Langkau ke kandungan utama

Sedih. Adsense Tolak Rayuan Buat Kali Keempat!

Sedih. Tak ada rezeki nampaknya menerusi pengiklanan Google Adsense. Ini merupakan kali keempat Google Adsense menolak permohonan rayuan saya untuk kembalikan iklan Adsense ke blog ini. Saya jadi buntu apakah salah silap blog ini sehingga iklan Adsense tidak dibenarkan untuk 'hidup'.

Nak buat macamana ye tak? Sudah masuk kali keempat, saya fikir inilah kali terakhir saya memohon rayuan iklan Adsense enable di blog ini. Sayang sekali kan? Blog ada trafik yang baik, tetapi tak boleh letak iklan Adsense, jadi kenalah cari alternatif lain untuk medium pengiklanan.

Adsense Tolak Rayuan Buat Kali Keempat!

Sebenarnya ada lebih 101 platform pengiklanan untuk blog. Namun, kesetaraan dengan Adsense memang tak ada. Walaupun ada yang nampak sama, tetapi ia tidak membayar seperti Adsense bayar. Keseronokkan Adsense tidak dapat saya rasai lagi. Nampaknya akan ambil masa sedikitlah juga untuk dapatkan cek Google Adsense tahun ni.

Akaun Google Adsense saya masih aktif, malah iklan Adsense masih lagi terpapar di beberapa blog saya yang lain. Tapi memandangkan trafik ke blog-blog tersebut tidak seperti blog ini, maka hasilnya juga tidaklah seberapa, ada memang ada tetapi tersangatlah lambat nak naik dari USD10-USD11 ... mahu makan bulan tu.

Nak tahu apa email balasan dari Google Adsense setelah saya membuat rayuan?

Nah .. silalah baca.

Hello,

Thank you for submitting an appeal. However, after thoroughly reviewing hasrulhassan.com and taking your feedback into consideration, we are unable to enable ad serving to your site again at this time, as your site appears to still be in violation.

Example page where violation occurred: http://www.hasrulhassan.com/

MODIFIED AD TARGETING: Publishers are not permitted to alter the behavior of Google ads in any way. This includes altering the targeting of ads using hidden or irrelevant keywords, or manipulating ad targeting through IFRAMES.

As per our program policies, publishers are not permitted to place AdSense code on pages with content primarily in an unsupported language. This policy is in place in order to ensure the best possible experience for our users as well as our advertisers.

Please take some time to review your site again for compliance. When making changes, please note that the URL mentioned in your policy notification may be just one example and that similar violations may exist on other pages of your website. Appropriate changes must be made across your entire website before ad serving can be enabled on your site again.

If you'd like to have your site reconsidered for participation in the AdSense programme, please review our programme policiesand make any necessary changes to your webpages.

Once you've fully resolved any issues with your site, please review this Help Centre article to learn more about how to create a successful appeal.

We appreciate your cooperation.

Sincerely,
The Google AdSense Team

Ok. Dah baca bukan? Sekarang kepada mereka yang mungkin nak dapatkan akaun Adsense sendiri untuk blog, bolehlah berpandukan apa yang telah mereka emailkan kepada saya ini.

Dan kepada blogger yang baru letak Adsense di dalam blog, pastikan perkara-perkara yang dianggap melanggar terma Google Adsese tidak dilakukan.

Rakaman Webinar Berkaitan Polisi Google Adsense

Jika anda ada masa terluang, bolehlah dengar webinar rakaman ini berkaitan polisi Google Adsense, dan yang berkaitan dengannya.


Semoga entri ini bermanfaat untuk anda semua yang nak buat duit online menerusi Google Adsense.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ada hikmah dan mungkin rezeki lagi banyak di platform iklan lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm in Sha Allah, sekarang dah ada Innity dan Komli. Dua-dua bayar agak tinggi.

      Padam
  2. Boleh cuba lagi lain kali ye Encik HH.

    BalasPadam
  3. Google selalu rasa mereka betul, susah bila dah kena banned nie...macam nampak iklan Innity je kat blog nie, oklah tu, ganti adsense.....haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, baru dapat Innity dua tiga hari ni ..

