01 Oktober 2013

7 Juta FB Likes - Tahniah Upin dan Ipin

Hebat! 7 Juta Facebook Likes untuk Upin dan Ipin! Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam Upin dan Ipin ini. Ini satu pencapaian yang sangat membanggakan. Upin & Ipin karektor fiksyen yang muncul sekitar tahun 2007, telah menjadi popular bukan sekitar Asia Tenggara, malah melangkaui negara Korea. #UpinIpinFB7Juta ....

7 Juta FB Likes - Tahniah Upin dan Ipin

7 Juta FB Likes - Tahniah Upin dan Ipin

Bagi saya, ia sungguh menakjubkan bagi satu karektor fiksyen keluaran tempatan menempatkan dirinya antara laman sosial Facebook rasmi paling popular di Malaysia, malah tak salah kalau saya katakan ia merupakan produk animasi buatan tempatan paling popular di dunia! 7 Juta tu .... bukan angka kecil ...

Most Successful Animation in Malaysia

Malah, pada tahun 2011, laman sosial Facebook Upin & Ipin telah mendapat tempat ke 5 dunia di dalam kedudukan “Facebook Fanpage” paling ramai peminat bagi kategori Fictional Characters. Kejayaan tersebut diumumkan sendiri oleh Facebook dan mendapat liputan media online di Kanada. Selain itu,  Upin & Ipin telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Books of Record bagi kategori Most Successful Animation in Malaysia... memang terbaiklah.
7 Juta FB Likes - Tahniah Upin dan Ipin

Saya bangga dengan produk animasi keluaran Les’ Copaque Production. Serius. Saya nampak impak besarnya kepada pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak zaman sekarang, terutama anak-anak saya. Malah, setiap bait perkatan yang keluar dari karektor yang ada di dalam animasi ini menjadi trademark di mana-mana, malah saya percaya setiap anak-anak di Malaysia pasti hafal paling tidak 3-5 bait dialog yang ada dalam animasi Upin & Ipin terutama animasi yang disiarkan menerusi kaca TV.

Sekali lagi tahniah.




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen

apa taknya...semua suka dengan kartun upin ipin,,nasib baik kanak2 masih belum pandai utk berfb..kalau tidak mesti mereka like upin ipin nie jugak..hehe

tahniah..hebat karya dari Malaysia ni..


EmoticonEmoticon