Cara Letak FB Facepile Dalam Blog

Widget untuk tayang jumlah pengikut FB Fanpage, menggunakan Facebook Facepile. Ada yang letak dalam blog tak? Jika nak, boleh ikuti langkah-langkah mudah yang saya kongsikan ini. Saya dah mencubanya, memang nampak menarik, dan ada kelebihan dia tersendiri. Harap baca entri ini dari A sampai ke Z jika nak tahu mengenai cara letak FB Facepile dalam blog, terutama blogspot.

FB Facepile boleh saya katakan adalah untuk tunjukkan siapa rakan-rakan anda yang menyokong blog anda menerusi Fanpage. Menerusi Facepile, rakan-rakan FB yang sama like, sama menyukai blog anda boleh berinteraksi dan add as friend sesama sendiri - selagi kuota 5000 friends tidak dipenuhi. Hanya klik pada gambar, dan anda dah boleh 'jabat tangan' dan say hi hi .. :)

Cara Letak FB Facepile Dalam Blog

Cara paparkan kekuatan fanpage blog
Facepile tak ada fungsi untuk LIKE fanpage, ia cuma menunjukkan siapa yang follow fanpage anda sahaja; jadi dari satu segi ia tidaklah memberi manfaat secara langsung untuk tambahkan like fanpage blog, tetapi dari satu sudut yang lain ... anda sebagai pemilik blog menunjukkan penghargaan kepada mereka.

Menerusi Facepile, ia akan tunjukkan wajah pemilik akaun FB yang menyertai blog anda menerusi Fanpage. Ia juga menyediakan link terus ke pemilik akaun terbabit. Jadi, katakanlah ada gambar awek cun dalam Facepile tu, maka bolehlah klik gambarnya dan muncullah FB kepunyaan awek tersebut .. hehehe ...

Facepile juga menunjukkan bilangan pengikut Fanpage. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, manusia cukup teruja dengan nombor. Bila nampak jumlah pengikut yang ramai di Fanpage blog anda, tak mustahil mereka akan turut bersama 'jemaah' yang ada.

Nak pasang dan letak dalam blog anda? Ikutilah langkah-langkah berikut:

  • Pergi ke Facepile
  • Anda akan diketemukan dengan paparan di bawah ini:

  • Isikan bahagian URL dengan URL Fanpage blog anda.
  • Isikan kelebaran widget di bahagian width.
  • Isikan ketinggian widget di bahagian height.
  • Letakkan nilai maksima baris gambar profile pengikut fanpage.
  • Saiz gambar profile pengikut Fanpage.

Cuba lihat variasi di bawah ini.
Cara paparkan kekuatan fanpage blog
Bila fikir apa yang dipaparkan tu sudah memuaskan hati jiwa raga, maka klik bahagian Get Code; paparan di bawah ini akan keluar.
Cara paparkan kekuatan fanpage blog
Bahagian A ialah kod HTML yang perlu anda letakkan dalam body blogspot anda. Dan bahagian B adalah kod HTML yang digunakan untuk tempat di mana widget ini mahu dipaparkan. Saya suka pilih kod HTML5 dari xfbml dan iframe. HTML5 bagus untuk SEO blog. :)

Anda kena lihat samada kod HTML bahagian A sudah ada di dalam blog. Jika sudah ada, tak perlu masukkan lagi. Selalunya blog yang ada pop up LIKE, atau ada paparkan Like Box dalam blog sudah ada kod HTML A ini. Jadi tak perlu letak benda sama dua tiga kali. Cukup satu untuk semua fungsi Facebook.

Paparan itu hanya akan muncul, jika pengunjung blog anda sudah login ke FB. Jika pengunjung biasa, yang tidak login FB, ia akan kelihatan kosong sahaja.

Semoga bermanfaat.

6 comments.. read them below or add one

Hamidi SP Hamidi SP November 03, 2014
Terima kasih HH. Boleh dicuba ni..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 03, 2014
Sama-sama ... silakan .. :)
mama amir mama amir November 04, 2014
Thanks for sharing HH...bole la cuba nnt
Bro Framestone Bro Framestone November 04, 2014
Thank.. Dah try pasang dekat blog :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.