Langkau ke kandungan utama

Cara Tingkatkan Trafik Guna Keyword Carian

Salah satu cara untuk anda kekalkan trafik blog anda secara konsisten ialah dengan menulis entri blog bersandarkan kata kunci carian, atau keyword yang telah sedia ada memberikan trafik ke blog anda. Bermaksud, anda tidak perlu cari atau guna kata kunci lain lagi, memadai menggunakan kata kunci yang telah sedia ada bagi membolehkan blog terima trafik setiap hari.

Salah satu cara yang mudah untuk anda tahu kata kunci atau keyword yang telah sedia ada berikan trafik ke blog anda ialah menerusi Google Webmaster Tools.

Cara Tingkatkan Trafik Guna Keyword Carian

Anda perlu login ke akaun Google Webmaster Tools anda. Buat mereka yang pertama kali nak guna tools percuma disediakan oleh Google ini, anda boleh rujuk entri ringkas ini Cara Daftar Blog Dalam Google Webmatser Tools untuk daftarkan blog anda dalam Google Webmaster Tools.

Bila dah login, terus pergi ke bahagian dashboard blog anda. Klik bahagian Search Traffic, pilih Search Queries, dan lihat kata kunci yang telah berikan impak trafik ke blog anda. Cuba lihat contoh di bawah ini.
Cara Tingkatkan Trafik Guna Keyword Carian

Pilih kata kunci yang berikan impak klik yang tinggi, dan juga CTR lebih daripada 30%. Nak lebih baik, pilih kata kunci yang berikan impak bacaan CTR lebih daripada 50%.

Bila melihatkan kata kunci tersebut banyak berikan impak pada blog saya, maka saya buat entri lain tetapi ada kata kunci tersebut dalam entri, saya perkukuhkan anchor text yang diperlihatkan. Inilah strategi saya untuk menang contest SEO.

Kata kunci tersebut adalah kata kunci atau keyword yang perlu anda sering tulis dalam blog anda. Pilih kata kunci 2 patah perkataan atau satu patah perkataan kalau ada. Kata kunci dua patah atau short keyword ini adalah paling utama anda variasikan dalam penulisan entri anda untuk dapatkan trafik blog.

Lihat contoh yang dibawah ini pula.
Cara Tingkatkan Trafik Guna Keyword Carian
Menerusi kata kunci 2 dan 3 patah perkataan yang saya paparkan di atas ini, saya telah berjaya bawa blog baru saya yang kurang usia 6 bulan berada di laman pertama enjin carian. Blog ExamKerjayaKerajaan.com telah 'pegang' keyword di atas dan mendapat banyak klik menerusi enjin carian di Google.

Dan kerana keyword tersebut, saya berjaya mendapat komisen 3 angka dalam masa kurang 7 hari dalam buat duit menerusi affiliate... hanya dari satu blog yang usianya tak cecah pun 6 bulan!

Sekali lagi, login ke dashboard Google Webmaster Tools, pilih Search Traffic - Search Queries ... dan lihat kata kunci apakah yang berikan impak trafik pada blog. Lihat pada Clicks dan juga CTR. Seperti di atas, jelas sekali saya akan perbanyakkan lagi entri berkaitan contoh soalan psikometrik untuk membolehkan blog baru saya itu dapatkan autoriti mengenainya.

Cubalah. Ini salah satu tips SEO blogspot saya untuk tingkatkan trafik blog menggunakan kata kunci carian dalam Google Webmaster Tools.

Selamat mencuba.

Komen

  1. Kadang-kadang keluar carian yang kita tak pernah fikir pun orang akan cari.

    BalasPadam
  2. Ilmu seo dari HH yg simple tapi sanfat berkesan..

    BalasPadam
  3. saya check tadi..... keyword saya kuali.. tu je hahahahhahahaha kesianyaa saya
    jom tgk resepi Kari Daging PEtai
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/resepi-kari-daging-petai.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuali .. boleh dan ada banyak kemungkinan tu .. dapat pedang satu keyword dah kira hebat tu ..

      Padam
    2. hehehe..terbaik lah keyword kuali..tersenyumku sendirian membacanya

      Padam
  4. nanti saya cek ... thanks HH beri tips .

