Ibu Bapa Kecewa - Cadangan Perbaiki Karnival Upin Ipin

Ramai ibu bapa yang bawa anak-anak ke Karnival Upin Ipin 2014 kecewa dengan perjalanan dan pengurusan event besar ini. Saya lihat di FB Fanpage Upin dan Ipin, walaupun sudah cecah lebih 10 juta likes, namun kehampaan ibu bapa yang hadir ke Karnival Upin Ipin bersama anak-anak tersayang tidak terbendung.

Banyak yang komen dan beri reaksi kurang memuaskan atas penganjuran karnival tersebut. Malah, ada yang telah memberikan cadangan kepada pihak penganjur untuk perbaiki kelemahan yang ada.

Ibu Bapa Kecewa Penganjuran Karnival Upin Ipin

Karnival Upin Ipin 2014

Memang ramai ibu bapa yang kecewa. Namun, ada juga yang menzahirkan rasa seronok dan terima kasih atas penganjuran Karnival Upin Ipin yang diadakah di PICC, Putrajaya. Saya sertakan beberapa komen dari fanpage Kelab Upin Ipin untuk anda lihat dan baca reaksi yang diberikan.

Teguran dan Cadangan Perbaiki Karnival Upin Ipin


Ibu Bapa Kecewa - Cadangan Perbaiki Karnival Upin Ipin
Ramai yang sukakan animasi Upin dan Ipin ini, ia tidak disangkal lagi, jika tidak; masa kan animasi Upin Ipin ini dapat cecah lebih 10 juta likes di Fanpage Facebook! Suatu yang pada saya amat mengagumkan. Namun, pasti kekaguman itu sedikit tercela apabila ramai yang tinggalkan komen yang kurang enak disebabkan oleh ketidak-lancaran program karnival ini.

Walaupun ramai yang menyatakan kekecewaan, ada juga ibu bapa yang menunjukkan rasa tanggungjawab dengan memberikan cadangan-cadangan untuk perbaiki segala kelemahan yang telah mengecewakan ramai pihak.

Ibu Bapa Kecewa - Cadangan Perbaiki Karnival Upin Ipin
Sambutan para pengunjung ke Karnival Upin Ipin 2014 memang luar biasa, apatah lagi bila ada kemunculan figura kegemaran kanak-kanak iaitu Ultraman. Ultraman figura antarabangsa yang melangkaui zaman. Samada percaya atau tidak, ada ibu bapa yang lebih excited berbanding dari anak-anak untuk melihat kelibat Ultraman ini.

[+] Berbaloi Pergi Karnival Upin Ipin 2014

Maaf sebab penulisan saya ini bersandarkan pemerhatian semata menerusi laman sosial, saya mungkin tidak layak nak komen lebih-lebih. Saya tidak berada di tempat dan situasi tersebut. Tetapi anda boleh baca sendiri komen dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak penganjur Karnival Upin Ipin oleh ibu bapa yang hadir.

Jika saya baca pun, mungkin saya tawar hati nak hadir (seandainya berdekatan). Anda?

Baca entri pautan di bawah ini, dari blogger yang hadir atas kapasiti untuk merasai kemeriahan Karnival Upin Ipin. Baca komen dan cadangan yang telah diberikan.

[+] Surat Ikhlas Untuk Penganjur Karnival Upin Ipin

Semoga pihak berwajib dan berkenaan ambil iktibar dan lakukan post-mortem mengenai penganjuran Karnival Upin Ipin ini. Banyak lompang yang telah mencacat-celakan event tersebut. Event besar seperti ini bukan mudah untuk diuruskan, maka selayaknya pihak penganjur memilih pengurusan event yang benar-benar berkaliber, dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.

Figura Upin Ipin sudah menjadi sebahagian ikon Malaysia, maka amat tidak moleklah bilamana ada 'ransangan' negatif diberikan hanya kerana satu kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Apapun, moga Upin Ipin terus maju jaya.

Dengarnya ada animasi terbaru Puteri yang bakal jadi fenomena sebumbung dengan Upin Ipin ni, tahniah kepada Les Copaque. Makin banyak dah produk Upin Ipin ye ... hoho ... tahniah tahniah.


