Langkau ke kandungan utama

1001 Memori Pasar Karat

Pernah dengar nama Pasar Karat? Ada beberapa lokasi Pasar Karat di Malaysia ni, tapi seingat ingatan sayalah, dan dalam hidup saya, ada tiga Pasar Karat yang terkenal dan boleh saya katakan antara terawal wujud di Malaysia. Pasar Karat Penang, lebih dikenali sebagai Rope Walk (Rokwok) dan di Ipoh dikenali sebagai Loken. Yang ketiganya ialah Jonker Street di Melaka.

Ada beberapa lagi Pasar Karat di Malaysia. Di Kuala Lumpur pun ada, kalau tak silap saya berhampiran Petaling Street. Di Negeri Sembilan pun ada, begitu juga di Johor. Tetapi sejak tahun 1993 semasa di tingkatan lima, saya dah kenal 3 nama Pasar Karat tadi. Daripada 3 Pasar Karat popular tersebut, Pasar Karat Rope Penang dan Pasar Karat Ipoh adalah lokasi yang pernah saya pergi.

1001 Memori Pasar Karat


Pasar Karat Rope Walk, Lorong Kulit Penang

Pasar Karat Rope Walk, terletak di Lorong Kulit, berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang, dan lokasi akhir saya ingat ialah medan letak kereta depan workshop TNB dan workshop bas RapidPenang. Kenapa Rope Walk sedangkan ia terletak di Lorong Kulit? Ada cerita yang mengatakan asal usulnya pasar karat ini ialah berdekatan Komtar iaitu di Jalan Pintal Tali. Ia kemudian diubah lokasi atas sebab-sebab tertentu, kemungkinan besar kerana ketiadaan tempat parkir kenderaan.

Pasar Karat Rope Walk, Lorong Kulit memang besar. Banyak peniaga yang menjual pelbagai barangan dari skru kecil terpakai sehinggalah bahan binaan rumah. Banyak peniaga baju dan seluar jeans berjenama tiruan pun boleh dijumpai di pasar karat ini.

Saya pernah lihat demonstrasi batu timbul, demostransi tangan kena bakar api, demostarasi keluarkan ulat dari muka di Pasar karat Rope Walk ini. Memang macam-macam ada, yang jarang-jarang anda dapat jumpa di tempat lain.

Pasar Karat Loken, Ipoh

Pasar Karat di Ipoh ada cerita dan sejarahnya tersendiri. Dulu, lokasi asalnya ialah berhampiran dengan Sungai Kinta, kini telah berpindah ke Memory Lane. Sebelum ke Memory Lane, Pasar Karat Loken terletak di Jalan Laxamana. Ada kata namanya disebabkan lokasi itu berdekatan dengan Emporium Lam Look Ing. Namun, daripada sumber yang saya dapat, nama tersebut adalah kerana nama pengasas pasar karat ini iaitu taukeh besar lombong bijih terkenal sekitar Kampar dan Ipoh bernama Lam Look Ing sekitar tahun 1970an.


Pasar Karat Loken dulunya kecil, tapi sekarang dah ramai peniaga yang datang menjual pelbagai barangan di sini. Dan pastinya baragan antik adalah antara barang utama. Paling banyak di Loken, anda akan dapati pelbagai barangan timah dan tembaga, kerana itulah keistimewaannya kerana pernah menjadi pengeluar timah dan tembaga utama di dunia satu masa dahulu. Itulah juga yang menjadi tarikan buat pelancong asing yang datang ke Ipoh.

Tempat Mencari Barang Antik dan Rare


Selalunya mereka yang datang ke Pasar Karat sebab nak mencari barang-barang yang rare, yang unik, barang antik, barang yang sukar nak didapati. Di Pasar Karat, anda boleh jumpa barang, produk sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Dan tanpa diketahui ramai, ada pengumpul barang antik luar negara yang datang ke Pasar Karat yang buat duit beribu-ribu dollar dengan beli barang-barang di sini dan jual di negara mereka. Ada juga yang jual secara online kepada pengumpul-pengumpul barang antik seluruh dunia. Di Pasar Karat, barang antik anda boleh beli semurah 50 sen jika tahu tawar menawar.


Pasar Karat memang mengundang 1001 memori lampau. Kalau arwah ayah saya pergi, banyak cerita dia boleh sampaikan hanya melihat sebuah album lama piring hitam Boney-M atau Latif Ibrahim. Malah, jika ternampak barang-barang zaman komunis dulu lagilah banyak cerita dia akan kongsikan dengan saya, apatah lagi bila duit-duit lama Pisang Jepun boleh didapati di Pasar Karat dengan mudah.
Serius, jika anda ke Pasar Karat, anda seolah berada di satu tempat yang sebenarnya satu longgokan cerita sejarah silam lampau yang pada setengah orang banyak memori pahit dan manis. Malah dari sekeping pinggan mangkuk pun ada boleh dapat macam-macam cerita penderitaan dan kebahagian orang-orang terdahulu sebelum kita semua dilahirkan.

Pasar Karat keunikan Malaysia. Ia patut kekal walaupun nanti sudah tiada lagi barang seantik sekarang yang anda lihat dan baca ini.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. first time dengar perkataan "pasar karat". kiranya, flea market kan? :D
    tp byk juga brg dlm gmbr tue yg buat saya terkenang zaman kecik2 dulu. sempat merasa guna seterika arang sblm bekalan letrik masuk ke kampung pada awal 90-an..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tak biasa dengar ke? Hoho .. popular kot Pasar Karat ni ...

      Padam
  2. Loken Ipoh memang antik...serba serbi barang lama boleh didapati di sana...pernah tengok org jual sampah sarap dikatanye ubat..sampai macam tu sekali..

    BalasPadam
  3. kadang-kadang pasar karat ni jual sesuatu yang tak masuk dek akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masuk akal pada kita je, tapi stgh orang ada nilai macam tudung oren tu ... serius ada pengumpul yang cari, sebb dulu perniagaan kita bersifat lebih global, semua benda masuk Malaya ... hoho

      Padam
  4. sekarang ni "car boot sale" pun ok jugak... kalau nak cari barang2 lama... ;)

    BalasPadam
  5. Seronok jalan2 lat pasar karat, banyak benda boleh jadi minat sebenarnya. peminat barangan antik mesti rajin kesana...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum HH,

    Saya berasal dari ipoh perak, tetapi membesar dan belajar di Penang, jadi Loken dan Rokwok yang tuan HH sebut tu memang selalu saya pergi.

    Tetapi sekarang, rokwok saya dah tak pergi sebab dah tinggal dan berkeluarga di ipoh. Loken setiap hari ahad akan dibuka dari jam seawal 8 pagi dah ramai orang.

    Bagi usahawan online, pasar karat yang tuan HH highlightkan ni boleh menjadi tempat mempromosikan perniagaan kita.

    Tak gitu tuan HH?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…