    BalasPadam
  5. thanks for sharing HH :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum HH,

    Saya juga banyak menulis artikel berdasarkan keyword. Saya mulakan dengan mencari keyword yang tinggi cariannya menggunakan Google Keyword Planner.

    Kemudian, saya pilih yang terbaik. Dan dalam artikel, macam yang HH sebutkan, saya perbanyakan dan boldkan kata kunci tersebut.

    Itulah kaedah yang saya gunakan untuk saya tarik traffik ke blog perniagaan saya. Blog saya pun baru juga. Alhamdulillah, setakat ini ada kemajuan walaupun baru sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dalam WP, dari bold elok guna STRONG .. :)

      Padam
  7. info yang sangat berguna.. insya allah saya cuba praktikkan~!

    BalasPadam
  8. Thanks Bro HH sudi share .TERBAIk !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Inilah sahaja yang boleh saya bantu blogger Malaysia untuk dapatkan sesuatu ..

      Padam
  9. Saya selau guna ubersuggest.org kalau nak cari keyword utk buat post.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... cool ubersuggest... bleh buat cari idea untuk menulis... tq.

      Padam
    2. Hmm mungkin saya juga harus lihat benda tu .. :) terima kasih juga daripada saya yang baru nak belajar ni.

      Padam
  10. info yang sangat bermanfaat. terima kasih HH kerana sering kali sharing info2 camni untuk kami yg baru2 nih heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... apa yang saya paparkan ni sebenarnya boleh undang padah juga pada saya, tetapi saya percaya, Allah yang berikan rezeki untuk saya menerusi blog.

      Padam
  11. Wow !! Juta2 impression tu..sy rasa ramai blogger yang takkan share artikel ni utk kurangan saingan !! hehe..tenkiu sifu !! good tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hak mereka nak selindung, bagi saya .. apa yang diberikan adalah dari Allah S.W.T ... selindung2 pun esok lusa .. masuk kubur juga dan benda ni tinggal.

      Padam
  12. Salam... dah pasang plug in ini blog, menarik...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. mmg bermanfaat HH. Sesekali berkesempatan berkunjung pasti ada ilmu yg baik utk di cerna. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki & diberkati kehidupan tuan sekeluarga... aamiin. T kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... terima kasih kerana terus-terusan memberikan sokongan

      Padam
  14. tips yang sangat menarik. tapi saya selalu buat kajian dalam webmaster ambik kata kunci yang ctr tinggi then letak dalam meta tag hasilnya agak cun jgak la walaupun tidak memberi impak yang besar. terima kasih ye tuan HH

    BalasPadam
  15. Tqvm tuan..bolehka saya share artikel tuan ini dlm blog saya?utk mudah sy revision nti..:)

    Sesuaikah juga keywords yg saya dpt dr google webmaster tools ini di dalam blog description blog saya,tuan?

    BalasPadam
  16. terima kasih abg HH dengan informasi ini.

    BalasPadam
  17. blog saya banyak keyword doa temuduga.. nak kena guna sebaik mungkin nih... thanks HH
    semoga murah rezaki HH

    BalasPadam
  18. terimakasih share ilmunya, mantap sekali... saling kunjung termasuk cara meningkatkan trafik blog
    http://gudangilmuduit.blogspot.com/2015/03/bisnis-online-terpercaya-2015_66.html

    BalasPadam
  19. menarik ni . boleh cuba . terima kasih bro HH

    BalasPadam
  20. gampang2 susah gunakan SEO ni .. kalau tak faham boleh jahannam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog saya dah kena dah .... silap langkah memang boleh jahanam dibuatnya .. haha ..

      Padam
  21. salam saya dah ikut step yg tuan ajarkan tapi kenapa xde perkataan search queries yang ada hanyalah search analytical?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Google Webmaster Tools dah tukar layout dan beberapa fungsi baru diperkenalkan, itu sebab anda tak jumpa ... cuba godek2 lagi ye ..

      Padam
  22. Terima Kasih untuk info ini, SEO blog saya rasanya sudah cukup setakat ni cuma saya perlukan lebih trafik dan backlink yang banyak, tetapi ianya sungguh mencabar because i'm not blogger.

    My Websites: http://www.forsakenarctron.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah ada blog, dah kira blogger lah tu ... :P

      Padam
  23. Nice info. Klu sudi singgah la di http://afisawisbuatduit.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.