p.s: Ada apa-apa nak kongsikan mengenai penganjuran Karnival Upin Ipin? Boleh tinggalkan komen berkaitan.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Fizah Mohd Fizah Mohd November 25, 2014
Saya pun pergi tapi bila tengok keadaanya tak sanggup nak menanggung risiko....jalan jem berjam2....nak cari parking pun berjam2....terpaksalah tukar plan pergi tempat lain...anak-anak punyalah mengamuk KECEWA...saya cakap dengan anak2 biarlah korang mengamuk dalam kereta daripada korang mengamuk kat dalam PICC....masuk dalam pun belum tentu korang boleh jumpa UPIN IPIN & ULTRAMAN..
yoorin melacolea yoorin melacolea November 25, 2014
betul tu bang,, sy pon pergi.. anak takde laa teruja. sebab masih baby lg.. sy rasa memg tak patut pon booth vitagen, susu & lain2 kat dalam hall.. jd sempit org nak berasak... sudah nye jangan kan ultraman, upin ipin pon x nampak.. sobbsss...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Kalau org KL yang dah biasa dengan jalan jem pun ngaku kalah, apatah lagi orang luar yang datang jauh nak ke situ .. letih penat ... marah semua orang .. anak2 jadi mangsa, kasihan mereka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Ramai cadangkan ia dilakukan di kawasan terbuka, biar tak untung seberapa tapi terus memikat peminat ... bila dah konsep Karnival, kenalah macam Jom Heboh tu .. terbuka je ..
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA November 25, 2014
Selalu mcm tu...ari tu di Kelantan pun sama...tempat karnival kecik...berasak2 org nak g sentuh upin ipin terutama bebudak ni...takot terpijak je.
Razis Hamit Razis Hamit November 25, 2014
Pada pendapat sy, penganjur tak sangka sambutan akan jadi hangat mcm nie.

Itulah risiko buat event. Kalau ramai, ramai sgt. Kalau kosong, kosong terus.

Jadi, mungkin penganjur takut rugi kalau ramai tak dtg, dia buatlah kat PICC.

Dah tahu sambutan mcm nie, mungkin tahun depan mereka buat open pulak. Mungkin.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 25, 2014
Apa guna ada fanpage sampai 10 juta? Patutnya dari situ lagi dia boleh survey sendiri .... tanyalah pada peminat .... kan bagus kalau respon awal diambil kira ...
AMIIZAA AMIIZAA November 25, 2014
memang tak sesuai buat dekat situ, moga menjadi ikhtibar buat penganjur...
Ezad Skytech Ezad Skytech November 25, 2014
terfikir juga nak pergi masa karnival upin ipin hari tu...tapi bila fikir balik...confirm sesak punya la...haa, kan betul...tak sanggup nak hadap jammed macam tu...buat penat saja...
encikarman encikarman November 25, 2014
mmg fail karnival tuh, tempat tak sesuai.
Eny Abdullah Eny Abdullah November 25, 2014
event management tak betul... patut kena cari event manager yang betul2 boleh handle event besar mcm ni.. kena expect more based on jumlah fans kt fb saja dh berapa ratus ribu kan....

http://enyyusnizar.blogspot.com/
blogger lelaki blogger lelaki November 25, 2014
boleh ambil iktibar dan perbaiki di masa akan datang
ekjoz buluh ekjoz buluh November 25, 2014
Betul tu bang. Saya datang dengan anak-anak seawal 9.00 pagi dari rumah semata ULTRAMAN tau! Walaupun gunakan bas percuma, namun tetap penat.

http://ekjozbuluh.blogspot.com/2014/11/berbaloi-pergi-karnival-upin-ipin-2014.html

vs

http://ekjozbuluh.blogspot.com/2014/11/tak-berbaloi-pergi-karnival-upin-ipin.html
cikpin cikpin November 25, 2014
Memang kesian kat budak-budak yang nak tengok upin-ipn. Dah la kemudahan tidak cukup, keselamatan tak terjamin dan crew sombong. Memang menyesal pergi karnival paling teruk 2014. Baik pergi MAHA 2014
Denaihati Denaihati November 25, 2014
sambutan terlalu luar jangkaan kot, harap boleh baiki karnival akan datang.
salmiah awang salmiah awang November 25, 2014
percubaan kali pertama buat karnival khas untuk dia orang.Mesti tak sangka begitu ramai yang sanggup datang.
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins November 26, 2014
Saya pun keluar awal dari rumah, kiranya sampai sana dalam pukul 9.50pagi, tapi parking dah full. Kebetulan pula MAHSA tengah konvo disana juga. Tapi mengingatkan dah janji dengan anak2, masuk juga la. Dewan tu terlalu kecil untuk menampung jumlah pelawat dan peminat cilik upin ipin. Kalau buat kat stadium memang best
titan titan November 26, 2014
Dah tau benda macam ni..memang akan timbul banyak masalah..banyak risiko boleh timbul...apsal gatal nak pegi gak..

Jadi..bila da pegi..reda je. Korang yang ambil risiko tu.

Jangan dok salahkan orang lain.

Jangan banyak bunyi sangat.
Bintang Azhar Nafis Bintang Azhar Nafis January 04, 2015
Wah, Upin Ipin kesukaan saya ! Setiap hari saya selalu menonton kartun ini di Indonesia. Gan, Ijin add as My Friend Blog in my site ! :D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.