza Etuza December 06, 2014
Asalam tahnia kepada blogger yang berjaya di laman online bisnes..rezeki diorang ya HH
Sentiasa Panas Sentiasa Panas December 06, 2014
Bukan mudah sebenarnya. Paling penting jenama diri sendiri kena bina terlebih dahulu. Misalnya, blog HH..:)
syami syami December 06, 2014
affiliate ni...kalau pandai buat promosi memang mudah nak buat duit
salmiah awang salmiah awang December 06, 2014
wah!!...nanti nak godam-godam lagi affiliate lain.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 06, 2014
Affliate perlu modal idea yang kreatif seperti seorang pakar SEO...andai ingin menjadi pakar mesti berguru kalau tidak, meleleh jele...
kedaionlinemy.com kedaionlinemy.com December 07, 2014
affiliate ni perlukan kerajinan, tak boleh sambil lewa jer, blog kena selalu update :-)
blogger lelaki blogger lelaki December 07, 2014
nak buat duit nie kana rajin la..rajin cari ilmu, rajin belajar, rajin praktik dan rajin berusaha
kakiblog kakiblog December 07, 2014
affiliatte mudah pada teori namun praktikal cukup mencabar..sebab promosi yang gila-gila boleh menghasilkan jualan
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 08, 2014
Affliate yang memerlukan teknik yang betul...berguru dgn yg pakar spt tuan HH ni...ternyata tak rugi...
kamil salleh kamil salleh December 08, 2014
Ramai yg dah kaya dpt komisen dgn affiliate.
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid December 08, 2014
affiliate nie antara yg saya rasa menarik..cuma belum sempat utk kaji lbh lanjut. manalah tahu ada rezeki dengann affiliate pula kan..
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad December 09, 2014
ya affiliate memang bisnes termudah dan terbest sekarang ini. tak sabar nk bljr di seminar tu nanti ^__^
BM BM December 09, 2014
Ianya sangat mudah untuk diaplikasikan tetapi perlukan ilmu untuk berjaya dan mampu menjana duit...
Syahril Hafiz Syahril Hafiz December 09, 2014
Yup tak dinafikan, sepenuh masa untuk bisnes online ni memang mudah. Kalau separuh masa ada teknik yang betul pun senang nak jana income melalui affliate. Tapi kena gi seminar Denaihati la..saya tak pi..huhu sadis #sibukkerjadunia
Servis Murah dan Terbaik! Servis Murah dan Terbaik! December 09, 2014
bisnes ni sebenar benda subjektif...Ada orang kata bisnes affiliate senang...ada orang kata ebay senang..ada orang kata adsense senang...Semuanya bergantung kepada skill masing2...ini pandangan saya sja...
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 09, 2014
Buat blog dengan ikhlas dan berinformasi...pasti ramai yg suka...InsyaAllah trafik boleh meningkat...
kedaionlinemy.com kedai online murah kedaionlinemy.com kedai online murah December 18, 2014
kalau orang nk beli sesuatu..pasti orang pastikan blog tu mesra pelanggan dahulu baru orang percaya.. siapa setuju?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.