      Padam
  4. sabarlah HH..insyallah ada rezeki yang lebih baik menanti...siapa tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho... ntah apa yang mereka nak, ramai lagi blogger yang senasib dengan saya ni .. tapi diam je.

      Padam
  5. Tak perlu sedih.. sebab masih banyak peluang..

    BalasPadam
  6. Asalam HH Etuza tengok 4 angka lah HH..wow!! gebat rupanya kan..baru nampak realiti blog diwangkan tapi masih etuza tak faham nak buat..lagi lah etuza tak faham jika nak memandai menjawab. Teruskan usaha ya HH..inshaAllah selesai juga tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Google Adsense dah lama .. legend buat duit online.

      Padam
  7. Insha Allah.. Rezeki Allah Maha Luas...

    BalasPadam
  8. kalau mau bikin lagi guna jasa pembuat akun adsense pak, di indonesia banyak yang jual akun adsense non hosted

    BalasPadam
  9. adehhh.. saya juga pernah merasainya bila main site saya yg generate monthly adsense income tiba2 tak keluar ads.. rasa kecewa yg amat2.. jd saya boleh feel kekecewaan tuan tu hehe.. skg ni sama laa adsense saya masih aktif tp tak berapa nk keluar adsnye pada main heavy traffic site saya, jd empty space jer, site english lg tu huhu..

    innity ni pulak masalahnye dia tak consistent mcm adsense, graf adsense steady patternnye cantik jer, tp innity graf dia tak menentu mcm bermusim jer..

    apa pon HH kan power bab2 online income ni, keepitup ;)

    BalasPadam
  10. Macam mane mu contact dorang ek?

    Gua tempoh hari terkena dekat main blog gua... Dia cakap, ratio klik yang mereka terima terlalu tinggi? Salah gua ke?

    BalasPadam
  11. Em...dah dapat USD1.5K..kira banyak dah tu tuan HH...tunggu le kali ke 5 tak approve jgk...kita bom je pejabatnye kat PJ tu ye...hehehehe..

    BalasPadam
  12. Saya juga merasakan hal yang sama berulang kali (lebih dari 10 kali). Makanya untuk domain TLD saya menggunakan jasa DFP, alhamdulillah GA bisa dipasang. Bro bisa lihat di blog saya dawaihati.

    BalasPadam
  13. saya pun blog dr tahun 2009.. ada blog fully english, ada yg fully BM, ada yg campur2... pun tak boleh dpt adsense ni... hmmmm
    Jom tengok entry terbaru ttg Bilis Tomyam
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .... leh cuba cari alternatif lain.

      Padam
  14. Saya pun berkira-kita nak buat juga tetapi direject sebab mak bahasa inggeris.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal bahasa tu leh adjust sebenarnya, tapi bila sebut iframe tu susah juga.

      Padam
  15. mungkin ada rezeki di lain kali bro

    BalasPadam
  16. Adsense ?? Hmm sabar jelah tuan HH, rezeki kat lain.. Ada hikmah tu :-)

    BalasPadam
  17. saya punya alhamdulillak ok setakat ni..tpi menurun sejak kebelakangan ni..dulu mahu gak dapat usd80/permonth..

    BalasPadam
  18. unsupported language - blog dalam bm memang payah nak approve ek?

    BalasPadam
  19. hmm...dah ada yang swasta tak payah tunggu kerajaan.teruskan je...

    BalasPadam
  20. alah bro... aku dah lebih 10 kali kena tolak... puas modified, buat macam-macam... at the end, alasannya "unsupported language", aku nak buat camne? redha jela... ckit lagi tu nak cash out... dah try revenuehits?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah. Saya dah try revenuehits. Dah cash out pun sekali .. :)

      Padam
  21. Saya pun terpaksa pasrah pihak Adsense menolak. :)

    BalasPadam
  22. sy nampak ada dah adsense di website ni.. macamna boleh aktif semula.. ?
    sy pun mengalami masalah yang sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak. Adsense masih lagi block. Saya sekarang (21 Januari 2015) masih lagi gunakan Komli Ads dan Innity.

      Padam
  23. sampai nak sekarang masa masih tolak dari adsen, website abang ini terlihat keren sekali jadi tak mungkin adsen menolaknya .

    regards
    Mandala

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…